Pernah tengok Tembikai Madu tak? Saya jujurnya inilah pertama kali mengetahui tentang Tembikai Madu. Sebelum ini, yang saya tahu cuma Tembikai Merah, Tembikai Susu dan Tembikai Kuning. Tak tahu pula wujudnya Tembikai Madu yang rupanya tak jauh beza dengan tembikai biasa.

Ke saya yang sangat ketinggalan sehingga tak sedar buah tembikai jenis ini sudah lama wujud? Kalau betul, adeh .. memang saya perlu lebih banyak melihat dunia dan sekitarnya. Allahu Akbar!

Tembikai Madu Saiznya Lebih Kecil Dari Bola Ragbi

Fakta hangat mengenai buah tembikai madu
Saya ketemui Tembikai Madu ketika saya berpeleseran tanpa tujuan di Pekan Hari Parit. Pekan Hari Parit dibuat pada setiap Isnin pagi di tengah-tengah pekan Parit, Perak. Parit adalah tempat kelahiran isteri saya.

Saya dah banyak kali pergi ke Pekan Hari Parit ni, tetapi hari tersebut adalah pertama kali saya terjumpa seorang kakak ni yang menjual tembikai jenis ni.

"Kak .. Tembikai Madu ye ka?" satu soalan bodoh yang ditanya walhal dah tersangat jelas tulisan tertulis Tembikai Madu RM3 sekilogram.

"Ye, Tembikai Madu .. susah nak dapat ni dik .. tanam sendiri ni ..." kata Kak yang menjual di pasar Pekan Hari Parit.

"Ohh patutlah mahal .. ye kak?" meminta klarifikasi tentang harganya yang memang mahal dari harga tembikai biasa.

Harga Tembikai Madu Mahal Kerana Sukar Didapati

Harga tembikai madu di Parit, Perak
Saiznya kecil sahaja. Kakak yang jual tu kata, saiz dia memang tak besar, dan tak boleh nak besar sangat... paling besar pun, takat kecil sedikit dari saiz bola ragbi. Buah Tembikai Madu rasanya manis, malah lebih manis daripada tembikai merah tanpa biji tu.

"Memang manis ke Kak?" tanya saya.

"Hmm memang manis, dijamin manis .. kalau tembikai biasa tu kena pilih nak dapat yang manis .. yang ni In Sha Allah, pilih mana-mana rasanya memang manis .. " kata Kak tu lagi.
[Dah Baca?] Jambu Tetek - Jadi Kegilaan Sesetengah Orang Walaupun Mahal
Cara tanamnya pula sama sahaja seperti menanam tembikai yang lain. Seperti menanam tembikai biasa, ia perlukan batas yang agak tinggi kerana pokok tembikai menjalar di atas tanah. Ia juga perlukan banyak air. Pokok tembikai perlu disiram sebanyak dua kali sehari, awal pagi dan lewat petang. Tanahnya tidak boleh kering, dan elok dalam keadaan lembab supaya isi tembikai bersari dan manis.

Oh ya, buat anda yang mungkin tak tahu fakta hangat mengenai buah tembikai .. buah ini bukan buah tempatan atau buah asal di Malaysia. Asal usul buah tembikai ialah Afrika Utara. Tetapi, disebabkan cuaca dan tanah di tempat kita ni sesuai, maka ia banyak ditanam di sini sehingga dianggap sebagai buah tempatan.

Ciri -Ciri Tembikai Madu

Ciri-ciri tembikai madu
Tembikai Madu yang manis adalah Tembikai Madu yang cukup matang untuk dipetik. Seperti juga jenis tembikai yang lain, tembikai yang matang akan mempunyai tanda-tanda ini:
  1. Warna putih kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar menjadi kekuningan. 
  2. Apabila ditepuk atau dijentik, buah menghasilkan bunyi seakan-akan berongga. 
  3. Urat atau jalur pada permukaan kulit buah mula pecah dan pudar. 
Hanya buah Tembikai Madu yang matang sahaja yang akan berikan rasa manis.

Ciri-ciri penting Tembikai Madu selain saiznya yang kecil dan comel ialah:
  • Bijinya di dalamnya lebih besar dari tembikai biasa. Warnanya lebih hitam.
  • Kulit tembikai lebih tebal
  • Warna kulitnya lebih gelap.
  • Selain saiznya kecil, ia berbentuk bujur seperti bola ragbi.

Walaupun saya dah terjumpa buah Tembikai Madu yang comel ini, tak tergerak pula hati nak membelinya. Mungkin masa tu, otak saya memproses bahawa saya dah makan banyak buah tembikai ketika bulan puasa yang lalu - saya datang ke pasar ini masa minggu raya (syawal), jadi rasa teringin tu tak ada .. hehehe...
[Dah Tengok?] Buah Tembikai Paling Kecil Di Dunia?
Oh ya, saya tak pasti kenapa buah tembikai ini sukar didapati ... tak tertanya pula. Mungkin sebab tak ramai yang tanam kerana tiada nilai komersil yang tinggi kerana ketebalan kulitnya, dan isinya yang sedikit - gamaknya-lah.

Anda pernah ada pengalaman makan buah ini tak? Kalau ada bolehlah kongsi ye ..

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya suka tembikai yang tiada bijik. Makan pun senang

    BalasPadam
  2. Madam recall pernah makan melon jenis ni dulu. Rare n sweet. Mustry.

    BalasPadam
  3. saya tak pernah dgr pasal tembikai madu...ingatkan honeydew td

    BalasPadam
  4. bentuknya lonjong mcm bola ragbi..org2 USA buat trening barangkali kalau depa ada haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement