Bagaimana nak bezakan antara Tepung Gandum dan Tepung Beras? Saya suka highlight dua jenis tepung ini kerana ia antara pelbagai jenis tepung yang sentiasa digunakan di dapur. Dua jenis tepung ini sering digunakan sebagai bahan asas untuk membuat kuih-muih, selain biskut dan roti.

Tepung Gandum sendiri ada beberapa jenis lain, seperti Tepung Gandum Serbaguna, Tepung Gandum Protein Tinggi, Tepung Naik Sendiri, Tepung Biskut dan macam-macam lagi. Tepung Beras pula adalah antara tepung yang popular kalau nak menjadikan sesuatu adunan itu lebih kenyal, dan hasil masakan lebih rangup.

Cara Bezakan Tepung Gandum Tepung Beras

Bagaimana nak bezakan antara Tepung Gandum dan Tepung Beras?
Cara Bezakan Tepung Gandum Tepung Beras
Jika anda ada terbaca insiden saya memasak atau menggoreng Cucur Udang baru-baru ini, tentu sedar kesilapan saya dalam membuat bancuhan ialah saya telah menggunakan 100% Tepung Beras yang saya sangka adalah Tepung Gandum.

Akibat dari kesilapan ini, Cucur Udang saya jadi keras dan leper. Ia jadi rangup secara berlebihan atau tanpa dirancang. Anak-anak pula hanya pandang sebelah mata je, dan hanya ambil udang sahaja ... lalu membazirlah terus dilempar ke dalam tong sampah. Sedih sungguh. mohon Allah, ampunkan saya.

Disebabkan itulah, saya cuba nak ketahui cara bagaimana nak bezakan antara dua jenis tepung ini - Tepung Gandum dan Tepung Beras.

Bagaimana Bezakan Secara Fizikal?

Selain daripada label, ada cara lain untuk membezakannya .. terutama dari segi fizikal dan pancaindera.

Aha .. nak tahu?
Cara Bezakan Tepung Gandum Tepung Beras
Bezanya ialah dari segi warna tepung ini. Tepung Gandum warnanya lebih keperangan manakala Tepung Beras lebih putih. Jika anda letak kedua-dua tepung secara bersebelahan, anda mungkin akan nampak bezanya ini.

Tepung Gandum dari segi tekstur lebih kasar berbanding Tepung Beras. Pun begitu, ada jenis Tepung Gandum yang mempunyai tekstur hampir sama dengan Tepung Beras. Ini disebabkan Tepung Gandum tersebut ada campuran tepung lain terutama Tepung Naik Sendiri dan Tepung Protein Tinggi.

Itu sahaja beza setakat yang saya tahu.

Kesimpulannya ialah, memang agak sukar nak bezakan antara banyak jenis-jenis tepung yang ada di dapur, terutama Tepung Gandum dengan tepung-tepung lain termasuklah Tepung Beras, Tepung Ubi, Tepung Pulut dan banyak lagi.

Maka, nak mudah .. kena label bekas-bekas menyimpan tepung ini, atau paling tidak, jangan keluarkan tepung daripada pembungkusan. Simpan sahaja tepung bersama pembungkus. Selain anda ketahui jenis tepung itu, anda juga tahu bila tarikh luput penggunaan tepung tersebut.
[Dah Baca?] Panduan Memasak Pelbagai Jenis Biskut
Oh ya, kalau ikut tips emak saya dalam penyimpanan tepung di dapur ... emak saya selalunya akan masukkan tepung-tepung ini di dalam bekas penyimpanan yang berbeza. Maksudnya tu, bentuk bekas berbeza, warna penutup berbeza.

Contohnya, kalau nak simpan Tepung Gandum, simpan dalam bekas Tupperware empat segi dengan penutup warna biru. Manakala untuk Tepung Beras simpan dalam bekas Tupperware bulat, dan Tepung Pulut di dalam bekas yang penutupnya berwarna merah jambu... dan seterusnya.

Elakkan simpan tepung terlalu lama sehingga ia menjadi berkulat. Apatah lagi jika bekas simpanan tidak ditutup dengan rapat. Ia mungkin akan menjadi tempat serangga perosak membiak.

Anda ada tips lain untuk bezakan tepung-tepung yang sering digunakan di dapur tak? Kongsilah ye kalau sudi. :)

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak asingkan pun... simpan dalam plastik asal ikat bg kemas simpan dalam tupperware... sbb lagi senang nak tgk sebab kalau tepung beras cap warna merah, tepung gandum cap warna biru... tepung ubi warna hijau... hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement