Masih mencari pekerjaan? Jangan terlalu memilih. Andai anda seorang graduan yang baru sahaja keluar dari IPT atau kolej swasta, anda patut mulakan langkah dengan menimba pengalaman. Anda sepatutnya sedar bahawa kebanyakkan majikan mencari pekerja yang ada pengalaman, baik majikan sektor awam mahupun swasta.

Jadi, bagaimana nak dapatkan pengalaman-pengalaman bekerja ini? Kalau anda graduan yang menunggu untuk masuk kerja kerajaan, memang sukar sikitlah. Adalah lebih baik, anda mula kutip pengalaman dengan bekerja di sektor swasta.

Bagaimana Nak Dapatkan Kerja di Sektor Persaingan Tinggi?

Bagaimana Nak Dapatkan Kerja di Sektor Swasta?
Ramai graduan mahu cari jalan selamat dengan menghantar permohonan kerja ke sektor kerja kerajaan. Mereka rasa dengan bekerja di sektor awam, masa depan kerjaya mereka lebih terjamin. Ya, memang betul dari satu sudut.

Namun begitu, graduan lepasan IPT dan kolej harus sedar; untuk membolehkan mereka dapat jaminan kerja kekal, mereka perlu ada pengalaman atau kelebihan sendiri agar dapat dipilih untuk diberikan tawaran bekerja.

Persaingan tinggi. Sangat tinggi. Ada puluh ribu malah lebih yang cuba mendapatkan peluang untuk kerja di sektor awam ini. Walhal sebenarnya, ada banyak peluang lain terutama di sektor swasta.

Apa Kelebihan Anda Untuk Dapatkan Kerja?

Zaman sekarang, kalau graduan tersebut ada kelulusan tinggi sekalipun, ia tidak menjamin bahawa satu-satu kekosongan itu bakal diisi olehnya. Persaingan sengit. Siapa yang ada kelebihan, dia akan dapat peluang tersebut. Dan kelulusan tinggi bukan satu kelebihan atau keistimewaan di zaman serba membangun dan punyai ribuan tenaga kerja kosong.
Bagaimana Nak Dapatkan Kerja di Sektor Swasta?
Langkah yang sepatutnya diambil oleh graduan dan lepasan kolej ialah cuba mencari peluang untuk timba pengalaman dan kemahiran tertentu dengan memohon kerja di sektor swasta. Nak timba pengalaman di sektor awam?? Uhh memang susah sikitlah. Anda minta kerja gaji SPM, tapi anda datang temuduga dengan kelulusan STPM atau Ijazah, memang kena reject la awal-awal ... huhu...

Nak-nak lagi, permohonan sesuatu kerjaya kerajaan tu kena isi borang SPA, uhh derang leh tahu dan semak keputusan anda (kalau mereka rajinlah).

Jadi susah nak timba pengalaman dengan bermula di sektor awam ni.

Langkah awal, cari dan mohon kerja di sektor swasta. Kalau boleh, biar bermula dari bawah, kerana skill bekerja terbaik adalah sesuatu yang dapat diperoleh dari bekerja perkara asas dahulu.

Dulu Kerja Pam Atendan Sebelum Jadi Pegawai

Saya sebelum bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di USM selama lebih 10 tahun, saya bekerja di stesen minyak sebagai atendan pam. Saya bina pengalaman dan kemahiran dari segi bagaimana nak bergaul dengan orang asing, bagaimana nak hadapi tekanan kerja, bagaimana nak disiplinkan diri, bagaimana menjadi orang bawahan dan macam-macam lagi.

Mungkin kalau dilihat sekali pandang, macam ... "Apa pengalaman leh dapat kerja macam tu kan...?" Tapi percayalah, ia boleh bantu anda untuk hargai kerja dan tanggungjawab anda satu hari kelak.
[Dah Baca?] Rahsia Gaji RM4,500 Sebagai Tukang Cuci Kereta
Semasa di USM, dari seorang Pegawai Penyelidik biasa, saya menjadi seorang pegawai yang paling dipercayai oleh mantan boss-boss saya. Saya diberikan tugas menyediakan bajet projek, membayar upah kepada student, menguruskan projek, interview staff baru dan macam-macam lagi.

Agak-agaklah, bagaimana mantan boss-boss saya tu boleh berikan kepercayaan sebegitu?

Aha ..... nak-nak lagi kelulusan saya adalah dalam Sains Komputer, sedangkan kerja saya tak libatkan pun kelulusan saya tu .. huhuhu.
Kerja sebagai penyelidik USM
Saya telah bekerja sebagai Pegawai Penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Lebuhraya dan Trafik - bukan sebagai seorang programmer perisian komputer .. tetapi sebagai pembantu pensyarah, sebagai ketua projek, sebagai bendahari dan pelbagai tugasan lain di luar bidang kelulusan IPT saya.

Saya berjaya bina interpersonal skill dan mandiri saya dari satu kerja yang kebanyakan orang tak pandang pun - pam atendan stesen minyak.

Orait, contoh di atas bukan satu contoh yang baik sebenarnya untuk gambarkan kenapa perlu anda mendapatkan kerja di sektor swasta untuk timba pengalaman.... tetapi, ia boleh dijadikan panduan kepada anda, sebagai idea bagaimana nak dapat kerja samada di sektor swasta mahupun sektor awam, terutama dalam persaingan tinggi sekarang.

Pengalaman dan skill tambahan adalah senjata anda untuk dapatkan kerja.
Kerjaya Dalam Sektor Swasta
Anda ada pilihan sebenarnya. Cuma jangan terlalu memilih secara terhad, iaitu hanya dalam ruang lingkup kerja yang anda fikir anda ada keupayaan sahaja.

Kembangkan apa yang telah ada atau tambahkan sesuatau pada kemahiran dan kelulusan anda. Jangan segan untuk memulakan kerjaya dari bawah. Ramai yang berjaya dan menjadi insan hebat kerana langkah awal mereka dalam sesuatu kejayaan bermula dari bawah.
[Dah Baca?] Gadis Melayu Lumpuh Jadi Tauke Berjaya Jual Kuih Bakul
Yang penting ialah usaha. Usaha sehingga berjaya. Gagal usaha lagi. Gagal dalam usaha A, cuba buat usaha B. Tak berjaya dalam usaha B, lompat ke strategi Y. Timba pengalaman sebanyak mungkin, tak kiralah dalam apa jua bidang.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement