Jarang lihat seorang wanita, lagi-lagi awek cun berupaya tukar tayar sendiri. Kali ini, ada satu video yang telah menjadi viral menyaksikan seorang awek cun menukar tayar lama ke tayar baru di sebuah kedai tayar di Negeri Sembilan. Ramai puji akan keupayaan dan kecekapan awek ni.

Saya dah tonton video ini yang menjadi tular di media sosial. Nampak memang cekap sekali, tapi itulah .. kalau dah ada pengetahuan, dan ada pengalaman .. in Sha Allah, kerja-kerja yang nampak kasar macam ni, boleh dilakukan dengan mudah.

Video Awek Cun Menukar Tayar Tular di Media Sosial

Video Awek Cun Tukar Tayar Jadi Viral
Video ini saya kongsikan kepada anda, supaya menjadi satu inspirasi dalam kehidupan. Ia mungkin video biasa, hanya viral kerana ia dilakukan oleh seorang wanita cantik lawa dari Negeri Sembilan. Namun, kalau orang yang mahu berfikir ... dia akan kata .. "Dia boleh buat .. saya pun boleh buat ...". Ini mungkin cara untuk saya mencari rezeki.

Mungkin ada yang tidak tahu, ada kedai dan bengkel kereta di Malaysia yang dimiliki oleh usahawan wanita. Jika dulu, sebut sahaja bengkel kenderaan, mesti orang akan ingat ia dimiliki oleh golongan lelaki. Tetapi kini, seperti mana video viral ini, tugas-tugas kasar begini sudah boleh dan mampu dilakukan oleh seorang wanita.

Nak lakukan sesuatu, kena yakin. Nak yakin kena ada ilmu dan pengalaman.

Hari ini, mungkin video ini menampakkan awek cun ini sekadar menukar tayar baru di sebuah bengkel kereta. Esok-esok, mana tahu .. awek cun yang sama akan menjadi pemilik kedai tayar paling berjaya di Negeri Sembilan.

Sekarang ni zaman tular, mudah orang berikan publisiti percuma. Janji, apa yang ditunjukkan tu unik, jarang dibuat, dan istimewa. Orang akan hargai dengan cara klik Like and Share.

Video Awek Di Bengkel Kereta Negeri Sembilan Tukar Tayar Kereta

Belum tonton video ni lagi? Boleh tonton di bawah ni.



1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setiap manusia di muka bumi ni Allah dah jadikan dia ada kelebihan dan kekurangan.

    Macam HH sendiri penulisan bahasa melayu penuh sentiasa menjadi rujukan blogger baru dan lama.

    Wah ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement