16 Jun 2017

Best Shopping Online Beli PetPet Murah Promosi Riang Ria Raya

Cuti Hari Raya agak panjang tahun ni. Jadi, persediaan perlu dibuat awal untuk mengelakkan kekecohan dan kelam kabut. Yelah, kadang musim perayaan ni, nak dapatkan sesuatu akan jadi sukar sebab masing-masing bercuti. Permintaan kepada setengah barang akan jadi luar biasa tinggi, lebih-lebih di kawasan luar bandar.

Jadi, tidak mahu berlaku perkara yang akan tak berapa best, maka ada barang keperluan yang kami beli dan shopping online terlajak lebih kali ini untuk tampung keperluan masa musim perayaan, lebih-lebih lagi hari raya.

Shopping Online Beli PetPet Sebab Promosi Riang Ria Raya

Shopping Online Beli PetPet Untuk Raya
Shopping Online Beli PetPet Untuk Raya
Jika anda pengikut dan pembaca blog ini, tentu dah sedia maklum keluarga saya sudah ada ahli baru. Baby Hasif Najmi, baru je berusia tiga bulan ketika post ini ditulis. Kecil lagi. Maka, keperluan paling utama untuk dirinya adalah lampin pakai buang.

Jika dulu, saya dan isteri amalkan lampin basuh untuk anak-anak, tetapi bila dah umur tak mampu nak basuh sangat ni, kami lebih prefer lampin pakai buang. Malah, kami pernah menjual lampin basuh ni sehingga kami tak mampu nak penuhi permintaan kerana kehilangan agen stokis. Uhh laku weihh .... sampaikan ada wakil jualan dari India dan China hubungi saya untuk jadi pembekal.

Tu dulu. Masa giat berniaga online. :)

Kenapa Pilih PetPet?

PetPet adalah jenama lampin pakai buang yang kami gunakan hari-hari untuk Najmi. Kadangkala kami gunakan jenama Drypers. PetPet jenama lampin pakai buang yang agak berpatutan harganya, in Sha Allah ia mampu dimiliki kebanyakan orang.
Shopping Online Beli PetPet Untuk Raya
 PetPet Murah Promosi Riang Ria Raya
Kami selalu beli jenama PetPet ini secara online. Laman web Lazada adalah antara laman web shopping online yang ada menjual PetPet pada harga yang cukup murah. Murah sampaikan tak ada mana-mana kedai atau pasaraya di tempat saya yang mampu tandingi harga yang diberikan.

Terbaru kami beli PetPet jenis DayPants. Sebelum ni jenis biasa je...huhu. 

Baru-baru ni, ada adik ipar beritahu, jenama ni ada dijual dengan harga murah di Tesco Taiping. Bila dibandingkan harga, memang lebih murah di Tesco tu. Harga promosi sempena Ramadan. Tapi, lepas dikira-kira kos untuk ke Tesco tu, rasanya lebih berbaloi beli sahaja secara online, sebab tiada kos atau caj pengangkutan dikenakan. Nak ke Tesco daripada tempat saya ni, dah la kena tol, minyak lagi .. hmm .. kena bijak buat pengiraan tu.

Jenama PetPet adalah jenama yang kami gunakan sebab ia sesuai dengan kulit Najmi. Penting sekali memastikan jenama lampin pakai buang supaya rasi dengan kulit bayi. Jika tak sesuai, nanti boleh mendatangkan ketidakselesaan seperti ruam dan kegatalan.

Walaupun kadangkala jenama ini tak dapat nak tampung kebocoran, tetapi kalau kerap periksa lampin, in Sha Allah .. ia bukan satu masalah. Yelah, baby kecil ni memang selalu buang air ... huhu .. tengoklah badan si Najmi, bam-bam semangat tu .. sebab memang luar biasa banyak minum susu dibandingkan dengan abang dan kakaknya masa kecil dulu.

Saya dan isteri selalu dapatkan PetPet dengan harga diskaun tanpa caj penghantaran menerusi Lazada Malaysia. Selalunya kami akan beli setiap kali ada promosi macam tengah berjalan sekarang ni - Lazada Riang Ria Raya 2017 (klik banner promosi di bawah ini).
Diskaun yang diberikan memang berbaloi untuk kami beli sebagai persiapan dan persediaan untuk keperluan di hari raya nanti. Simpan stok baikkkk punya .. hahaha.

Ramai yang beli dan shopping online barangan bayi di Lazada Malaysia memang puas hati. Penghantaran jarang mengecewakan. Malah untuk kali ini, pesanan kami untuk PetPet dihantar seawal sehari selepas pembelian.
[Dah Tengok?] Harga Tawaran Khas iPhone 7 Baru
Jangan lepaskan peluang shopping online untuk keperluan raya anda di Lazada Malaysia. Memang best sebab banyaakkkk diskaun diberikan.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen Best Shopping Online Beli PetPet Murah Promosi Riang Ria Raya

mmg berbaloi beli time promosi mcm ni kan..bleh jimat kos delivery..

Selalu juga belek belek harga pampers di lazada. 2-2 ank sy pkai Drypers. Tp setakat ni blm pernah lagi beli di lazada. Mungkin lpas ni akan try bli stok di situ.


EmoticonEmoticon