Anda nak 10 buah telefon pintar (smartphone) Samsung S7 Edge percuma tak? Erkk .. soalan yang saya sendiri boleh jawab .. haha.... mestilah nak ye tak? Benda percuma siapa yang tak mahu, apatah lagi 10 buah Samsung S7 Edge. Saya ada peluang untuk anda peroleh telefon pintar ini secara percuma.

To good to be true kan? Tapi anda boleh dapatkan 10 buah telefon pintar Samsung S7 Edge percuma ini dengan mendaftar sebagai pelanggan WebeMobile bermula hari ini sehingga 31 Julai 2017. Caranya akan saya kongsikan seterusnya .. jadi, baca dengan teliti ye.

Bagaimana Nak Dapatkan 10 Buah Samsung S7 Edge Percuma?

Bagaimana Nak Dapatkan 10 Buah Samsung S7 Edge Percuma?
Orait, pertama sekali anda perlu dapatkan kod referral dengan WebeMobile. Jika anda seorang pelanggan sedia ada, maka kod referral ini akan diberikan secara automatik kepada anda apabila anda login ke dashboard laman web WebeMobile.

Menerusi kod ini, anda perlu ajak seberapa ramai yang mungkin untuk sertai anda dalam komuniti WebeMobile atau dengan kata lain, melanggan pakej WebeMobile sedia ada. Pakej WebeMobile menawarkan anda panggilan dan data tanpa had, SMS percuma ke semua rangkaian dan juga untuk tempoh terhad 1GB Hotspot untuk anda selama 3 bulan.

Orait, katakan anda bukan pelanggan WebeMobile, jadi apa perlu anda buat untuk membolehkan anda mendapat peluang peroleh 10 buah Samsung S7 Edge secara percuma?

Cara Nak Menang Samsung S7 Edge

Ikuti langkah berikut:
  1. Daftar percuma di laman web Webe. Anda boleh daftar PERCUMA samada menerusi akaun Facebook, Google atau email anda. Klik sini untuk buat pendaftaran percuma akaun Webe.
  2. Apabila pendaftaran anda disahkan, anda boleh terus login ke akaun Webe anda.
  3. Seterusnya, dapatkan kod referral anda. Anda perlu langgan perkhidmatan WebeMobile bernilai RM78 (tidak termasuk GST). Untuk menjadi pelanggan, Terus klik ke bahagian ini - Klik sini.
  4. Semasa checkout, pastikan anda masukkan kod referral "200745550" di dalam kotak seperti ditunjukkan di bawah ini.
Daftar WebeMobile dan menang 10 telefon Samsung S7 Edge percuma
  1. Kemudian, tunggu pengesahan pendaftaran dan pembayaran. Anda akan dimaklumkan bahawa sim kad Webe akan dihantar kepada anda secara percuma menerusi alamat yang telah anda masukkan.
  2. Setelah pengesahan, login semula ke akaun Webe anda dan dapatkan kod referral unik diri anda pula, dan lakukan promosi untuk membolehkan anda menang 10 buah Samsung S7 Edge. Anda boleh promosikan menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram atau menerusi laman sosial anda. Pastikan mereka yang mendaftar dengan anda memasukkan kod referral seperti saya tunjukkan di atas.

Lebih ramai yang mendaftar dengan kod referral WebeMobile anda, maka lebih banyak peluang untuk anda menang 10 buah Samsung S7 Edge secara percuma.

Ok. Katakan anda tak mahu langgan WebeMobile dan tak mahu turut serta, maka saya sambut baik ehsan anda jika bantu saya promosikan blog post ini untuk membolehkan saya menang 10 buah Samsung S7 Edge ini. Kongsikan post ini, atau ajak mereka daftar Webe dan masukkan kod referral "200745550" ketika checkout.

Jika saya menang 10 buah Samsung S7 Edge ini, bolehlah saya buat giveaway nanti di blog atau di Facebook saya. Mana tahu, rezeki anda pula lepas tu. Pastikan anda follow saya di Facebook nanti.

Jika sepakat semua ajak rakan daftar Webe guna kod referral saya, rasanya tak mustahil. Oh ya, saya tidak dibayar untuk tujuan ini. Apa yang saya buat ialah untuk dapatkan bantuan anda supaya saya boleh menang dan jadikan ia hadiah untuk anda nanti.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Seronok la kalo menang s7, boleh snap gambo lawa2

Reply

Hmm ... yang latest tu tak ok ke? Samsung Galaxy S8?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.