Filem pendek Raya 2017 daripada Audi. Saya fikir inilah kali pertama saya perlihatkan sebuah jenama kereta mewah membuat filem pendek Hari Raya di Malaysia. "Nak Ikut Boleh Tak?" ialah sebuah iklan dalam bentuk filem pendek Hari Raya oleh Audi Malaysia.

Tahun 2017 perlihatkan banyak iklan-iklan raya berbentuk filem pendek. Mungkin tujuannya ialah untuk menyampaikan mesej lebih jelas. Ia sudah menjadi satu trend, memandangkan rakyat Malaysia lebih sukakan jenis penyampaian iklan seperti ini.

"Nak Ikut Boleh Tak?" dari Audi Malaysia

"Nak Ikut Boleh Tak?" dari Audi Malaysia
"Nak Ikut Boleh Tak?" dari Audi Malaysia
Sekali pandang, filem pendek ni macam ditujukan untuk golongan mewah atau ada-ada .. haha, tapi selepas saya tonton dari awal sampai akhir, saya sedar .. .siapa pun kita, latar belakang kita, samada kita ni tak berduit atau dah kaya raya, kita ada cerita sama yang menyentuh rasa.

Mungkin bezanya ialah material dalam iklan, seperti dipaparkan dalam filem pendek "Nak Ikut Boleh Tak?" dari Audi.

Fuh, balik kampung dengan kereta Audi tu ... mau ramai mata akan memandang.

Filem pendek raya 2017 daripada Audi ni memperlihatkan kisah sebuah keluarga - dua beradik dengan emak mereka. Ayah dah tiada.

Awal cerita, saya cuba nak faham kenapalah tajuk ini dipilih. Memang susah. Tapi bila dah akhir cerita dalam filem pendek raya ni, barulah nampak. Dan ketika ini, hati saya jadi sebak pulak. Sedih tetiba.
"Amir ... kalau nak-nak satu benda, kita mesti belajar rerajin, kita mesti dapat" - dialog iklan.
Best juga tonton iklan ni. Paling best sebab kereta Audi tu, fuh memang bestlah andai dapat pandu. Dan seperti dialog dalam iklan, kalau nak .. kena rajin usaha supaya dapat. Nak memandu kereta mewah? Usahalah ..

Sama je dalam apa jua benda kita buat, ye tak?

Orait. Anda belum tengok lagi filem pendek raya "Nak Ikut Boleh Tak?". Jom sama tonton di  bawah ni.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

Sangat menarik dan menyentuh hati...

Reply

Kreatif diorg buat iklan raya Yang menarik

Reply

memang best juga kalau ada kereta mahal..

nak bawa pun sedap

Reply

Tak sampai nangis kan Leya?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.