Misteri Kampung Batu 311. Sebuah filem pendek Hari Raya 2017 terbaru daripada Telekom Malaysia. Agak berlainan dengan filem-filem pendek raya tahun ni, Telekom Malaysia menyuntik elemen misteri dalam iklan terbarunya sempena kehadiran bulan Syawal 1438H.

Anda dah tengok? Saya dah tengok ... dan .. ia sebuah iklan filem pendek Hari Raya 2017 paling best setakat ini. Serius! Malah ia menjadi iklan Raya 2017 yang sedang trending di YouTube! Apa yang best sangat tu? Ok, mari saya berikan sedikit sinopsis .. hehe

Misteri Kampung Batu 311 - #KeajaibanRamadan

Misteri Kampung Batu 311 - #KeajaibanRamadan
Misteri Kampung Batu 311 Terungkai Pada #KeajaibanRamadan
Kampung Batu 311 ada satu misteri. Ia cuba dibongkarkan oleh tiga sekawan yang terdiri dari bebudak cilik kampung tersebut. Apa misteri sangat pasal kampung ini?

Setiap masalah Kampung Batu 311 sering diselesaikan secara misteri. Tak tahu siapa yang bertanggungjawab. Walaupun begitu, sejak sekian lama .. tak ada sesiapapun yang mahu merungkai misteri tersebut. Tak ada seorang pun yang mahu mencari siapakah yang baik hati sangat yang telah selesaikan masalah-masalah yang berlaku pada penduduk Kampung Batu 311.

Misterinya, semua masalah itu diselesaikan pada waktu malam ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Itu sebab tak siapa tahu, tak siapa perasan.

Misteri tersebut telah menarik minat tiga sekawan untuk selesaikan. Mulanya mereka ingatkan hantu Kampung Batu 311. Tapi .. benda ni berlaku di bulan ramadan.. hanya pada waktu malam.

"Eh .. bulan puasa mana ada hantu, kan hantu dah kena ikat!"
"BaT-Man.."
"A'ah la ..baT-Man je yang keluar malam-malam"

BaT-Man Kampung Batu 311

Maka, tiga sekawan ni setuju .. bahawa Kampung Batu 311 ada baT-Man yang telah bantu selesaikan masalah orang kampung.

Tapi .. siapakah baT-Man ni?

Lalu, tiga bebudak ini pun memasang 'perangkap' untuk ketahui siapa sebenarnya baT-Man Kampung Batu 311.

Akhirnya, mereka tahu siapa itu baT-Man .... anda nak tahu? Tonton filem pendek Raya 2017 ini di bawah ni ye ....

Video Penuh #KejaibanRamadan Merungkai Misteri Kampung Batu 311



Anda dah tonton tak? Sedih kot bila bab bebudak bertiga ni dah jumpa dan rungkai siapa tu baT-Man.

BaT-Man Kampung Batu 311 hidup kesunyian selepas kematian isterinya. Akhirnya, selepas misteri terungkai dan telah diketahui siapa BaT-Man ...  makin berseri-serilah lagi Kampung Batu 311.

Inilah #keajaibanramadan yang telah berlaku di Kampung Batu 311.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah macam suspen la cerita ini..

    belum sempat lagi nak tengok

    BalasPadam
  2. Menarik. Macam saspen je kan dibuatnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahan tak dak gigi pakcik tu akhirnya jadi kacak sebab ada gigi .. hehehee

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement