Baru-baru ini, saya ada kongsikan kisah The Bloggers Dinner yang merupakan majlis makan malam untuk menghargai blogger Malaysia. Majlis yang diadakan di ballroom Hotel Concorde KL itu dianjurkan dan dikelolakan Lynk.my dan Hexa Corp. Lebih kurang 60 rakan blogger telah hadir atas jemputan khas memeriahkan majlis.

Dalam majlis tersebut, acara paling menarik ialah cabutan bertuah. Memang banyak hadiah untuk cabutan bertuah disediakan termasuklah sebuah TV flat screen, kamera DLSR, kamera video, iPad, barangan alat solek dan banyak lagi.

Menang Cabutan Bertuah dari Clique

Menang Cabutan Bertuah dari Clique
Kalau ikutkan daripada senarai hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ada, ianya melebihi jumlah rakan blogger yang hadir. Saya difahamkan di saat-saat akhir, ramai penaja yang telah sponsor hadiah untuk cabutan bertuah ni.

Saya pun tak terkecuali mendapat nombor untuk cabutan bertuah, dan alhamdulillah .. mungkin rezeki untuk isteri saya, dapatlah hadiah berupa gincu dan bedak mekap. Hadiah ini merupakan sumbangan daripada owner jenama Clique.
Set lipstik dan bedak asas dari Clique
Set bedak mekap dan lipstik dari Clique
Tak pakai lagi rasanya, mungkin tunggu Raya nanti baru isteri saya akan mencuba. Kata isteri saya, warna lipstik Clique ni nampak menarik, tetapi tak berapa sesuai dengan dirinya. Mungkin akan dihadiahkan kepada adik ipar kot nanti ..

Kepada rakan blogger yang mahu terlibat dengan aktiviti dan event anjuran Lynk.my serta Hexa Corp, jangan lupa untuk follow saya di Facebook ye.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement