Kursus online percuma Shopify. Jika anda biasa membaca blog saya, tentu perasan bahawa saya pernah sebut mengenai peluang untuk meningkatkan bisnes atau perniagaan menerusi platform Shopify. Ia merupakan satu platform yang digunakan ramai usahawan dunia memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.

Shopify digemari kerana ia sebuah laman web yang menawarkan peniaga dan usahawan online untuk mempromosi dan menjual produk mereka ke serata dunia samada menerusi laman web perniagaan mahupun aplikasi telefon pintar.

Kursus Percuma Bagaimana Jana USD Pertama Menerusi Shopify

Kursus Percuma Bagaimana Jana USD Pertama Menerusi Shopify
Di kesempatan ini, saya sukacita ingin berkongsi satu kursus online dalam bentuk 20 video percuma yang telah disediakan oleh pihak Shopify untuk bantu anda jana jualan pertama anda dalam USD. Ya, kursus percuma .. tak perlu bayar apa-apa untuk ikuti kursus online Shopify ini.

Anda tentu dah pernah baca bagaimana tiga orang usahawan dropship Malaysia telah berjaya menjana jualan yang sangat mengagumkan menerusi Shopify hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Dalam post tersebut, saya beritahu anda bagaimana mereka ini telah berjaya buat duit di internet menerusi platform ini dan jana USD94K jualan menerusi produk dropship mereka.

Mereka jual tanpa perlu modal besar, tanpa perlu simpan stok, dan tak perlu uruskan pembelian pelanggan pun, dan pelanggan mereka kebanyakkan dari luar negara yang membolehkan mereka menjual produk 3 kali ganda harga dari harga asal dalam MYR!

Seronok kan?

Memulakan perniagaan secara online memang satu yang menyeronokkan. Apa yang perlu ialah terbitkan idea untuk menjual sesuatu dalam perniagaan anda, bina sebuah kedai online dan bayangkan semua perkara akan jadi mudah apabila perniagaan tersebut dilancarkan.

Pun begitu, tanpa pengetahuan mengenai teknik dan kaedah pemasaran, mewujudkan trafik ke kedai online dan membuat jualan pertama adalah merupakan satu cabaran getir terhadap seorang usahawan online untuk berjaya.
[Dah Daftar?] Daftar Percuma 14 Hari Shopify - Kedai Online Anda
Saya nampak ramai usahawan online hadapi masalah untuk jana jualan mahupun keuntungan ini, apatah lagi apabila mahu memasarkan produk tersebut ke peringkat antarabangsa yang menjadi lubuk keuntungan yang besar.

Kursus Pemasaran 20 Modul Dalam Bentuk Video

Cara Raih Jualan Pertama Menerusi E-Commerce Shopify
Alhamdulillah, ada penyelesain mudah untuk atasi kebuntuan ini - Kursus Percuma Bagaimana Jana USD Pertama Menerusi Shopify!

Kursus dalam bentuk modul 20 video ini akan tunjukkan kepada usahawan online bagaimana untuk mendapatkan jualan pertama menerusi platform Shopify ini. Ia akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan Facebook Ads dalam memasarkan produk Shopify anda.

Kursus percuma Shopify ini meliputi semua aspek pemasaran dan promosi menggunakan Facebook Ads antaranya pembezaan jenama ke perletakkan pixel hingga ke optimasi kempen promosi Facebook Ads. Kursus percuma ini direka-bentuk untuk tunjukkan kepada anda bagaimana mudahnya untuk bermula dan tingkatkan perniagaan anda dengan Shopify.

Walaubagaimanapun, kursus percuma bagaimana jana USD pertama menerusi Shopify ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Ia hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar mahu pasarkan produk dan perkenalkan perniagaan anda ke tahap antarabangsa sahaja. Jika anda masih berada dalam niche 'kekampungan', maka kursus ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Mahu jana jualan dan untung dalam USD? Mahu produk dijual ke pasaran antarabangsa? Mahu ikut jejak langkah 3 jejaka usahawan dropship yang pernah saya ceritakan dulu? Maka, saya jemput anda untuk ikuti kursus percuma menerusi 20 modul dalam bentuk video ini.









Ok. Memandangkan saya perlu tahu anda benar-benar berminat untuk ikuti kursus ini, maka akses ke video berikutnya hanya boleh anda peroleh dengan mengisi nama dan email anda.

Jika anda nak tonton kesemua 20 video percuma (tidak termasuk pengenalan di atas) ini, terus sahaja ke pautan berikut - https://sites.google.com/view/free-20-video-modules-shopify/home

Anda hanya perlu isi borang disediakan, dan klik 'submit'. Dalam masa kurang dari 60 saat, anda akan terima email daripada saya yang berikan akses penuh kepada kesemua 21 video tersebut yang telah disediakan oleh Ezra Firestone seorang usahawan online yang telah berjaya menerusi Shopify ini.

Selamat menonton dan hadam ilmu yang diberikan dalam kursus percuma ini.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

Sangat menarik dan sangat membantu. Tq

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.