Aha, sebuah iklan Hari Raya terbaru 2017 yang paling saya suka .. hehehe. Iklan Raya 2017 daripada Digi Telecommunications ini menampilkan kisah seorang anak muda bernama Rizal yang sedang dalam perjalanan pulang balik beraya di kampungnya.

Ia sebuah iklan Hari Raya yang saya suka sebab tajuknya tu ... "Kasih Sayang Duit Raya Terbaik". Aha .. boleh buat modal di hari raya ni .. lebih-lebih lagi ketika nak hulur duit raya kepada anak-anak .. haha.

Kasih Sayang Duit Raya Terbaik

Sebenarnya, konsep pemberian kasih sayang memang dah lama saya terapkan dalam famili saya ni. Setiap kali anak-anak saya nak minta hadiah, atau saya cadang nak berikan hadiah untuk kejayaan mereka, saya selalu akan kata ...

"Aha .. abah akan berikan hadiah paling best di dunia untuk Along, Angah dengan Maira ..." kata saya setiap kali mereka dapat keputusan bagus dalam peperiksaan.

Dan setiap kali itulah, anak-anak saya akan jawab, terutama Angah (Zikri) dan Maira ...

"Ala .. tau dah .. kasih sayang kan kan .. "

Dan alhamdulillah, anak-anak saya faham konsep tu. Walaupun saya dok kata begitu, saya tak adalah kejam sangat sebagai seorang ayah. Ada rezeki lebih, saya akan berikan apa yang termampu. Tak banyak, sikit pun jadi .. pastinya dengan penuh ikhlas.

Anak-anak ni, jika kita pandai ambil hati mereka, kita berikan apa jua hadiah ... walaupun hanya sebuah pemadam pensil dengan logo Spiderman, mereka akan rasa gembira gila. Kena tahu timing bila nak diberikan. Nak lagi menyeronokkan mereka, berikan hadiah dalam keadaan berbalut. Selalunya bila berikan hadiah yang berbalut ni, mereka akan rasa lebih dihargai.

Digi Cuba Beritahu, Wang Bukanlah Duit Raya Terbaik Untuk Ibu Bapa

Ok, dalam iklan Hari Raya 2017 daripada Digi ni, itulah yang cuba disampaikan.

Mungkin adik beradik lain berikan hadiah yang hebat untuk keluarga di kampung, terutama untuk ibu dan ayah. Namun, ia bukan satu pengukur kebahagiaan yang diberikan.

Ibu dan ayah tak minta apa, mereka cuma mahukan kasih sayang ikhlas daripada anak-anak. Kasih sayang daripada anak-anak sudah cukup memadai buat mereka sebagai hadiah atau duit raya.

Video Penuh Iklan Digi Hari Raya 2017

Jom sama-sama layan iklan raya "Kasih Sayang Duit Raya Terbaik" ini daripada Digi.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

menarik iklan raya Digi ni..betapa indahnya kasih sayang dalam keluarga...selamat hari raya Tuan HH

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.