Tajuk mengundang ye tak? Benda betul... bukan tipu. Zaman sekarang ni, zaman teknologi .. orang boleh tetiba dapat tahu dan anda boleh senang-senang terkantoi tak berpuasa di bulan penuh barakah ni.

Mulut cakap ... "Saya sedang berpuasa" tetapi tak tahu di belakang sana, sudah dua pinggan nasi semalam dibalun awal pagi. Ada je berlaku di zaman sekarang ni. Jika dulu memang senang nak sorok dari pandangan orang, tapi itulah Allah itu Maha Hebat. DIA berikan ilmu untuk manusia cipta teknologi ... :)

Kantoi Tak Puasa Menerusi Aplikasi WhatsApp

Kantoi Tak Berpuasa Menerusi Aplikasi WhatsApp
Apabila anda seorang usahawan dan berbisnes niaga secara online, antara aplikasi yang kerap digunakan untuk urusan jual beli adalah aplikasi WhatsApp. Ia satu aplikasi percuma berhubung antara dua orang yang berjauhan. Uhh ... kadangkala yang duduk satu rumah pun boleh ber-WhatsApp sesama sendiri .. haha.

Inilah teknologi yang telah berjaya pupuskan atau meng-unpopular-kan perkhidmatan mesej teks ringkas atau SMS. Menerusi aplikasi WhatsApp, anda boleh berhubungan dengan saudara mara atau rakan yang berada di luar negara secara percuma. Malah, anda boleh hantar bukan sekadar teks, tetapi juga gambar serta video.

Maka, ia satu teknologi yang sangat bagus dan baik andai digunakan ke arah kebaikan.

Berbalik pada cerita ... "Kantoi tak puasa, jam 9:30 pagi dah makan megi" ..

Bukan cerita rekaan, tetapi realiti. Segalanya terbongkar kerana mesej WhatsApp.

Nak kata salah cakap .. hmmm tapi mesej teks .. haha ... tapi inilah berlaku bila tak berapa nak faham apa yang disampaikan. Uhh kalau berpuasa tu lain cerita, bolehlah kata .. "Saya silap taip sebab mamai lagi .. dok berpuasa"
[Dah Baca?] Cara BerWhatsApp Menggunakan Komputer atau Laptop
Tapi ni lain cerita. Lain ditanya, lain dijawab, akhirnya kantoi tak berpuasa. Siap beritahu lagi baru sahaja makan mee segera seawal jam 9:30 pagi...haha..

Allah nak tunjuk. Allah akan tunjuk.

Adeh ... tengok ni...
Kantoi Tak Puasa, Jam 930 Dah Makan Megi
Hahahahaha.. lain ditanya, lain difaham, lain dijawab .. kan kantoi dah.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

6 Komen

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.