Tak tahulah pada orang lain, kalau saya .. jika raya tak ada lagu raya memang rasa kurang ummph lah. Nak tak nak, mesti nak dengar lagu raya setiap kali Hari Raya Aidilfitri, baru terasa semangat nak beraya. Lagu raya ni berhantu ... hantu raya .. hahaha.

Anda ada simpan lagi tak lagu raya kesukaan anda? Tak kiralah dalam bentuk kaset (lejen ni) ke, CD ke, VCD atau DVD? Kalau ada, boleh lekas cari ... siap letak dalam kenderaan ke, atau simpan untuk dimainkan semasa raya nanti.

Album Lagu Raya - 'Jom Pi Raya' dari Rusa Music

Lagu Raya - Jom Pi Raya dari Rusa Music
Lagu raya paling best ialah lagu-lagu raya nostalgia. Sejak dari dulu lagu-lagu raya nyanyian Ahmad Jais, Sanisah Huri, Fazidah Joned, P. Ramlee, Saloma, Rahimah Rahim, Anuar Zain dan Ellina, M Nasir, Aishah, Noorkumalasari, DJ Dave, Uji Rashid dan Hail Amir, Black Dog Bone, Sudirman dan ramai lagi menjadi lagu favourite ramai.

Bila dengar je lagu-lagu ni, pasti berikan sesuatu yang susah saya nak terangkan. Seperti awal saya cakap, ada hantu .. yang menusuk jiwa raga gitu. Silap-silap ada lagu raya boleh bawa rasa sebak dan rindu.

Walaupun lagu raya lama ni dah jadi lejen, ada juga lagu raya yang baru dan fresh yang disukai golongan sekarang. Orang muda banyaknya minat lagu-lagu yang lebih moden dan catchy.

Senarai Lagu Album Jom Pi Raya

Jika anda dok mencari lagu-lagu raya baru, boleh cuba dengarkan lagu-lagu raya dari Rusa Music. Antara lagu yang ada dalam koleksi album lagu raya Jom Pi Raya adalah ..
  • Hang Pi Raya - Khalifah
  • Demi Lebaran - Ezad Lazim
  • Bersama di Hari Raya - Ainan Tasneem
  • Raya Yang Ku Cinta - Kristal
  • Berakhir Ramadan - Atmosfera
  • Rasa Rendang Ini - Bangsoda
dan banyak lagi .. ada 21 lagu versi raya kesemuanya.

Malah dalam album Jom Pi Raya Nusa Music ini ada beberapa lagu nyanyian dua penyanyi cilik Husna dan Indah, melagukan semula lagu raya lejen Balik Kampung (Sudirman), Selamat Hari Raya (Saloma) dan Suasana Hari Raya (Anuar Zain dan Ellina).

Leh tengok video Husna dan Indah ni ... eceh comel je .. haha.


Jika anda berminat nak mendapatkan lagu-lagu raya Jom Pi Raya Rusa Music termasuklah lagu dari Husna dan Indah ini, boleh terus ke laman web shopping online Lazada Malaysia (klik).

Oh ya, lagu raya dalam album ni bukan sahaja dari artis Rusa Music tetapi juga dari MVW, termasuklah dari kumpulan Khalifah yang popular dengan lagu raya 'Hang Pi Raya' dan 'Assalammualaikum Lebaran'. Lagu popular dari kumpulan Atmosfera juga diadaptasi menjadi lagu raya dalam album ni - 'Berakhir Ramadan'.


Untuk dengarkan secara online album Jom Pi Raya Nusa Music dan MVM ni, bolehlah layan video di bawah ni ...:)





Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

Wah lagu raya ada jual kat Lazada.. Bagus ni, boleh dengaq waktu balik kampung ni.. Best!

Reply

3 hari lagi nak raya baru pasang lagu.baru ada feel

Reply

Lagu raya yang lama-lama pun ada jual kat lazada ni

Reply

Pilihan nostalgia juga yang terbaik .. kan kan? Huhuuhu.. siapa nyanyi pun tetap sedap didengar.

Reply

Hahaha.. ya betul .. tapi ada tu nak raya awal .. hahaha

Reply

Bagi sy klau feel raya nk dtng, mmng kna dgr lagu raya. Hehe.
Dh masuk Thn ke-4 raya sbgai suami isteri ni x merasa dh blik kmpung lalu highway. Klau x sambil dgr lagu raya bertambah2 lg feelnya.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.