22 Jun 2017

Income Pasif Terbaik Seorang Blogger

Sejak saya belajar di USM dulu, saya dah diperkenalkan dengan pendapatan pasif. Bila sebut je pasal pendapatan pasif ketika itu, ramai yang syorkan saya bisnes Multi-Level-Marketing (MLM), di mana saya diminta untuk aktif mecari downline (agen) untuk dapat komisen dan bonus. Uhh .. memang terkinja dan sakan saya dok rekrut orang masuk MLM.

Tapi itulah, masa tu naif. Saya mudah betul terpengaruh sebab nak merasa duit banyak. Ala, time student dulu memang banyak peluang macam ni datang tanpa diminta. Biasalah, bila seorang je dah mula merasa duit RM1000 dalam tangan, terus dijaja pada semua rakan dalam kampus.

Cara Mendapatkan Income Pasif Untuk Seorang Blogger

Income Pasif Terbaik Seorang Blogger
Adsense - Pilihan Ramai Penulis Online Hasilkan Income Pasif
Lepas tu, bila saya tamat belajar, saya diperkenalkan dengan cara lain, iaitu bermain saham. Main saham pun boleh dikatakan sumber menjana pendapatan secara pasif. Tapi, nak betul-betul buat duit dengan main saham ni, kena ada ilmu unggul. Ramai yang main saham tanpa ilmu dan pengetahuan, hanya dengan main tikam-tikam dan emosi, akhirnya tersungkur. Benda boleh buat duit, akhirnya jadi punca diri muflis dan banyak hutang sana sini.

Beberapa rakan saya ada yang berjaya bermain saham ni. Mereka jana income secara sampingan je dengan bermain saham di Bursa Saham. Sekarang dah mudah, boleh dagang saham secara online. Banyak bank investment yang support pelanggan mereka, siap ada diberikan kelas cara nak bermain saham lagi... percuma pulak tu.
[Dah Baca?] Belajar Main Saham Dengan RHB TradeSmart Percuma
Pastu saya diajak seorang sahabat baik saya yang bekerja di USM untuk ceburi forex trading. Aha, yang ni pun menampakkan ramai orang yang berjaya jana pendapatan pasif yang lumayan. Tapi ada isu juga dari segi hukum agama Islam. Jadi, kena faham cara betul untuk buat duit cara forex trading. Kalau tak ada ilmu betul, bahaya ni. Buat macam kebanyakan bank berteraskan muamalat Islam, mereka ada cara yang dibenarkan.

Cara Main Saham

Aktif Berinternet Untuk Dapatkan Pendapatan Sampingan

Dan apabila saya menjadi aktif di internet, sekitar tahun 2007 .. saya temui satu cara untuk jana income pasif yang mudah, iaitu dengan mempunyai sebuah laman web sendiri.

Saya kaji dan baca banyak rujukan secara online. Dan saya dapati, cara ini adalah antara cara yang kena dengan minat dan kebolehan diri saya iaitu menulis.

Saya yakin yang dengan menulis di internet, boleh datangkan sumber income bertalu-talu tanpa tekanan atau stress. Jadi, saya terus buat laman web sendiri menerusi laman Lycos Site. Saya kongsikan banyak artikel berkaitan teknik pemasaran online, tips bisnes MLM, income pasif, pasal program affiliate dan banyak lagi.

Cari Ilmu Untuk Jadi Pakar Buat Duit Adsense

Ketika itu, saya bukan pakar pun bab-bab tu, saya cuma ambil artikel dari beberapa direktori ezine dari luar negara, dan pulun translate sendiri, lepas tu tulis sendiri di laman web tu. Memang bersemangat betul.

Hampir setiap hari saya update dan tulis di laman web. Akhirnya, selepas artikel saya agak banyak, saya pun mohon akaun Adsense. Adsense ketika itu memang popular lah sebagai sumber jana income pasif di internet. Kat luar negara, ramai yang buat duit cara ni ...

Adsense menjadi sumber pasif income terbaik secara online ketika itu. Ia cara paling mudah. Hanya perlu ada laman web, dan akaun Adsense. Masukkan je kod pengiklanan Adsense dalam web, dan mula jana income dalam USD. Malah, anda boleh terima income dalam matawang UK Pound, atau Dollar Canada jika tahu caranya.

Kemudian, saya temui Blogger (blogspot.com). Blogger mula dikenali sekitar tahun 1999 oleh Pyra Labs, yang kemudiannya diambil alih oleh Google sekitar tahun 2003. Buat dan bina blog di platform ini adalah percuma, itu sebab saya suka .. :)

Saya pindah dari menulis di Lycos, saya buat blog sendiri di Blogger sekitar tahun 2005. Tak aktif. Hanya ada akaun je.


Cuma pada tahun 2007 apabila saya dah kerja sebagai pegawai kontrak dengan USM, baru saya sambung balik buat dan menulis blog dalam platform Blogger. Bermula dari kosong! Zero. Memang tak tahu apa-apa pun pasal platform ni.

Erkk .. adalah tahu asas skit-sikit tu .. huhu ... tapi leh ibarat newbie la... hehehe.

Officially Sebagai Penulis Blog dan Buat Duit Dengan Adsense

Maka, bermulalah diri saya sebagai seorang penulis blog atau blogger menerusi platform Blogger atau Blogspot secara official.

2008, saya dah ada beberapa blog sendiri. Simple semuanya.

Akaun Adsense saya ketika itu masih aktif. Dan disebabkan Blogger sebahagian daripada Google, dan Adsense pun sama, jadi proses nak buat duit online memang mudah. Semua disediakan dalam dashboard atau antaramuka platform Blogger tu sendiri. Drag n drop sahaja.

Tahun 2010, saya dipelawa untuk buka akaun penuh (full account) dengan Adsense. Step-by-step diberikan kepada saya untuk memohon. Maka, saya pun dapatkan domain sendiri untuk blog saya. Ketika itu, saya beli nama domain cuma RM30 sahaja di SyokHost. Alhamdulillah, sampai sekarang, saya terus setia dengan SyokHost sebab mereka berikan servis yang sangat memuaskan untuk saya.

Maka, domain HasrulHassan.com dicipta sebagai ganti hasrulhassan.blogspot.com. Hosting kekal menggunakan Blogger/Blogspot, jadi saya tak perlu risau pasal sewaan hosting, had capaian (bandwith), security dan sebagainya. Tak perlu nak belajar Cpanel dalam hosting yang agak rumit bagi saya .. hehehe.
[Baca] Cara Nak Dapat Nama Domain Blog Sendiri
Saya dapat full account Adsense pertama saya. Malah, saya ada dua akaun Adsense ketika itu. Dua-dua menjana income secara pasif untuk saya.

Waktu tu, kalau dapat duit dari Adsense, saya akan keluarkan gunakan cek yang dihantar ke alamat rumah. Jenuh juga tunggu, dan rumit nak masukkan ke dalam akaun bank, siap kena servis caj lagi - dalam RM12 kalau tak silap. Cek nak clear pun giler lama .. dua bulan rasanya kena tunggu. Jenuh.

Lepas tu, saya gunakan cara Western Union (WU). Cepat sikit dari cek, tapi masih ada beberapa masalah sebab kat tempat saya tak banyak servis penukaran duit WU masuk ke dalam akaun bank atau tukar jadi tunai. Banyak songeh dan banyak kena tanya.

Akhirnya, saya gunakan akaun personal saya di Maybank. Fuh, cepat. Dapat je invois dari Adsense menerusi email, dua hari lepas tu, dah boleh nampak duit USD yang dah ditukar ke MYR dalam akaun bank saya.
[Baca Dah?] Cara Jana Income Adsense Menerusi Video YouTube
Sejak dari itu, setiap 21 hb (sebelum tu akhir bulan), saya akan terima penyata pendapatan dari Adsense. Apa yang saya perlu buat cuma update blog saya dengan kerap, dan pastikan blog saya terima trafik yang baik daripada enjin carian, terutama daripada Google.

Saya tak perlu nak jual apa-apa, tak perlu nak promote apa-apa, tak perlu nak daftarkan sesiapa macam program cari agen MLM .. huhu.. dan saya punyai pilihan untuk tidak bersengkang mata melihat skrin komputer melihat turun naik harga saham atau perhatikan indikator forex.

Saya minat dan suka menulis blog. Dan dari minat dan kesukaan ini, saya peroleh pendapatan atau income secara pasif setiap bulan. Paling tidak dalam USD100 setiap bulan - uh jadilah ye tak?

Kalau anda ada blog, ada laman web .. maka saya memang syorkan anda untuk dapatkan satu akaun Adsense penuh (full account) untuk mula jana income seperti saya dan blogger lain.

Panduan Memohon Akaun Penuh Adsense

Panduan Memohon Akaun Penuh Adsense
Tak tahu macamana nak apply? Ok, anda boleh dapatkan Panduan Adsense Revive (versi 2017) untuk bantu anda memohon dan dapatkan akaun Adsense ini. Malah, kalau anda pernah apply dan tak berjaya lulus pun, boleh gunakan panduan ini.

Jika berminat, anda boleh dapatkan panduan ini dengan harga diskaun yang personally saya berikan untuk anda. Potong RM20 daripada harga promosi RM80. Jadi, panduan ini anda boleh dapatkan dengan harga RM60 sahaja!

Apa perlu buat ialah, gunakan kod baucer berikut - "HasrulHensem" semasa nak membuat pembayaran tempahan panduan ini, seperti ditunjukkan di bawah ni.
Promosi ni terhad, jadi jangan tunggu lama-lama, nanti kod baucer diskaun akan luput. Sebelum luput, baik anda perolehinya terus.

Kod kupon - "HasrulHensem" potongan diskaun sebanyak RM20.

Untuk buat tempahan dan dapatkan panduan ini, anda hanya perlu terus ke link di bawah:

Jaminan Wang Dipulangkan




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

12 Komen

wah...pening belajar adsense ni,,smpai..kena try ni

Pada suatu hari nanti saya akan memiliki akaun adsense

nak acc adsense jgk..apply xpenah berjaya.

Blog saya ke laut..terpinggir terus...

Jana Income melalui Adsense memang terbaik. Banyak juga pantang larangnya. Semalam baru kena warning sebab share unauthorised file. PDF Jadual cuti je pun, so cepat2la kita delete. Dari kena ban.

Adsense ni pada mama kena ada ilmu dulu sebelum nak masukkan ke dalam blog. so, perlukan persediaan betul2. bila dah confident barulah boleh apply. mama belum cukup confident lagi hihi.. tahniah HH berjaya menjana pendapatan

Pasang niat yang baik, dan belajar cara betul buat duit dengan Adsense. In Sha Allah .. nanti akan dipermudahkan.

Syuhada, guna panduan tu ... ada diajar cara nak apply supaya berjaya.

Yang bagusnya .. walaupun blog dah lama tak update dan terpinggir, selagi ada iklan adsense, selagi tu boleh buat duit

Ni tips daripada Adsense. Boleh nak letakkan fail macam tu, tapi download dan kemudian upload ke server sendiri. Lepas tu bila buat link, letakkan ia sebagai NOFOLLOW .. sbb robot adsense akan ikut mana link dofollow ni.

Saya sambil-sambil keja, ada juga main saham secara kecil-kecilan. Tapi sejak GST diperkenalkan dalam pembelian saham tahun pertengahan tahun 2015, saya stop sebab market dah slow.
Berubah pula kepada forex. boleh la sikit-sikit. main pun kecil-kecilan je. Untung USD 10,cabut.. kemudian masuk balik. dapat USD10, cabut..

dh baca panduan adsense ni..


EmoticonEmoticon