03 Mei 2017

WooXpress - Teknik Income USD 2 Dalam 1

WooXpress - Ia adalah gabungan dua aplikasi atau laman web power untuk jana income USD online iaitu WooCommerce dan AliExpress. Jika anda dah biasa dengan platform blog wordpress, tentu biasa dengar theme WooThemes yang bertanggungjawab menyediakan satu plugin iaitu WooCommerce untuk membina laman web perniagaan.

AliExpress pula adalah laman web yang menjual pelbagai produk secara online. Kebanyakkan produk adalah dari China. Ia adalah merupakan cabang dari AliBaba.com yang memang terkenal satu dunia menjual produk online - samada secara runcit mahupun borong.

WooXpress - Teknik Income USD 2 Dalam 1

Seperti awal saya sebut, WooExpress adalah teknik menjana pendapatan USD menerusi bisnes online. Ada dua cara menjana income USD menggunakan platform WooExpress ini, iaitu jual produk secara dropship yang ada dalam AliExpresss dan keduanya ialah menerusi program affiliate percuma yang ada dalam AliExpress.

Secara amnya ..
  • WooCommerce - Sediakan tapak untuk perniagaan online anda sendiri.
  • AliExpress - Sumber untuk anda jana income USD samada menerusi dropship atau afilliate atau kedua-duanya.

Kenapa guna WooCommerce? 

Sebab ia adalah platform atau plugin percuma di dalam wordpress. Anda tak perlu keluarkan modal besar untuk setup sebuah bisnes online USD sendiri di internet. Ia dipermudahkan dengan menggunakan theme wordpress WooThemes ditambah dengan plugin WooCommerce.

Pun begitu, untuk memantapkan sebuah laman web perniagaan percuma dengan theme wordpress ini, anda mungkin memerlukan plugin premium berbayar. Tetapi, plugin yang sedia ada juga dah cukup mantap untuk hasilkan sebuah laman web perniagaan online yang power, asalkan tahu cara nak manipulasi dan gunakan teknik yang betul.

Dalam WooThemes disertakan dengan plugin percuma WooCommerce, anda sudah boleh miliki sebuah laman web bisnes online USD anda lengkap dengan fitur berikut:

Product Management

Anda boleh menambah produk, menghapus atau mengubah produk yang sudah ada. Di dalam setiap penampilan produk, anda boleh berikan variasi seperti warna, ukuran, dan lain-lain. Malah, anda juga boleh terus meletakkan harga jualan sebenar ataupun harga diskaun.

Anda boleh muat-naik gambar produk, berikan deskripsi pada produk dan macam-macam lagi termasuklah memasukkan testimoni serta review produk. Untuk pengurusan stok, anda dapat mengatur jumlah stok atau memberikan volume yang ada bagi produk tertentu dengan mudah menerusi plugin WooCommerce.

Shopping Cart

Shopping Cart disediakan untuk kedai online anda, seperti mana anda dapat lihat dalam laman-laman perniagaan atau shopping web besar seperti Amazon, Lazada, Zalora dan sebagainya. Ia merupakan fungsi penting untuk sebuah laman web bisnes, dan WooCommerce menyediakannya percuma untuk anda.

Fungsi Checkout

Satu lagi fungsi paling penting untuk sebuah laman web bisnes online. Menerusi plugin wordpress ini, proses checkout boleh diletakkan dengan mudah di mana pembeli boleh mengisi nama, alamat, atau melihat perincian pembayaran yang harus dilakukan. Setelah melakukan checkout pembeli akan dibawa ke halaman pembayaran (bergantung kepada kaedah pembayaran yang anda sediakan).

Anda dapat menambahkan fungsi kaedah pembayaran misalnya PayPal atau Bank Transfer pada checkout melalui menu pengaturan WooCommerce.


Menarik? Jika anda seorang yang mahukan sebuah kedai online yang lengkap, sudah pasti fitur di atas satu kemestian bukan? Itu sebabnya saya syorkan platform ini.

Saya sudah berikan sedikit gambaran mengenai WooThemes/WooCommerce yang akan digunakan sebagai platform membina kedai online anda. Sekarang mari ketahui bagaimana platform ini dapat bantu anda jana income USD 2 dalam 1. 

AliExpress

Ia merupakan sebuah portal jual beli online, sama sahaja konsepnya dengan Amazon, Lazada, Zalora dan banyak lagi. Ia adalah cabang dari AliBaba.com.

Menerusi AliExpress ini, anda boleh beli dan jual balik menerusi laman web bisnes online anda sendiri. Caranya ialah, dengan ambil produk yang ada di AliExpress dan meletakkannya di dalam laman web bisnes anda yang dibina menggunakan WooCommerce. Harganya anda tentukan sendiri.

Bagaimana Buat Duit USD Dengan AliExpress?

Bagusnya dalam AliExpress, anda boleh cari peluang buat duit USD menerusi produk dropship yang ada di situ. Ini bermakna, anda tidak perlu risau pasal nak beli stok, simpan stok mahupun uruskan penghantaran. Yang penting ialah, anda perlu pastikan pelanggan beli dari laman web bisnes anda - dan bukan dari AliExpress. 

Katakan di AliExpress, harga dropship sesuatu produk adalah USD30, jadi anda boleh tetapkan harga dalam web bisnes anda dengan harga USD35. Pelanggan dari laman web bisnes anda beli dengan harga USD35, tetapi anda secara automatik bayar kepada dropship AliExpress adalah USD30. Untung USD5 adalah milik anda.

Butiran pembelian diterima oleh pemilik dropship AliExpress dan mereka uruskan penghantaran. Tugas anda cuma perlu promosikan sahaja kedai online anda yang telah lengkap dibina menggunakan WooThemes/WooCommerce tadi kepada bakal-bakal pelanggan dan pembeli.

Selain dropship, AliExpress juga ada program affiliate. Katakan anda tak mahu nak buat dropship, maka anda boleh pilih untuk gunakan program affiliate sebagai sumber untuk mendapatkan income USD anda. Sepertimana saya pernah sebut dalam banyak post berkaitan buat duit online, program affiliate adalah program buat duit di internet percuma yang dah lama wujud. Ia program dipercayai dan telah bantu ramai jana income samada secara sepenuh masa mahupun sampingan.

Menerusi program affiliate AliExpress, anda boleh kutip komisen dengan setiap produk yang dijual. Ala .. macam saya buat duit dengan Lazada, Zalora, Air Asia, MAS .. semua tu adalah gunakan cara yang sama - komisen affiliate.

So, nampak dah? 

WooXpress - Berikan Cara, Kaedah dan Teknik Terbaik Buat Duit USD Dua Dalam 1

Sekarang, apa kaitannya WooXpress ini dengan segala benda yang saya dok cerita dari atas sampai ke bawah?

WooXpress adalah sebuah laman web yang akan bantu dari A sampai Z bagaimana untuk melakukannya dengan betul. Ramai yang tahu mengenai WooThemes/WooCommerce namun gagal nak membina sebuah laman web perniagaan yang mantap. 

Sama juga dengan AliExpress, ramai juga tahu mengenai peluang yang ada dalam laman web shopping online antara terbesar di dunia ni, tapi .. tak tahu cara berkesan nak melakukannya.

Dalam WooXpress, semua ini akan diajar oleh dua orang pakar yang sudahpun membuktikan mereka berjaya menjana income berbelas sehingga puluhan ribu USD dalam sebulan menggunakan teknik 2 dalam 1 ini.
WooXpress

Mahu rebut peluang menjana income USD menerusi platform ecommerce ini? Terus sahaja ke pautan di bawah ini, dan pastikan anda rebut bonus-bonus khas terhad diberikan:

TERHAD - Kod: "100OFF" untuk diskaun sebanyak RM100 bagi WooXpress. 

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen WooXpress - Teknik Income USD 2 Dalam 1

Wow.. info bagus ni..blh la nak luangkan masa sikit study wooxpress ni.. mana tau lepas ni blh tukar kerjaya lepas ni.. hehehe


EmoticonEmoticon