24 Mei 2017

5 Medium Pengiklanan Pilihan Alternatif Kepada Google Adsense

Jika anda kecewa untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense, jangan sedih sangat ehh. Ada banyak lagi peluang untuk anda jana income USD dengan blog anda. Selain Adsense, ada beberapa platform pengiklanan untuk blog yang boleh dijadikan alternatif kepada Adsense.

Saya tahu ada yang mencari alternatif untuk Adsense, jadi mari lihat senarai medium pengiklanan alternatif Adsense yang ada. Apapun, saya nasihatkan anda untuk lihat terma dan syarat yang diberikan, dan rajinkan diri untuk baca panduan diberikan oleh setiap platform ini.

Lima Medium Pengiklanan Pilihan Alternatif Kepada Adsense

Senarai Medium Pengiklanan Alternatif Adsense
Berikut adalah senarai platform pengiklanan blog yang membayar anda dalam USD, selain daripada Adsense:
  1. H12 Media
  2. PopAds
  3. RevenueHits
  4. Native Ads
  5. Propellerads
Setiap daripada medium pengiklanan ini ada kelebihan dan kekurangannya. Saya nak ceritakan satu persatu pun, agak payah juga melainkan anda faham bagaimana setiap platform pengiklanan ini berfungsi.

Seperti awal saya sebutkan tadi, anda kena buat sedikit research tentang bagaimana setiap media pengiklanan online atau blog ini memberikan anda income USD. Perkara paling utama ialah anda perlu tahu jenis atau bentuk iklan yang ditawarkan.

Contohnya seperti PopAds, iklannya berbentuk jenis pop atau termuncul secara automatik apabila pengunjung klik mana-mana bahagian blog anda dalam sela masa tertentu. Walaupun anda boleh control jumlah iklan keluar untuk setiap pengunjung, namun ia secara jangka masa panjang akan jejaskan pembaca setia blog anda.

Kalau anda mendapat trafik bukan secara direct daripada pembaca setia, maka memang bagus untuk gunakan PopAds ini untuk mendapatkan income USD menerusi blog anda. Dengan syarat, blog anda perlu ada trafik tinggi terhasil samada daripada perkongsian di laman sosial atau dari trafik enjin carian.

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Manakala platform pengiklanan seperti Propeller Ads Media, ia lebih mirip seperti platform pengiklanan Innity (Advenueplatform). Seandainya blog anda responsif dan mendapat trafik yang tinggi untuk paparan mobile, maka memang bagus menggunakan platform pengiklanan Propeller Ads Media ini.

Pun begitu, seperti mana PopAds, ada kekurangannya juga. Iklan Propeller Ads jenis mobile akan menyebabkan bacaan atau akses ke blog anda mempunyai 'gate' tertentu. Untuk seorang pengunjung yang cerewet dan mahukan akses pantas, iklan-iklan seperti ini agak kurang menyenangkan mereka.

Ya, memang ada banyak pilihan alternatif untuk menggantikan Google Adsense. Namun, tiada di antaranya lebih baik daripada medium pengiklanan online terbesar dunia ini. Itulah sebabnya ramai blogger masih berusaha untuk mendapatkan akaun Adsense penuh.

Jika anda antara kalangan blogger yang ada masalah untuk dapatkan akaun Adsense, saya syorkan anda untuk baca Panduan Adsense Revive.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen 5 Medium Pengiklanan Pilihan Alternatif Kepada Google Adsense

Ikutkan hati tak nak letak iklan.. Free reading je

Assalamualaikum .Kesemua artikal yang dipaparkan disini sungguh bermanafaat buat kami newbie .Ianya juga kami jadikan sebagai rujukan dalam pengeditan webblog ...dari zero kini boleh dikatakan OK ...meskipun tidak segah pro blogger .


EmoticonEmoticon