Mahu miliki rumah sendiri? Mengapa tidak berdaftar dengan PR1MA? Ia adalah peluang untuk anda memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik. Saya sendiri berdaftar dengan PR1MA, bertujuan untuk peroleh peluang mendapatkan rumah PR1MA terutama di kawasan negeri Perak.

Apabila berdaftar dengan PR1MA, anda akan dapat makluman mengenai projek-projek baru dan terkini bagi pemilikan rumah sendiri dengan harga mampu milik.

Peluang Miliki Rumah PR1MA di Perak

Peluang Miliki Rumah PR1MA di Perak
Projek perumahan PR1MA di Perak misalnya melibatkan banyak daerah dan kawasan. Disebabkan saya tinggal berdekatan daerah Kerian, saya ambil kesempatan berdaftar dengan PR1MA dan meletakkan projek-projek di daerah Kerian, Kinta serta Manjung sebagai pilihan utama.

Setiap kali ada projek baru, pihak PR1MA akan menghantar email pemberitahuan.

Anda boleh lihat seperti contoh di bawah ini.
Permohonan rumah PR1MA sekarang dah semakin mudah. Anda dah boleh muat turun aplikasi percuma di Google Playstore anda Apple AppStore.
[Dah Baca?] Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak Bank
Kebanyakan projek perumahan ini terletak di lokasi yang strategik, dan dikelilingi pelbagai kemudahan lain yang mudah diakses seperti balai polis, hospital, pasaraya, kedai runcit, dan sebagainya.

Contoh seperti projek kediaman PR1MA di Sitiawan ini (gambar bawah), yang harganya bermula dari RM117 ribu untuk rumah teres setingkat.
Peluang Miliki Rumah PR1MA di Perak Harga RM177K
Selain daripada email seperti di atas, anda juga akan dijemput untuk hadir ke pameran dan hari terbuka dianjurkan PR1MA. Selalunya ketika ada penganjuran sebegini, akan diadakan cabutan untuk mereka yang berjaya. Pun begitu, anda mesti memenuhi syarat am kelayakan yang telah ditetapkan ketika pendaftaran dibuat.

Cara Dapatkan Rumah PR1MA

Jika berjaya dalam cabutan undian tersebut, anda perlu menyatakan persetujuan untuk membelinya dengan syarat berikut dipenuhi.

  • Pembelian rumah tersebut adalah tertakluk kepada pemeriksaan Kredit (CCRIS) dan pengeluaran Surat Kelayakan Pinjaman yang akan dikeluarkan oleh pihak panel Bank PR1MA. 

Bagi tujuan tersebut anda diwajibkan membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
  1. Surat Jemputan pembelian rumah PR1MA 
  2. MyKad (3 salinan) 
  3. Slip gaji - 3 bulan terkini
  4. Penyata Caruman KWSP (EPF) - terkini
  5. Borang EA/Borang J - terkini
  6. Penyata akaun bank – 3 bulan terkini
  7. Dokumen Perniagaan bersama borang 24, 49 dan penyata bank - 6 bulan terkini (bagi individu yang bekerja sendiri) 
  8. Surat Pengesahan Jawatan atau Surat Kelayakan Pinjaman (bagi Penjawat Awam) 
  9. Penyata CCRIS dari Bank Negara Malaysia (BNM). Pada Hari Terbuka PR1MA, terdapat juga Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang mengeluarkan Salinan CCRIS dengan caj bermula dari RM10.00

Jika anda merupakan penduduk Perak atau mahu mencari kediaman PR1MA di Perak, boleh terus rujuk pada pautan atau link berikut - Senarai Projek Kediaman PR1MA

Daftarlah, ianya percuma. Anda daftar dan masukkan butiran yang diminta, paling penting ialah email, dan nombor telefon, kerana selalunya pihak PR1MA akan menghubungi anda dengan cara ini seandainya terdapat apa-apa projek dibuka untuk jualan atau ada apa-apa hebahan penting.

Jika anda tidak berminat, anda boleh tolak. Dan jika anda menerima, anda boleh terima jemputan yang dihantar atau beri respon seperti diarahkan.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement