28 Mei 2017

Foto Suasana Ramadan Disambut Umat Islam di Amerika Syarikat

Ramadan datang lagi. Dan sekali lagi, saya persembahan sesuatu yang ada kaitan dengan bulan penuh mulia untuk umat Islam ini. Ramadan disambut penuh lapang dada di kebanyakan negara Islam di dunia. Pun begitu, umat Islam bukan hanya ada di negara-negara yang amnya diketahui sebagai sebuah negara Islam.

Berikut adalah beberapa paparan keadaan dan suasana yang pernah dirakam sebelum ini di sebuah negara yang diketahui bukan sebuah negara Islam. Ia adalah suasana Ramadan di Amerika Syarikat.

Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat

Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Agama Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana bangsa di dunia, itulah sebab ianya mudah diterima. Alhamdulillah, sebagai seorang umat Islam, saya berasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga beragama Islam, dan secara automatiknya menjadikan saya beragama Islam.

Tidak seperti di negara yang bukan Islam, seperti Amerika Syarikat. Mereka yang beragama Islam adalah golongan minoriti, dan kebanyakkannya beragama Islam bukan disebabkan keturunan, tetapi lebih kepada apa yang mereka benar-benar percaya.

Ini bezanya akidah atas keturunan dan hidayah Allah berikan.

Kebanyakkan muslimin di Amerika terdiri dari mereka yang berhijrah dari negara asalan mereka, dan kebanyakkannya dari negara Timur Tengah, dan Asia, seperti Pakistan dan India. Apapun, meh kita tengok gambar-gambar suasana Ramadan di negara orang ... huhuhu nak merasa berada di negara orang ..idak le dapat, jadi saya kongsikan kepada anda hasil pencarian saya ...
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Gambar Suasana Ramadan di Amerika Syarikat
Sumber: Ramadhan in New York, Jannah Steps

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen Foto Suasana Ramadan Disambut Umat Islam di Amerika Syarikat

Subahanallah.. wlwpun tmpt org mereka tetap mmeriahkan...

Subhanallah.. terasa kekuatan umat Islam di seluruh dunia kan

Bersyukur kita yg berada di Malaysia...


EmoticonEmoticon