Baru-baru ini, saya telah diperkenalkan oleh beberapa rakan blogger mengenai Nurul Izzah Catering (NIC) yang menawarkan perkhidmatan penyediaan makanan atau katering kepada individu, badan kerajaan, syarikat korporat untuk apa jua majlis termasuklah majlis perkahwinan. Ada sesuatu yang istimewa mengenai syarikat ini, yang telah bertapak sejak tahun 2003.

Nurul Izzah Catering beroperasi dan berpengkalan di Kampung Tengah A, Puchong. Lokasinya adalah berdekatan dengan One City, Putra Height dan USJ Subang Jaya. Di sinilah lokasi yang menempatkan galeri, pejabat, dapur, stor dan asrama pekerja syarikat NIC ini.

13 Sebab Nurul Izzah Catering Jadi Pilihan

13 Sebab Nurul Izzah Catering Jadi Pilihan
Apa yang istimewanya Nurul Izzah Catering ini sehingga rakan blogger seperti MahaMahu, IsaacTan dan KuchaLana bercerita mengenainya di blog mereka? Mesti ada sesuatu yang menarik dan unik mengenai Nurul Izzah Catering ini .. ye tak?

Dalam post ini, saya akan kongsikan kepada anda kelebihan-kelebihan dan keunikan yang diperolehi oleh Nurul Izzah Catering sehingga ia menjadi antara syarikat penyedia makanan yang dikenali serta menjadi pilihan ramai sekitar Puchong, Shah Alam, Subang Jaya, dan Putrajaya.

Pemenang Anugerah

13 Sebab Nurul Izzah Catering Jadi Pilihan
Nurul Izzah Catering telah menang beberapa anugerah terbaik, antaranya Best Turn Around Award Asia-Pacific, Best Team Award Malaysia, Niche Award Malaysia, Best Sales Award Malaysia. Jadi, secara relatifnya ia menunjukkan kualiti terbaik yang ada pada servis dan perkhidmatan.

Pelbagai Konsep Katering

Tawarkan servis katering dengan pelbagai konsep iaitu hi-tea, gerai, buffet, bbq, steamboat dan konsep kenduri. Anda pilih sahaja mana-mana yang sesuai, mereka akan bantu anda untuk setup dengan baik.

Tawarkan Servis Untuk Pelbagai Majlis

Kapasiti yang ada di syarikat ini membolehkan ia menawarkan servis katering untuk semua majlis termasuklah sambutan perayaan, majlis hari jadi, majlis pertunangan dan pernikahan, majlis hari terbuka, majlis berbuka puasa, majlis cukur jambul, majlis korporat, hari keluarga dan banyak lagi.

Harga Kompetetif

Harga Kompetetif Nurul Izzah Catering
Promosi Kambing Golek untuk Majlis
Nurul Izzah Catering menawarkan perkhidmatan dengan harga yang kompetetif bersama lebih nilai, sesuai dengan model pengurusannya yang bersifat profesional serta berkomitmen tinggi. Ia memberikan jaminan servis berkualiti terbaik yang pastinya akan berikan kepuasan buat semua.

Kakitangan Cekap dan Mesra

Sebagai sebuah syarikat katering yang telah memenangi anugerah, ia pastinya mempunyai kakitangan yang cekap selain mesra. Ramai pelanggan yang telah memberikan thumbs-up untuk servis terbaik termasuklah dari selebriti terkenal Malaysia.

Berpengalaman

14 tahun pengalaman dalam industri penyediaan makanan adalah kelebihan yang ada pada Nurul Izzah Catering. Anda tentu mahukan majlis dikendalikan oleh sebuah syarikat yang telah menunjukkan kecemerlangannya. Kelancaran majlis pasti menjadi perkara utama diambil kira, oleh itu pengalaman 14 tahun ini akan banyak membantu anda.

Bersikap Profesional

Lidah lagikan tergigit. Ada masa kelancaran sesuatu majlis itu terganggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pun begitu, bagusnya servis disediakan oleh Nurul Izzah Catering ini  .. ialah mereka tidak lepas tangan seandainya perjalanan majlis tidak seperti yang diinginkan. Mereka bersikap profesional dan memberikan laluan untuk perbincangan. Anda mungkin tak dapat sikap sebegini dari mana-mana syarikat .. yang kebanyakkan senyap tanpa sebarang maklum balas (respon) selesai sahaja majlis.

Food Testing

Syarikat ini seringkali membuat food testing bagi memastikan menu hidangan yang mereka ada adalah yang terbaik, sedap pada semua selera serta menepati citarasa. Mereka berusaha memperbaharui dan meningkatkan nilai hidangan tidak kira apa jua juadah samada tradisional mahupun moden.

Sambal Sotong dan Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam Sedap
Menu katering sedap
Dua menu ini nampaknya menjadi antara paling popular untuk Nurul Izzah Catering. Ramai menyatakan bahawa sambal sotong dan daging masak hitam adalah yang terbaik, selain daripada nasi minyak, nasi bukhara dan nasi hujan panas. Hidangan ayam juga tidak mengecewakan ..

Pelbagai Jenis Nasi, Lauk Pauk Pilihan Menu

Nurul Izzah Catering menyediakan pilihan pelbagai menu mengikut kategori nasi, ayam, ikan, daging, kerabu, telur, udang, sotong, sup, sarapan pagi, kuih pedas, kuih manis, puyuh, sayur, aneka mee/bihun, pelbagai dan makanan istimewa. Jadi, anda boleh pilih mana-mana kategori, dan jenis penyediaannya (masakan). Pakej khas juga disediakan yang telah disertakan

Pakej Lengkap Mengikut Kemampuan

Perkhidmatan Katering Pakej Lengkap
Jika anda ada masalah dari segi pengurusan sesuatu majlis, ambil sahaja pakej lengkap katering yang disediakan oleh syarikat Nurul Izzah Catering. Ia merangkumi pakej khemah, dewan, kerusi meja, perhiasan, malah meja makan pengantin turut ada dalam pakej. Pilih pakej yang kena dengan bajet anda, asalkan anda tidak pening kepala.

Easy Plan Payment

Setahu saya, setakat ini tiada lagi mana-mana servis katering yang sediakan plan pembayaran mudah seperti apa yang ada disediakan oleh pihak Nurul Izzah Catering. Ia sesuatu yang sangat menarik dan unik. Saya fikir ia pasti amat baik untuk pelanggan seperti anda.

Menerima Testimoni Memberansangkan

Bila sedap dan servis terbaik, beritahu ramai orang. Jika ada kekurangan, beritahu pada pengurusan Nurul Izzah Catering. Ramai yang puas hati dengan servis disediakan, terutama sekali dari segi perjalanan majlis dan menu makanan yang dihidangkan. Cuba lihat beberapa testimoni di bawah ini...
13 Sebab Nurul Izzah Catering Jadi Pilihan
13 Sebab Nurul Izzah Catering Jadi Pilihan

Jadi bagaimana?

Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak akan bantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik bagi mencari servis katering untuk majlis anda.
Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut layari :

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement