03 Mei 2017

Menu Sarapan Jimat Bajet

Menu sarapan jimat bajet. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa menentu sekarang, ramai yang akan cuba untuk melakukan penjimatan sebanyak boleh. Macam saya jugalah, saya orang biasa-biasa yang bukannya hidup kaya raya. Dan kalaupun kaya raya, saya pasti nak berjimat juga .. huhu.

Jadinya, kalau boleh apa jua benda yang boleh memberikan penjimatan ... mesti dicari. Contohnya ialah menu sarapan jimat dan sesuai dengan bajet. Menu ni ada je dijual, asalkan tahu mencari.

Menu Sarapan Jimat Bajet

Menu Sarapan Jimat Bajet
Saya beruntung bermastautin di sebuah tempat yang boleh mendapatkan menu sarapan yang menjimatkan dan sesuai dengan bajet. Tempat yang saya maksudkan ini ialah di sempadan tiga negeri iaitu Kedah, Penang dan Perak iaitu Parit Buntar.

Parit Buntar selain terkenal dengan Pasar Kemboja, ia juga terkenal kerana terdapat banyak pilihan makanan yang best dengan harga berpatutan. Di sini, anda boleh dapatkan makanan laut yang segar kerana ia terletak berhampiran dengan beberapa kawasan jeti pendaratan ikan.

Makanan Sedap Harga Jimat Bajet

Anda boleh dapat makan Mee Ketam segar di Parit 30. makan makanan laut ala Shell Out di restoran D'Paradise, pastu Char Kue Teow Along dan Char Kue Teow Omaq. Ada Mee Bandung Udang yang letak banyakkkk udang segar yang besar-besar .. sedap dan murah lak tu. Pilihan saya pastilah Mee Bandung yang ada di restoran Seri Dayang. Alhamdulillah, banyak benda best ada di Parit Buntar ni .. terutamanya makanan yang leh jimat bajet.

Parit Buntar juga istimewa dengan hidangan snek popular di bulan puasa, iaitu Kerang Rebus. Hidangan ini bagai pesta setiap kali datang bulan Ramadan. Antara gerai makan popular dengan Kerang Rebus ialah Kedai Pak Mat Kerang, dan juga Kedai Man Udang Lipan di Parit Hj Wahab.

Menu snack simple ini memang laku keras di bulan Ramadan. Ia hanya ada dalam bulan puasa sahaja, itu sebab ianya unik. Kuah cicah pula adalah kuah kacang pedas... bukannya kuah asam cili api .. menarik bukan?

Nah .. salah satu menu sarapan dengan harga jimat bajet .. cuma RM4 sahaja ...
Menu Sarapan Jimat Bajet
Murah ke mahal? Dengan RM4, boleh dapat mee goreng + telur mata + 2 biji bengkang dan air Nescafe panas.

Nasi lemak harga RM1 pun masih banyak boleh diperoleh di tempat saya ni. Hampir semua kedai ada jual nasi lemak yang sedap-sedap dengan harga cuma RM1 sebungkus. Roti canai pula, anda boleh dapat dengan harga RM0.80 sekeping.

Banyak menu sarapan dan makanan harga murah boleh didapati lagi di kawasan-kawasan bandar kecil di utara ni. Itu sebab ada yang saya kenal ambil keputusan untuk terus menetap tinggal di kawasan seperti ini kerana kos makan minum yang tidak membebankan sangat.

Dah la sekarang sudah ada servis KTM komuter dan juga ETS yang hubungkan antara bandar. Ada yang kerja di KL, naik ETS jam 5 pagi untuk masuk kerja pejabat di KL jam 9-10 pagi. Ada yang ambil KTM Komuter seawal jam 7 pagi pergi kerja di Penang, masuk jam 9 pagi.

Pilihan ada, kena cari; macam kisah menu sarapan jimat bajet inilah.
[Promosi] Nak Menu Sedap Dihantar Kepada Anda? Cubalah Order Online Pappa Delivery



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian

semua brg mahal.. kalau penjual kecil2 jual mahal sikit. redha je.


EmoticonEmoticon