Wajib nyanyikan lagu 'Aku Negaraku' dalam perhimpuan mingguan semua sekolah seluruh negara! Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa kira-kira 5 juta pelajar dan 400,000 guru di seluruh Malaysia wajib menyanyikan lagu Aku Negaraku dalam perhimpuan sekolah bermula dari 22 Mei 2017.

Lagu Aku Negaraku adalah lagu berentak kontemporari, merupakan ciptaan Audi Mok Chuang Yew dan liriknya ditulis oleh Shazree Ishak. Ia merupakan lagu patriotik terbaru bagi negara kita Malaysia sebagaimana diwar-warkan ataupun diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia menerusi Laman Sosial Facebooknya – Najib Razak

Lirik Dan MP3 Lagu Aku Negaraku

Lirik Dan MP3 Lagu Aku Negaraku
Saya pasti ramai yang tak tahu dan mungkin ingin tahu lirik lagu Aku Negaraku yang dinyanyikan oleh Aizat Amdan dan Suki sempena program Ekspresi Negaraku di Putrajaya. Manalah tahu, nanti ia turut wajib dilagukan semasa perhimpunan di tempat kerja anda pula.

Berikut adalah lirik lagu Aku Negaraku, lagu patriotik terbaru yang kini diwajibkan dilagukan di perhimpuan mingguan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku
.
Lagu ini akan dinyayikan bersama lagu kebangsaan, bersama lagu negeri dan lagu sekolah. Lagu ini disifatkan dapat membangkitkan semangat cintakan Malaysia kerana liriknya yang nampak positif dan bersemangat.

Lagu Aku Negaraku ini berdurasi 2 minit, dan telah dimuat-naik oleh pihak Kementerian Pendidikan di laman web rasminya.

Ada baiknya anda mengetahui lirik lagu Aku Negaraku ini bersama tempo dan rentaknya, ye tak? Jadi, saya sertakan juga rentak lagu ini untuk panduan dan rujukan anda.

Lagu Aku Negaraku versi penuh MP3



Lagu Aku Negaraku versi tanpa lirik MP3



Ok, semoga anda boleh jadikan ia sebagai rujukan. Anda boleh muat turun lagu ini ke dalam peranti mudah alih anda ye ...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement