Cara nak hasilkan telur asin (telur masin) di rumah sangatlah mudah. Jika anda rasa was-was dengan cara proses dan pembuatan telur asin yang dijual di kedai dan pasar, maka bolehlah buat telur asin sendiri. Pembuatannya tidaklah sesusah mana, cuma perlukan tempoh masa yang agak lama agar telur asin yang dibuat menjadi.

Ramai sekarang yang ada rasa was-was dengan telur asin yang dijual di kedai. Bukan apa, ada segelintir pembuat telur asin atau telur masin yang tidak membersihkan telur itek yang dijadikan telur asin ini, maka segala najis dan bulu itek pun terlekat sama semasa proses pembuatan secara komersil (guna tanah liat/bubuk habuk).

Cara Hasilkan Telur Asin di Rumah

Cara Hasilkan Telur Asin di Rumah
Tak susah membuat telur asin di rumah ni, apa yang anda perlukan hanyalah bekas kedap udara untuk mengisi dan menyimpan telur, dan garam kasar. Untuk hasilkan telur asin yang sedap, boleh guna tips dan 'resepi' di bawah ini.
  • 10 biji telur itek segar
  • Garam kasar setengah kilo
  • Air

Cara-Caranya..

Cara Hasilkan Telur Asin di Rumah
Caranya ... panas dan larutkan garam kasar di dalam periuk dengan api sederhana. Setelah garam itu larut, biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, tuangkan ia ke dalam bekas kedap udara yang mengandungi telur itek yang telah dibersihkan dari segala kekotoran dan najis.
[post_ads]
Pastikan anda memasukkan air garam sehingga penuh, sehingga semua telur itek ditenggelami air garam ini. Anda akan nampak, semua telur itek ini nampak terapung, menandakan bahawa ia telur itek yang segar atau baru.
Cara Hasilkan Telur Asin di Rumah
Dah siap, tutup bekas dan biarkan telur itek itu menjadi telur asin, sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari. Tempoh ini penting untuk memastikan telur asin itu cukup masin dan ada rasa lemak. Boleh juga gunakan tips berikut - biarkan sehingga telur itek itu tenggelam ke dasar bekas. Itu menandakan bahawa telur itek itu telah siap menjadi telur asin sepenuhnya.

Tips Hasilkan Telur Asin di Rumah Lebih Sedap

Untuk menjadikan telur asin yang dibuat di rumah ini lebih sedap dan gebu, bersihkan ia dan jemur selama 1-2 hari.

Ada juga rakan yang memberitahu, untuk tepati rasa masin pada telur asin ini, buat sukatan satu sudu garam kasar untuk sebiji telur. Jika ada 10 biji telur itek dalam satu bekas, maka jumlah air garam ialah bersamaan dengan 10 sudu garam kasar yang telah dilarutkan.

Selain telur itek, anda juga boleh gunakan telur ayam. Namun, ramai yang suka gunakan telur itek untuk dijadikan telur asin kerana kulitnya lebih keras, selain rasanya yang berlemak.
[post_ads_2]
Cubalah. Ia juga salah satu cara untuk berjimat.

Semoga berjaya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menarik...
    sebab bulan puasa mmg wajib ada telur asin di rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tapi tak boleh makan banyak sebb ia akan buat dahaga dan tekak kering..kena minum banyak air kalau nak makan telur asin di bulan puasa ni

      Padam
  2. Sedapnya tlur masin. Pembuka selera juga ni.

    BalasPadam
  3. Tq info pembuatannya. Arwah makcik pernah buat. Mil pn buat sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement