Tempoh hari, saya kebetulan hadir untuk satu event berkaitan online influencers di Bukit Merah Laketown Resort iaitu SIF2017. Dalam sibuk-sibuk merakam aktiviti para peserta atau influencers dari serata dunia, sempatlah juga saya lihat promosi berbuka puasa secara bufet di Bukit Merah Laketown Resort ini.

Jika tahun sebelum ini, saya dan keluarga ambil peluang rebut early bird bufet buka puasa di Bukit Merah Laketown Resort, tahun ni nampaknya tak sempatlah buat booking awal.

Bufet Berbuka Puasa, RM40 Satu Kepala di Bukit Merah Laketown Resort

Bufet Berbuka Puasa, RM40 Satu Kepala di Bukit Merah Laketown Resort
Sebelum ini, kalau saya tulis dan kongsikan mengenai bufet berbuka puasa ramadan, pasti akan ada beberapa gambar makanan atau menu hidangan bufet, tapi kali ini ... hmm tak ada. Saya difahamkan pihak Bukit Merah Laketown Resort tak ada buat prebiu menu hidangan bufet buka puasa .. jadi, saya minta maaflah ye.

Apapun, kalau anda merupakan penduduk sekitar kawasan ini, terutama Gunung Semanggol, Taiping, Bagan Serai, mahupun Parit Buntar .. bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman berbuka puasa tepian tasik Bukit Merah ini.

Harga Bufet Berbuka Puasa

Harga bufet berbuka puasa adalah seperti tertera pada gambar di bawah, jika nak buat tempahan .. pandai-pandailah contact nombor telefon tertera tu:
Bufet Berbuka Puasa, RM40 Satu Kepala di Bukit Merah Laketown Resort


Buka Puasa di Laketown Club House

Oh ya, anda mungkin nak tengok satu lagi tempat buka puasa di Bukit Merah iaitu di Bukit Merah Laketown Club House yang terkenal dan viral mengenai ABC Gunong dan ABC Talam.

Di situ juga ada promosi berbuka puasa secara bufet dengan harga cukup berpatutan. Saya pernah buka puasa di situ tak lama dulu. Memang best sebab ada kolam renang ... huhu. Lepas berbuka, boleh terjun kolam renang ... serius ni...haha. Kalau bawa anak-anak buka puasa situ, memang seronoklah.

Tempat tu pun tak jauh mana pun dari Bukit Merah Laketown Resort ni, cuma kena masuk ke dalam selepas bulatan pertama.
[Dah Baca?] Pengalaman Bercuti & Menginap di Hotel Neo Plus, Penang - Hotel Moden Ciri Kontemporari
Seandainya anda dalam perjalanan dari arah utara ke Ipoh atau Kuala Lumpur, atau sebaliknya menggunakan lebuhraya PLUS, bolehlah singgah berbuka puasa di tempat-tempat ini. Hanya keluar (exit) Bukit Merah, kemudian belok ke kanan, dan ada simpang masuk ke resort dan juga club house ini.

Manalah tahu, kot-kot ada di antara anda mahu ke Pasar Kemboja Parit Buntar atau mahu ke BFO untuk dapatkan baju raya, tudung berjenama serta telekung dengan harga murah ... bolehlah jadikan lokasi Bukit Merah ni sebagai tempat singgahan berbuka puasa ... 

Ia mungkin satu persinggahan yang best untuk anda. Kedua-dua lokasi berbuka puasa di Bukit Merah ini, anda boleh walk-in sahaja. Tak ada masalah ...

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

Murah juga... inshaAllah kalau menghala ke utara, boleh singgah ni

Reply

Memang murah, puas hati kalau buka puasa di sini .. pernah cuba dulu

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.