Satu tips Adsense yang perlu anda ikuti dan patuhi - buat cara betul untuk tingkatkan CPC (Cost-per-Click) dan RPM (Revenue-per-Thousand Impressions). Saya mungkin blogger naif yang tak mahu gunakan trick untuk tingkatkan income Adsense saya walaupun saya tahu ada kaedahnya.

Tetapi, sebagai blogger yang memang cari makan dengan blog, seharusnya saya perlu usaha untuk bersihkan pendapatan daripada aktiviti yang tidak sah. Adalah perlu untuk seorang blogger sepenuh masa seperti saya mendapatkan sumber income dari blog menggunakan cara yang betul.

Buat Cara Betul Tingkatkan CPC dan RPM Adsense

Buat Cara Betul Tingkatkan CPC RPM Adsense
Ada rakan blogger yang beritahu saya ... "Klik sendiri Adsense leh dapat sampai RM98 sehari .." dan siap offer pada saya untuk dia klik iklan-iklan Adsense di blog saya. Saya tolak cara ini. Ini bukan cara yang betul buat duit dengan Adsense.

Mungkin untuk jangkamasa pendek, boleh terlepas .. namun lambat laun ia akan memakan diri. Serius saya cakap ni, banyak dah kes di mana pemain-pemain Adsense yang termenung apabila income terkumpul dalam Adsense telah cecah USD ribu-ribu tapi tak dibenarkan keluar kerana disiasat, disyaki melakukan penipuan.

Akhirnya .. terpaksa gigit jari, dan terus rasa kecewa atas salah sendiri. Saya tak mahu ia berlaku pada anda!

Tengok paparan di bawah ini, salah satu daripada rakan blogger yang mengadu pada saya mengenai akaun Adsensenya yang kena disable, tak boleh dah nak buat duit dengan Adsense. Banyak tu terkumpul USD, tapi setakat boleh tengok sahaja.
Akibat Buat Cara Tidak Betul Jana Income Adsense

Click Fraud Bazirkan Tenaga dan Masa

Salah satu penipuan Adsense ialah click-fraud. Ia boleh berlaku banyak sebab, antaranya kita sendiri klik iklan Adsense di dalam blog kepunyaan kita. Atau kita minta orang lain untuk klik iklan Adsense di blog kita.

Jika anda seorang blogger yang mempunyai akaun Google Adsense, sedarlah bahawa anda telah 'tandatangani' perjanjian di dalam terma dan syarat Adsense. Ia diibaratkan sebagai satu janji tanda setuju dengan segala terma, syarat dan polisi yang telah ditetapkan. Salah satunya ialah tidak boleh klik iklan sendiri atau meminta orang lain untuk klik iklan Adsense di dalam blog anda.

Berpeganglah pada janji ini. Saya nasihatkan anda untuk tidak mungkir janji dengan Adsense, apatah lagi ianya adalah untuk dapatkan duit atau menjana income. Anda seharusnya lebih bijak mengetahui baik buruk .. boleh dan tidak boleh .. salah dan betul dalam kaedah untuk menjana pendapatan dengan Adsense.

Memang ada macam-macam trik untuk tingkatkan income Adsense, termasuklah untuk tingkatkan CPC yang memungkinkan anda untuk peroleh income lumayan dengan hasil klik iklan. Ada trik yang dibenarkan, dan ada yang diharamkan. Elakkan buat cara yang tidak dibenarkan.

Buat Duit USD Dengan Blog

Ramai dah otai Google Adsense yang berikan tips untuk tingkatkan CPC, RPM, dalam Adsense ni. Malah mereka berikan panduan khas untuk elak daripada kena banned dan disenarai-hitam oleh Adsense.

Kalau ikutkan, otai-otai ini sudah gariskan cara betul bagaimana nak tingkatkan CPC serta RPM Adsense. Hanya ikut sahaja, dan banyakkan bersabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Nak jana income dengan Adsense pun perlu iman untuk kawal diri dari jadi tamak haloba seperti Anjing Dengan Bayang-Bayang. Jangan jadi anjing itu.
Tips Naikkan CPC Adsense
Anda lihat sendiri daripada beberapa paparan gambar yang saya sertakan di dalam blog post ini. CPC dan RPM Adsense saya naik tanpa perlu buat apa-apa trik yang merapu pun ... Alhamdulillah, tak sia-sia saya buat cara yang diizinkan untuk tingkatkan CPC dan RPM Adsense.
Ingat janji yang telah anda klik ketika memohon Adsense dahulu ... jangan mungkir janji tersebut!
Mungkin anda masih blur tentang bagaimana nak dapatkan income blog dalam USD menerusi Adsense. Mungkin anda masih tercari-cari cara nak tingkatkan income Adsense, atau nak naikkan nilai CPC Adsense di blog ...

Syor saya, gunakan Panduan Adsense Revive untuk lihat semula teknik-teknik betul nak dapatkan income Adsense yang lumayan.

Anda boleh terus dapatkan panduan tersebut disediakan oleh otai Adsense berpengalaman luas, saudara Syamsuriyadi menerusi pautan ini - Panduan Adsense (Berbahasa Malaysia) 2017
[Dah Baca?] 6 Tips Berjaya Buat Duit USD Dengan Adsense
Beringatlah ye. Saya tulis ini juga sebagai ingatan pada diri saya sendiri supaya tidak jadi anjing dalam peribahasa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna... dah ada USD11K dalam Adsense pun tak boleh dikeluarkan .. apa cerita?? (had pengeluaran boleh ditingkatkan secara manual dalam Adsense selain had USD100 ditetapkan automatik).


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

adsense macam yang lain juga dari segala term n condition cumanya kelainan salah satunya pakai dollar.. jadi nak banyak income semua kena ada teknik yang betul bukan sekadar letak je.. hehe

Reply

Ya betul, cuma kalau boleh elaklah guna cara yang menipu, sbb income tu nanti akan jadi kegunaan kita.

Sikit takpe, asal berkat.

Reply

buat duit secara menipu ni tak kan ke mana.. jangan ingal kita lebih pandai dari google. haha!

Reply

itulah pasal .. mungkin hari ni lepas .. esok lusa belum tentu. bila dah jadi, menangis tak berlagu

Reply

Betul tu.. Kena sabar je. Trafik tinggi sedap main Google Adsense ni. Kalau suam suam kuku kena sabar...Banyakkan tulis artikel berkualiti..hehe

Reply

Saya juga anti trick click. Iklan adsense keluar sebab seseorang pengiklan dah bayar untuk mendapatkan pelanggan berpotensi klik pada iklannya. Kalau kita klik sebab nak duit, tapi bukan sebagai orang yang betul-betul ada minat pada iklannya itu, tak jujurlah kita.

Bukan susah pun nak dapatkan klik dengan cara yang betul. Tapi kena rajin usaha la.

Reply

itu sebab kena men bersih...klu dirty sekejap ja banned!

Reply

kalau dia sorang je kena banned takpe..risau nanti GA banned Malaysian daripada register..tu lagi parah..hampeh pun Adsense Clicker...

Reply

terima kasi tuan atas nasihat yang diberikan. Kena kayuh pelan-pelan

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.