Tak sangka sungguh Majlis Makan Malam Bersama Blogger atau The Bloggers Dinner menemukan saya dengan selebriti yang pertama kali saya kenal menerusi Facebook sekitar tahun 2010. Fuh lama jugak tu, ketika itu Mardiana berusia 22 tahun dan masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Waktu itu, saya tak sangka pula si Mardiana akan menjadi salah seorang pelakon berbakat terutama dalam seni persembahan pentas atau teater dan juga pelakon drama TV dan radio.

Akhirnya Bertemu Mardiana Alwi, Selebriti Yang Saya Kenal Sejak Awal FB

Mardiana Alwi, Selebriti Yang Dikenali Sejak Awal FB
Jujur saya cakap memang saya agak teruja bila dapat tahu Mardiana Alwi adalah salah seorang selebriti yang dijemput ke majlis The Bloggers Dinner ni. Bila dah tahu .. uhh apa lagi, saya terus perkenalkan diri sebagai Hasrul Hassan.

Dah 7 Tahun ...

Dengan sedikit intro siapa diri saya, dan bagaimana saya boleh kenal dengannya ... saya harapkan Mardiana akan kenallah siapa saya .. haha .. Tapi, nampaknya blur juga si Mardiana ni bila saya perkenalkan diri. Hmm maklumlah, dah lama tidak berhubungan di media sosial FB. Lagipun dah 7 tahun kot, dari masih bujang sekarang sehingga sudah berkahwin dengan jurutera.

Eh, ya dah kahwin sekitar tahun 2015 dengan Abdul Aziz Rahamat yang dikenalinya menerusi Facebook! Bercinta lebih kurang 3 tahun kot hanya dengan FB ni .. fuh.
Mardiana Alwi, Selebriti Yang Dikenali Sejak Awal FB
Mardiana Alwi adalah seorang pelakon yang dilahirkan di Kuala Selangor pada 7 Mei 1988. Dikenali dalam dunia lakonan menerusi drama Fajar di Bukhara, Cinta Nasi Ambeng, Gerak PGM, Cinta Kau dan Aku, Warkah Cinta, Cinta dan Wahyu dan banyak lagi termasuklah drama Darjat.
[Dah Baca?] 3 Prinsip Mengapai Bahagia Dalam Perkahwinan
Manakala telefilem yang pernah dibintanginya termasuklah Mahligai Kaca, Anugerah Terindah dan drama adaptasi novel; Aku Isterinya yang menampilkan Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Elizad Sharifuddin dan Shakila Khoriri.

Mardiana Alwi juga turut terbabit dalam pementasan teater bertajuk Impak Maksima, Sri Mersing, Intan Yang Tercanai, Bangsawan Tun Fatimah Srikandi Melaka dan Nyonya & The Gang.

Masa awal kenal dulu, Mardiana Alwi tidak bertudung. Alhamdulillah, sekitar bulan Ramadan pada tahun 2014, beliau telah dibuka hati untuk berhijrah dan berhijab.

Tak ramai yang kenal sebenarnya ... tu sebab ada yang tertanya-tanya apabila diperkenalkan semasa majlis The Bloggers Dinner anjuran Lynk.my dan Hexa Corporation.

Aktif Dalam Bidang Seni Sejak Remaja

Awal-awal dulu, masa remaja lebih kurang .. Mardiana Alwi seringkali terlibat dalam persembahan bersama Yayasan Warisan Johor untuk Keroncong Diraja Johor. Kalau ikutkan, beliau telah lama menjadi anak seni industri hiburan tanahair. Beliau pernah menjadi Juara Pertandingan Ghazal Kebangsaan dan Remaja Johor, Juara Pertandingan Nona Anggun 2003, dan Naib Juara Pencarian Model I-Remaja.

Beliau juga pernah menjadi Juara Bintang Klasik Nasional N.Sembilan 2009 dan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan nyanyian Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada tahun 2009.

Aha .. sekarang ni, Mardiana Alwi banyak terlibat dalam drama radio.

Drama Khas IKIM.FM - Sesuci Tautan Ramadhan

Paling terbaru adalah drama radio khas sempena Ramadan 2017 disiarkan di IKIM.FM (91.5) bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017 bertajuk Sesuci Tautan Ramadhan. Turut membintangi drama radio ini ialah Diana Amir dan Asraf Muslim. Drama 15 minit ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 4:15 petang.

Sedikit promo daripada Mardiana dan Diana Amir ...#shouldertocryon



Kepada anda yang ada kesempatan untuk mendengar IKIM.FM 91.5, bolehlah dengar drama radio ini.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Oo kenal2 pelakon ni. Best jgk dia berlakon. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm lakonan mestilah best kalau asalnya belajar berlakon... aswara tu

      Padam
  2. Rabia minat dia juga,suka tgk lakonan dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke...hmmm kalau dpt jumpa ni mesti seronok jugak kan

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement