Salah satu sumber income online seorang blogger adalah menerusi program affiliate. Program affiliate adalah program percuma bisnes secara online yang membolehkan anda mendapatkan komisen bagi setiap jualan yang terhasil untuk satu-satu produk. Produk ini disediakan oleh pihak pengendali program affiliate.

Di Malaysia, ada banyak program affiliate percuma. Salah satu daripadanya ialah program affiliate Lazada. Program affiliate Lazada membolehkan anda untuk mendapatkan komisen menerusi jualan produk-produk yang terdapat di laman web Lazada. Apa yang perlu anda lakukan, adalah hanya mempromosikan produk yang ada di Lazada kepada orang ramai, dan dalam kes seorang blogger .. mempromosikannya di dalam blog.

Bagaimana Nak Dapat & Tingkatkan Komisen Affiliate Lazada?

Bagaimana Nak Dapat & Tingkatkan Komisen Affiliate Lazada?
Buat rakan blogger yang masih tidak tahu, Lazada memberikan komisen affiliate bagi setiap jualan produk sehingga 12% daripada harga jualan produk. Ini bergantung dengan pencapaian seorang affiliate dalam menaikkan jualan.

Menerusi Lazada, anda boleh mendapatkan komisen daripada pelbagai jenis produk termasuklah produk barangan elektrik, produk pakaian, produk-produk berkaitan teknologi, produk permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi. Malah, anda juga akan diberikan komisen untuk produk-produk yang diberikan diskaun, baucer potongan dan sebagainya.

Kenapa Affiliate Lazada?

Ia merupakan program affiliate yang menawarkan anda untuk mempromosikan barangan runcit kepada orang lain secara online. Maka, permintaan itu ada.
[Dah Baca?] Cara Blogger Jana Income USD Dari Rumah
Komisen bagi setiap jualan akan diberikan apabila produk tersebut telah dibeli menerusi satu pautan/link khas yang diberikan kepada affiliate. Pautan ini adalah unik, dan ia merujuk pada satu affiliate sahaja.

Daftar program affiliate Lazada adalah percuma, boleh rujuk di laman web Lazada - http://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/

Anda promosikan pautan/link khas tersebut di blog, pengunjung klik, pengunjung lihat produk, buat tempahan, buat bayaran ... dan terima produk. Walla ... komisen diberikan kepada anda. Komisen ini akan terkumpul di dalam akaun affiliate Lazada anda. Ia akan dikira jumlah keseluruhan pada setiap akhir bulan. Satu invois mengenai jumlah komisen akan dikeluarkan untuk rujukan anda.

Contoh adalah seperti di bawah ini.
Tips Naikkan Komisen Affiliate Lazada
Dalam invois tersebut, senarai produk berjaya anda jual serta jumlah komisen bagi setiapnya akan ditunjukkan. Maka, anda tahulah produk apa yang laris dan paling mudah anda promosikan.

Komisen akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda menerusi maklumat bank yang telah anda masukkan ketika mendaftar sebagai affilite Lazada.

9 Tips Untuk Naikkan Komisen Affiliate Lazada

Untuk naikkan komisen affiliate Lazada, saya ingin kongsikan beberapa tips ...

Tips #1 - Cari Produk Paling Popular di Lazada

Cari produk paling popular yang dijual di laman web Lazada. Tulis mengenai produk tersebut di blog atau letakkan banner berkaitan produk tersebut di dalam blog post/artikel. Contohnya seperti apa yang saya tulis di sini - Album Terbaru Anuar Zain 2016 Dijual Secara Online

Tips #2 - Promosikan Produk Paling Laris

Cari produk paling laris dijual di laman web Lazada. Popular tak semestinya paling laris. Selalunya produk paling laris di Lazada adalah produk-produk dengan harga murah, bersaiz kecil dan digunakan hampir setiap hari. Contoh terbaik ialah barangan runcit dari Tesco yang ada dijual menerusi Lazada. Promosikan produk seperti ini di blog anda.

Tips #3 - Promosikan Produk Paling Mahal

Apabila anda promosi dan jual produk paling mahal dalam Lazada, ini bermakna lebih komisen. Satu produk yang berharga RM1000, anda boleh dapat komisen RM100 (jika komisen adalah 10%).

Tips #4 - Promosikan Produk Pernah Anda Beli

Saya selalu menggunakan cara ini. Setiap kali saya beli sesuatu produk, saya akan tulis di dalam blog saya. Ia seperti satu review. Ini adalah kerana ramai yang mahu tahu tentang cara nak guna, apa keistimewaan yang ada dan sebagainya. Anda boleh promosikan produk seperti ini walaupun anda tidak membelinya di Lazada, tetapi ada dijual di laman web tersebut.

Tips #5 - Perbandingan Harga

Salah satu cara untuk naikkan komisen affiliate Lazada ialah dengam mempromosikan cara perbandingan harga. Anda boleh highlight mengenai kos yang terbabit jika beli sesuatu produk dari tempat lain berbanding dengan Lazada. Saya suka highlight mengenai penghantaran percuma yang disediakan dalam Lazada.

Tips #6 - Jual Produk Dengan Harga Promosi

Ini merupakan salah satu tips yang boleh menarik minat orang untuk membeli sesuatu produk yang anda promosikan menerusi Lazada. Di laman web Lazada, ada banyak tawaran dan harga promosi produk-produk khusus. Jadi, ambil kesempatan itu untuk menaikkan komisen affiliate anda. Contohnya seperti apa yang saya tulis di sini - Diskaun Khas Setiap Hari Shopping Online di Lazada Malaysia

Tips #7 - Jual Produk Dengan Baucer Potongan

Sebagai affiliate Lazada, anda akan diberikan satu kod baucer potongan khas bagi mempromosikan sesuatu produk. Baucer ini ada masanya eksklusif diberikan untuk affiliate Lazada sahaja. Jadi, anda boleh promodikan baucer ini untuk tingkatkan jualan produk affiliate Lazada.

Tips #8 - Gunakan Deeplink Generator

Setiap affiliate akan diberikan kemudahan untuk membolehkan mereka untuk naikkan jualan serta menaikkan komisen affiliate. Salah satu yang sering saya gunakan ialah Deeplink Generator. Ia membolehkan anda mendapatkan komisen untuk produk selain daripada apa yang anda promosikan di blog. Bagaimana nak gunakan Deeplink Generator ini? Tonton video di bawah:


Tips #9 - Konsisten Dalam Mempromosi

Dalam apa jua program affiliate percuma, anda perlu konsisten dalam melakukan promosi ini. Jika saya, katakan sudah ada blog post mengenai sesuatu produk yang dijual di Lazada, maka gunakan blog post tersebut untuk lakukan promosi secara tidak langsung menerusi laman sosial anda, atau menerusi blog post lain yang ada kaitan. Jadi, tak perlulah anda nak tulis banyak kali ... cukup satu post mengenai produk affiliate Lazada, dan buat backlink, atau referring sahaja.

Orait, saya harap beberapa tips ini akan bantu anda untuk buat duit online menerusi affiliate percuma Lazada, seterusnya tingkatkan komisen jualan anda.

Komisen di Lazada agak kecil peratusannya, pun begitu .. banyak produk di dalam Lazada mudah dijual kerana ia melibatkan barangan dan produk yang sering dicari dan mendapat permintaan. Permintaan dah ada, cuma apa yang perlu dilakukan ialah menghalakan permintaan tersebut ke pautan atau link affiliate Lazada milik anda sahaja.

Jika anda mahu buat duit online lebih best, lebih masyuk menerusi program affiliate seperti ini, maka boleh cuba dapatkan panduan affiliate yang disediakan oleh salah seorang pakar affiliate Malaysia, saudara Oswald Justin. Boleh dapatkan infonya di sini - Panduan Affiliate Untuk Newbie

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

6 Komen

oho..macam tu rupanya..baru tahu

Reply

Info yang sanqat bagus dan berkualiti tinggi

Reply

Terima kasih .. harap adalah yang ikut apa yang dikongsikan ni .. huhu

Reply

Perkongsian terbaik. Boleh cuba nanti, mana tahu berjaya

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.