Sebab kenapa anda perlu ada menulis sebuah blog hari ini juga. Aha .. tajuk memang nampak best, in Sha Allah, pengisian juga akan best. Tujuan saya tulis ini adalah untuk beritahu anda bahawa blog di zaman sekarang dah tak macam zaman awal-awal tahun 2000. Dah banyak yang berubah.

Dulu blogging dianggap satu platform seperti diari. Lebih personal, malah ada yang hanya boleh dibaca jika dapat jemputan sahaja (by invitation). Tapi sekarang, dah ramai membuat blog untuk tatapan umum. Tulis tanpa selindung. Kalau berselindung pun, masih boleh dikenali dan diketahui.

31 Sebab Kenapa Perlu Punyai Blog Sendiri Hari Ini ..

31 Sebab Kenapa Perlu Punyai Blog Sendiri
Kenapakah sekarang ramai yang membuat dan bina blog sendiri? Apa motif mereka? Apa tujuan mereka? Apa matlamat mereka?

Saya sendiri bermula dengan sebuah laman web, kemudian hasilkan blog peribadi .. yang akhirnya saya buat dan bina blog-blog yang ada niche sendiri. Ya, saya dah tulis blog sejak 2007 dari blog yang tak ada pembaca setia sehinggalah mempunyai blog yang boleh berikan income kepada saya.

Kenapa menulis blog? Mari baca perkongsian saya mengenai sebab kenapa perlu ada blog terutamanya bermula dari tahun ini (2017).

Anda Boleh Menjadi Seorang Penulis Hebat

Sama seperti bentuk komunikasi yang lain, menulis blog adalah berkenaan menyatakan pendapat. Anda luahkan dalam bentuk penulisan, dan dalam kebanyakan waktu ....and cuba mendapatkan reaksi dari pembaca atau orang lain. Paling tidak memahami apa yang cuba anda sampaikan dalam blog anda.

Apabila anda menulis blog, anda mahu apa yang anda tulis sampai pada pembaca. Ia bukan satu tugas yang mudah. Anda mesti menarik minat mereka untuk membaca dan faham, seterusnya mendapatkan reaksi menerusi komen. Disebabkan ini, anda akan berusaha untuk menulis sehabis baik, dan perbaiki kelemahan cara penyampaian dari semasa ke semasa. Proses ini akhirnya akan membentuk diri menjadi seorang penulis yang hebat.

Anda Akan Jadi Seorang Pemikir

Dalam pergaulan seharian. ada waktu kita menerima input yang kita tak memikirkannya secara mendalam. Contohnya macam anda sembang pasal Bajet kerajaan. Anda sembang dengan kawan-kawan menerusi apa yang anda faham dan mereka faham, tanpa fikir mendalam.
[Dah Baca?] Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat
Menerusi menulis blog, anda ada masa untuk fikirkan apa yang anda ingin nyatakan atau tulis. Kadang, anda telah pun menulis dan memberikan pandangan pada satu-satu topik, tapi .. bila masa berubah, anda dapati bahawa pandangan itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Maka, anda boleh buat editing, dan republish semula.

Contoh macam Bajet tadi, awalnya anda mungkin fikir bahawa ia tidak bagus dari satu segi, tapi dengan menulis blog, anda akan menulis dan fikir samada fakta yang anda nyatakan itu masuk akal kepada orang lain. Pembuktian, dan fakta, anda boleh sertakan ketika menulis mengenainya. Anda fikir tentangnya, anda guna akal untuk bercerita.

Satu Hobi Yang Menjadi Sumber Pendapatan

Ramai orang menulis blog sebagai hobi atau sebahagian dari hobi. Macam saya, saya ada hobi mengambil gambar dengan kamera DSLR Sony A200 saya. Jika ada gambar menarik, saya akan kongsikan dan tulis mengenainya di blog.

Hobi ambil gambar, saya perlu kumpul duit untuk memiliki DSLR. Tapi menulis blog, ia menjadi hobi yang mendatangkan pendapatan pada saya. Dan hobi ini, saya tak keluarkan modal pun untuk bermula, semuanya percuma menerusi blogspot dan saya kekal gunakannya seperti blog ini.



Inspirasikan Orang Lain

Inilah yang berlaku pada saya. Saya menulis pandangan dan pengalaman saya secara ikhlas dan sejujur yang mungkin. Tanpa sedar, penulisan saya dijadikan inspirasi pada orang lain. Ramai yang mahu ikut jejak langkah saya.

Dan paling seronok, ada yang terbitkan kembali apa yang saya tulis di medium lain. Kerana penulisan berbentuk inspirasi inilah yang telah membuatkan pihak Nona TV3 datang dari Kuala Lumpur untuk membuat interview eksklusif dengan saya bersama isteri. Satu pengalaman yang cukup manis.

Bikin Blog Adalah Percuma (Kos Yang Boleh Ditanggung)

Saya bermula dengan membuat dan membina blog menggunakan platform percuma. Saya tak perlu bayar apa-apa pada kemudahan yang memang dah ada contohnya internet di pejabat (atas kebenaran). Jikalau ada kos yang terlibat pun, ianya sangat kecil, contohnya membeli nama domain untuk blog, yang memerlukan saya bayar RM50 setiap tahun.

Dan seandainya anda berhajat untuk membuat blog menggunakan hosting sendiri, kosnya tetap kecil, apatah lagi sekiranya blog anda sudah mampu untuk menjana pendapatan.

Memberikan Keyakinan Diri Yang Tinggi

Bina keyakinan diri dengan menulis blog
Keyakinan sangat bagus untuk kehidupan. Anda yakin dengan anda buat, hidup anda akan menjadi lebih gembira dan kaya dengan pengalaman.

Menulis blog boleh memberikan anda satu keyakinan yang terbaik. Anda menulis dan berkongsi pendapat tentang sesuatu, adakala pendapat anda itu salah. Saya seringkali berkongsi kisah kesilapan saya dalam banyak hal menerusi blog. Natijahnya, saya berjaya untuk tidak ulangi lagi. Saya sedar mana silap saya.

Ada ketika, penulisan saya dikritik, ada yang email saya marah-marah, malah ada yang mencaci-keji. Saya hadap, dan saya sabarkan diri. Saya atasi dengan baik, dan perbaiki kelemahan. Ada ketika juga, saya menerima email dan komen puji-pujian. Ia menaikkan semangat, dan dari semasa ke semasa saya yakin dengan apa yang saya tulis.

Belajar Sesuatu Yang Baru

Saya bermula menulis blog tanpa pengetahuan tentang teknikal. Jika dulu saya tak tahu pun apa itu SEO, bagaimana nak buat duit online .. tetapi sekarang, saya hampir boleh berkata keseluruhannya mengenai dua topik tersebut.

Disebabkan saya mahu memajukan blog saya, saya cari ilmu dan saya buat kajian. Saya sentiasa bereksperimen. Ini membolehkan saya ketahui perkara-perkara yang sebelum ini saya langsung tidak tahu. Hebat bukan pengaruh blog ini pada diri?

Anda Tidak Perlukan Pengalaman Lampau

Hasrul Hassan Pakar SEO Terbaik Malaysia
Saya merupakan graduan Sains Komputer, tetapi percayalah .. saya tak dapat ilmu blogging menerusi ijazah yang saya dapat. Saya bermula dari kosong. Saya belajar buat blog sendiri ...

Tulis blog tak perlukan apa-apa pengalaman lampau. Tapi, anda perlukan rujukan dan kajian. Apabila anda menulis blog, pasti anda akan rujuk dari mana-mana sumber. Top blogger dunia pun mencari sumber dan buat research untuk mereka menulis sesuatu yang boleh memberikan impak pada pembaca blog mereka.

Nak menulis blog, anda perlu tahu apa yang terkini. Anda rujuk, anda baca, anda buat carian .. anda buat nota dan draft. Bila semua dah ada, anda tulis berdasarkan apa yang anda faham.

Cipta Jenama Online

Tulis blog dan menjadi seorang pakar SEO Malaysia
Dulu, saya dikenali sebagai Bangku Kosong (BK) dalam dunia blogging. Blog saya pernah masuk sebuah majalah dengan nama BK ini. Tapi, lama-kelamaan saya fikir, saya mesti mempunyai satu jenama yang akan buat orang ingat siapa saya. Jadi, saya gunakan nama Hasrul Hassan, dan saya bina nama ini untuk dikenali sebagai seorang Sifu Blogger Blogspot, Pakar SEO Malaysia, House Husband Malaysia ...

Gembiranya saya apabila ada nama-nama besar dalam dunia blog Malaysia iktiraf apa yang cuba saya buat dan tonjolkan dalam blog. Kini, saya dikenali sebagai HH dalam dunia online Malaysia.

Membina Jaringan Bisnes Anda

Saya tak pernah impikan bahawa saya akan dihubungi oleh pemilik-pemilik produk dan mereka yang punyai nama besar dalam perniagaan online mahupun offline. Menerusi blog, semua ini jadi kenyataan. Syarikat kecil, besar, IKS, malah dari luar negara menghubungi saya untuk kerjasama.

Blog membolehkan anda untuk kenal ramai orang, dan berkawan dengan mereka yang mempunyai pengaruh tertentu - paling tidak pun kawan atas kawan. Blog membolehkan orang kenal siapa anda ..

Katakan Encik Ali seorang staff pemasaran syarikat Nestle, dia baca blog anda. Tetiba dalam meeting, pengerusi Nestle tanya pada Encik Ali .. "Saya nak buat kempen yang libatkan blogger lah .. ada cadangan?" ...

Menjadikan Anda Pakar Tentang Sesuatu

Seorang pakar ialah seseorang yang tahu lebih sedikit dari apa yang anda tahu. Semua orang pakar tentang sesuatu, tetapi anda boleh menjadi lebih pakar andai anda ambil peluang untuk belajar lebih, buat kajian lebih, buat rujukan lebih dan anda tonjolkan dalam penulisan di blog anda.

"An expert only knows one more thing than you do - that's a fact"

Jadilah seseorang yang memberikan lebih daripada apa yang diharapkan, in Sha Allah .. lama-kelamaan anda akan dianggap sebagai seorang pakar.

Membina Tribe Anda Sendiri

Blog membolehkan anda bina tribe di internet
Pembaca blog anda bukan sekadar membaca dan memberikan komen. Percayalah, kebanyakan daripada mereka ini akan menjadi pengikut setia anda. Mereka akan membina satu tribe yang menghormati apa yang anda tulis - walaupun ada masa pendapat anda luahkan dalam blog bertentangan dengan apa yang mereka percaya.

Mereka akan berada di dunia online anda. Mereka baca blog anda, ikuti anda di Facebook, di Instagram dan secara tidak langsung menjadikan anda 'ketua' mereka dalam tribe yang mereka sendiri bina tanpa sedar.

Blog Sebagai Resume

Kebanyakan resume ada kandungan yang sama serta membosankan. Siapa yang mahu tahu IPT mana anda belajar, berapa CGPA anda dapat. Zaman sekarang, benda-benda sebegini sudah lapuk dan tidak menyerlahkan diri anda.

Bagaimana kalau anda beritahu pada bakal majikan, bahawa anda ada blog yang anda tulis mengenai kepakaran anda, sejak bertahun dahulu, yang ada ribuan pembaca setia dan berjaya mencapai hits lebih 10 juta dalam masa tiga tahun? Aha .. tidakkah itu akan membuatkan bakal majikan anda rasa kagum???

Pasti banyak majikan dan syarikat yang mahu ambil anda sebagai pekerja mereka. Ya, blog boleh menjadi alat paling berpengaruh untuk buktikan apa yang anda tahu (kepakaran) anda ketika mahu memohon kerja. Paling best ialah .. pembaca blog anda yang akan mengiyakannya.

Ketemu Matlamat Hidup

Apa makna hidup anda? Satu persoalan yang punyai ribuan jawapan.

Ketika saya menulis blog, matlamat menulis blog saya tidak berapa jelas. Namun, selepas kerap menulis post terbaru untuk blog .. saya sedar akan kecenderungan saya. Ohh .. saya banyak tulis pasal kehidupan saya sebagai seorang suami yang bekerja dari rumah, maka saya akhirnya fokus untuk menulis tentang itu di dalam blog.

Menerusi perkongsian cerita dan pengalaman sebagai house husband, ada yang mengambil tips dan panduan yang saya berikan. Saya sampaikan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain.

Tinggalkan Legasi

Selepas anda tiada, apa yang anda tinggalkan di dunia internet menerusi blog akan kekal dalam tempoh yang agak panjang. Anda akan diingati sebagai seorang pakar, seorang yang memberikan manfaat pada orang lain, seorang yang pernah membantu, seorang yang berpengaruh dan seorang yang penting dalam dunia blog Malaysia berdasarkan kepakaran anda.

Faham Apa Yang Bermakna dan Penting

Blog untuk berbakti pada masyarakat
Apabila anda menulis blog, anda akan beransur tahu bukan semua benda orang nak tahu, nak baca dan nak komen. Anda akan faham apa yang bermakna dan penting dalam kehidupan. Blog membolehkan anda untuk memilih, ulas dan terbitkan apa yang penting dan boleh berikan sesuatu pada orang lain. Anda bukan bebel ntah apa-apa menerusi Facebook atau Twitter .. setiap minit, setiap jam.

Disebabkan menulis blog, saya dah boleh kata bahawa saya hampir tidak menonton TV setiap hari. Kerana apa? Sebab saya sedar, banyak perkara dalam TV tidak penting dalam hidup saya. :)

Lebih Ramai Orang Baca Blog Dari Menonton TV

Blog dikategori sebagai media online, ia terkini dan lebih realistik. Ramai orang lebih suka baca blog daripada menonton TV, malah ada di antaranya menghabiskan masa lebih banyak secara online - salah satunya membaca blog.

Ambil peluang ini untuk suarakan sesuatu yang anda fikirkan. Jadikan blog sebagai salah satu medium untuk sebarkan kebaikan dan manfaat. Jadikan blog sebagai lubuk jana pendapatan sampingan.

Anda Zahirkan Keperibadian Unggul

Bukan mudah untuk konsisten menulis blog. Semakin lama anda menulis blog, anda akan menzahirkan kualiti-kualiti terbaik dalam diri. Contohnya, sifat disiplin, konsistensi dan juga komited bagi memastikan blog anda terus wujud. Paling penting ialah menulis blog akan bantu anda untuk uruskan masa lebih baik - untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk bisnes atau apa sahaja yang anda lakukan.

Awalnya mungkin terasa sukar. Namun, dengan peredaran masa, anda akan jadi mahir dan tahu untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, kerana practise make perfect.

Menjadikan Anda Pakar Berbicara

Blog menjadikan anda pakar berbicara
Bila anda menulis blog mengenai sesuatu yang anda tahu, lama-kelamaan anda akan dianggap pakar. Dan seterusnya menjadikan anda amat mudah dan senang untuk menyampaikan kepada orang lain. Semakin banyak anda menulis tentang sesuatu topik, semakin yakin anda dengan apa yang telah anda ketahui. Ilmu ini sangat mahal, dan pasti akan ada pihak yang mahu anda untuk berbicara mengenainya kepada lebih ramai orang.

Contohnya seperti saya - apabila saya sering bercerita bagaimana nak menjana pendapatan menerusi blog, akhirnya saya diberikan peluang untuk menjadi speaker dalam satu mini seminar anjuran Denaihati Network, malah pernah diberikan peluang untuk menyampaikan ilmu buat duit internet kepada pelajar-pelajar UKM.

Walaupun tapak tangan saya berpeluh, darah gemuruh .. tapi saya tahu apa yang saya sampaikan, alhamdulillah berkat menyampaikan dan menulis mengenainya di blog.

Belajar Perkara Yang Memberikan Keuntungan

Banyak ilmu baru dan di luar bidang telah saya belajar hanya kerana saya memulakan kerjaya sebagai penulis blog sepenuh masa. Antaranya ialah:
  • Ilmu berkaitan teknik SEO (Search Engine Optimization)
  • Ilmu pemasaran online
  • Bagaimana nak menulis iklan online berkesan
  • Bagaimana nak gunakan Facebook Ads
  • Cara nak jana pendapatan menerusi YouTube
  • Cara buat duit dengan blog tanpa modal
  • Bagaimana nak pengaruhi seorang pembaca menjadi pelanggan/pembeli
  • Cara menulis copywriting
  • Cara tempah domain sendiri
Cara nak .... bermacam perkara yang sebelum ini tak pernah terfikir pun akan tahu ... bagaimana nak menjadikan anak bijak, bagaimana nak memasak untuk isteri pantang bersalin ... cara nak dapatkan kupon diskaun shopping online ..

Menulis blog menjadikan saya tahu banyak perkara yang tidak dapat diajar di sekolah mahupun di universiti.

Berhubung Dengan Ramai Rakan Baru Yang Hebat

Dapat kawan hebat dalam dunia blog dan internet
Percaya atau tidak, ada di kalangan rakan blogger saya lebih rapat daripada rakan hakiki yang saya telah kenal lama. Apabila anda mendapat rakan baru menerusi blog anda, anda mungkin tak percaya bahawa kebanyakkan mereka lebih mudah hulurkan bantuan, tak lokek ilmu dan pengalaman, dan sentiasa support apa yang anda lakukan.

Mereka ini pula mempunyai kualiti yang hampir sama dengan anda - bekerja keras, komited malah ada yang pakar mengenai sesuatu. Mereka hebat dengan apa yang mereka tahu. Mereka bukan sahaja akan komen entri-entri dalam blog anda, tetapi berhubung di media sosial hampir setiap masa.

Peluang Dapat Kerja Dari Rumah

Dengan menulis blog, anda akan dapat pelbagai tawaran untuk melakukan kerja dari rumah. Ada yang minta anda untuk review produk mereka, ada yang minta untuk anda tulis mengenai servis yang mereka sediakan, ada yang hanya minta anda untuk terbitkan artikel yang mereka telah tulis.

Anda tidak perlu pun keluar dari rumah, anda melakukan kerja ini dari rumah, dan dibayar! Contohnya seperti saya, saya dibayar untuk satu event anjuran Toyota Malaysia, tanpa perlu saya pergi ke event tersebut.

Daya Penyelesaian Masalah Bertambah

Samada sedar atau tidak, adakala penulisan yang kita terbitkan di blog akan membolehkan orang lain untuk berfikir dan memberikan pandangan. Pandangan ini akan disertakan di dalam ruangan komen. Malah, ada yang sudi memberikan jalan penyelesaian kepada sesuatu topik atau masalah tertentu.

Itulah halnya yang berlaku pada post saya berkaitan isu hutang Courts. Post tersebut menjadi rujukan ramai tentang cara nak selesaikan masalah dengan Courts, terutama melibatkan hutang. Di dalam ruangan komen entri .. ada ramai berkongsi cara nak selesaikan masalah dan apa yang perlu dilakukan bila berhadapan dengan hutang Courts.

Malah, saya sendiri terbuka minda dan memberikan idea tentang bagaimana nak bantu orang lain dalam kes tersebut, walaupun secara peribadi saya tidak pernah ada masalah yang dinyatakan.

Bantu Diri Anda Untuk Bantu Orang Lain

Bantu diri sendiri untuk bantu orang lain
Kadang ada masalah yang kita tak boleh nak selesaikan. Menerusi blog, anda boleh mencari jalan penyelesaian tersebut. Anda mahu berjaya, maka anda cari jalan untuk berjaya .. dan menerusi blog, anda boleh bantu orang lain untuk berjaya seperti anda.

Anda bantu diri anda supaya boleh selesaikan masalah yang dihadapi orang lain dengan cara menulis pengalaman anda. Anda gagal dalam bisnes, anda tidak mahu

Menjadi Penyumbang Kepada Sesuatu

Menulis blog memungkinkan anda untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Tak ramai orang di dunia ini yang mampu untuk berikan sumbangan yang mampu untuk mengubah sesuatu perkara.

Fikirkan mengenai Wikipedia. Bagaimana ia telah berjaya bantu banyak orang di dunia ini! Pernah lihat iklan di Wikipedia? Tidak sama sekali. Tapi pernah tak anda sumbangkan walaupun USD1 untuk bantu laman web tersebut terus beroperasi?

Dari Seorang Penulis Kepada ....

Saya telah lihat ramai penulis blog yang berubah atau berkembang kepada kerjaya lain. Antaranya ada yang menjadi selebriti seperti Hanis Zalikha, Mira Filzah. Ada pula dari menulis blog menjadi penulis novel, serta penulis pojok di kolum akhbar.

Dan ramai penulis blog antarabangsa yang bertukar menjadi jutawan! Tidak mustahil ia mungkin berlaku pada anda jika anda bermula menulis blog hari ini.

Menghargai Orang Lain

Berapa kali anda berterima kasih pada seseorang yang telah inspirasikan anda? Berapa kali anda menghargai sumbangan orang lain? Menerusi blog, anda boleh lakukan hanya dengan beberapa perenggan ayat.

Ini cara yang akan membolehkan orang lain untuk ikuti. Mungkin anda terinspirasi dari penulisan atau artikel orang lain, anda tulis dan olah kembali di blog anda, anda berikan kredit. Inilah cara anda hargai usaha orang lain.

Sebagai penulis blog, anda sedar bahawa aktiviti plagiat (copy-paste) adalah sesuatu yang salah.

Anda Jadi Kreatif

Bukan mudah untuk menulis yang dapat menarik perhatian orang untuk terus membaca. Anda perlu kreatif dalam cara penulisan dan penyampaian. Jika dulu anda subjektif, kini anda lebih objektif. Anda sampaikan sesuatu dalam bentuk yang kreatif agar pembaca faham apa yang cuba anda sampaikan.

Menerusi blog, anda boleh berkongsi video, infografik, karikatur, gambar, quotes dan banyak lagi.

Ketahui Pelbagai Cara Buat Duit di Internet

Apabila anda berusaha untuk belajar mengenai dunia blog, anda akan ketemu beberapa peluang untuk menambah pendapatan anda. Anda sedar bahawa terdapat beribu peluang tentang cara nak buat duit di internet.
[Baca Ni] Bagaimana Nak Jana Income USD Berterusan Dengan Blog ...
Blog adalah sebahagian dari internet. Dan ia adalah salah satu cara untuk anda buat duit menerusi sumber-sumber yang sebelum ini anda tidak pernah tahu. Misalnya menerusi program affiliate percuma. Anda akan dibayar dengan komisen jualan andai ada produk terjual dari blog anda.

Peluang Mencuba Produk Baru

Ini antara sesuatu yang seronok apabila anda telah mempunyai sebuah blog yang berpengaruh. Saya telah dapat banyak peluang untuk cuba pelbagai produk terbaru di pasaran, antaranya telefon pintar yang canggih, produk makanan dan supplemen kesihatan. Malah, ada di kalangan rakan blogger saya dapat merasa memacu kenderaan model baru di pasaran sebelum ia masuk ke bilik pameran!

Bukan setakat produk baru, anda juga diberikan peluang untuk cuba pakej percutian, pakej penginapan dan banyak lagi.

Penulisan Keluar di Media Cetak

Bukan mudah untuk penulisan anda di blog keluar sebiji-sebiji di media cetak. Namun, itulah yang telah berlaku pada penulisan saya berkaitan Rockbund, salah satu destinasi menarik untuk kaki pancing Malaysia. Ia telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia - dalam slot Citra Orang Muda.

Walaupun saya tidak pernah jalani mana-mana kelas penulisan, tapi alhamdulillah .. diberikan kesempatan untuk menyumbang sesuatu hasil penulisan saya di blog.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab, saya mungkin boleh senaraikan sehingga 20 lagi sebab tambahan kenapa perlu ada blog sekarang .... tapi, saya fikir ... apa yang telah disenaraikan ini pun sudah cukup banyak dah.

Menulis blog boleh mendatangkan 1001 kebaikan untuk diri dan untuk orang lain. Namun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan andai disalah-guna. Saya pernah lihat bagaimana dengan penulisan di blog ia berjaya merubah hidup seseorang dari susah ke senang, dan dari senang ke merana.

Semoga perkongsian ini memberikan anda pengetahuan dan info kenapa ramai menulis blog hari ini. Andai ada silap salah, saya mohon maaf ... dan harapnya ia membawa manfaat untuk anda setelah membacanya dari awal hingga akhir.

Ikuti saya di Facebook

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang banyak sangat kelebihan bila kita ada blog ni. Paling seronok bagi saya dapat ramai kawan yang satu minat dengan saya. Walaupun kadang2 tu tak kenal rupa pun, tapi tetap rasa macam dah kenal lama. :)

    BalasPadam
  2. "Dulu blogging dianggap satu platform seperti diari" , sy baru cipta blog bulan 6 tahun lepas atas dasar sy rasa nk menulis diari, ok kuno jgk pemikiran sy..
    "Anda akan jadi seorang pemikir" , ya betul dan bagus.. tapi malangnya sy xde byk masa nk diluangkan utk blog dan sy xde kawan utk guide sy menguruskan blog. lebih malang, sy x anggap berblog adalah perkara yg serius. akhir kata, bagus entri ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segala sesuatu apatah lagi hobi adalah bermula dari sesuatu yang tidak serius. :) Percayalah .. saya dah lalui saat2 tersebut.

      Padam
    2. Wow nicenya ayat yg HH reply tu!.. Apa apa pun terima kasih utk entri yg padat ni..

      Padam
  3. betul sangat semua point tuan ni, alhamdulilah kerana komit dengan blog menjadikan saya semakin ranking tinggi dalam shaklee

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang baik bagi mereka yang ambitious. Anyway terima kasih.

    Berblog bagi saya hanyalah untuk mengisi masa yang terluang.

    Bagaimana pun saya enjoy membaca blog HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, awal sebelum adanya blogspot, saya tulis di internet kerana mengisi masa terluang .. :)

      Padam
  5. Ramai orang biasa-biasa menjadi hebat melalui blog..

    saya pun nak dan saya tengah belajar bertukus lumus untuk mendapat sesuatu dalam blog..

    saya budak baru belajar blog .hehehe

    BalasPadam
  6. Terima HH atas perkongsian artikel yang sangat bermanfaat ini

    BalasPadam
  7. Banyaknyer... point yang HH kongsikan ada yang Mrs. A tak terfikir pun :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement