Syoknya dapat beli lampin pakai buang jenama PetPet dengan harga murah ni. Saya beli secara online je. Ini merupakan kali kedua saya beli lampin pakai buang secara online menerusi laman web beli belah Lazada Malaysia.

Saya buat belian kali kedua sebab puas hati dengan belian pertama. Dan nak dijadikan cerita pula, pihak Lazada Malaysia ada anjurkan kempen Big Baby Fair yang mempromosikan produk-produk untuk bayi dan kanak-kanak dengan harga diskaun.

Beli PetPet Jumbo Pack Newborn (NB62) Dengan Harga Murah

Beli PetPet Jumbo Pack Newborn (NB62) Dengan Harga Murah
Saya tak tunggu lama, saya terus sahaja rebut peluang dengan kempen tersebut. Banyak juga diskaun yang saya dapat. Saya beli lampin pakai buang jenama PetPet kerana ia antara jenama lampin yang tawarkan harga paling berbaloi.

Harga Murah PetPet Jumbo Pack Beli Online di Lazada

Uhh mungkin rezeki kelahiran anak keempat saya lah kot, saya dapat beli PetPet Jumbo Pack untuk New Born (NB) 62 keping x 4 pek dengan harga serendah RM69.00 termasuk GST. Memang jauh beza dengan harga PetPet yang dijual di kedai dan pasaraya biasa.

Tiada caj penghantaran dikenakan untuk pembelian online ini di Lazada Malaysia.
[Baca] Borong Beli Barangan Bayi di Lazada Malaysia
Penghantaran ke rumah saya di area Nibong Tebal hanya ambil masa sehari sahaja! Memang terbaiklah servis yang diberikan. Penghantaran ke rumah dikendalikan oleh Poslaju Malaysia. Saya memang tak sangka servis penghantaran order pembelian saya di Lazada secepat ini.
Harga Murah PetPet Jumbo Pack Beli Online di Lazada
Jenama PetPet antara jenama yang isteri dan saya suka. Memang biasa pakai untuk ketiga-tiga anak saya sebelum ini. Ia antara jenama yang paling ekonomi untuk lampin pakai buang. Pun begitu, kualitinya tetap bagus dan puas hatilah selepas menggunakannya siang dan malam untuk anak-anak saya.

Anak saya yang keempat, yang baru lahir pada akhir Mac 2017 pun tak ada masalah menggunakan lampin pakai buang jenama PetPet ini.

Kalau anda mencari lampin pakai buang dengan tawaran harga murah, bolehlah cuba cari di Lazada Malaysia. Ada banyak pilihan, dan anda tak perlu keluar rumah untuk shopping barang keperluan bayi .. macam saya .. huhu...

Dan untuk pembayaran, saya bayar menggunakan servis FPX (pindahan wang) Maybank secara online yang memang sudah tersedia di laman web Lazada Malaysia. Segalanya cukup mudah dah sekarang ...


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun pernah beli diapers jenama Pet Pet di Lazada utk baby saya tu. memang berpatuttan harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas hati dapat beli murah, barang mmg kualiti original ..best

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement