Pakar SEO Malaysia masih menjadi antara kata kunci panas. Ramai di kalangan blogger yang menguji kebolehan sendiri dalam pengetahuan mengenai SEO dengan menggunakan kata kunci 'Pakar SEO' ini.

Saya masih ingat lagi, ketika awal-awal saya menulis artikel Pakar SEO, kata kunci ini agak mudah untuk berada di tempat teratas enjin carian. Mungkin kerana saingan masih kurang di kalangan blogger-blogger Malaysia yang menggunakan kata kunci ini dalam pendekatan SEO masing-masing.

Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia
Tahun berganti. Saya nampak semakin ramai blogger yang telah menguji penggunaan kata kunci ini untuk menampilkan diri mereka bahawa merekalah pakar SEO terbaik. Saya cukup kagum dengan kesungguhan blogger-blogger ini mengekalkan kata kunci ini untuk blog mereka.

Malah, saingan turut datang daripada rakan-rakan blogger Indonesia yang memang hebat dalam penggunaan teknik SEO dalam penulisan blog. Teknik optimasi on-page SEO dan off-page SEO digunakan secara menyeluruh bagi memastikan entri berkaitan Pakar SEO menjadi milik mereka di enjin carian Google.

Teknik SEO Yang Diguna-Pakai Tampil Teratas

Secara amnya, blog-blog yang berjaya kuasai senarai lima teratas adalah blog-blog yang mesra SEO atau responsif. Kadar loading blog juga sangat pantas dan selesa untuk pengunjung.

Semua blog menggunakan template yang memang diperakui mempunyai kekuatan SEO sendiri, malah sudah ada customization setting untuk tujuan ini.

[Dah Baca?] 9 Tips SEO Terbukti

Saya juga dapati blog-blog yang tersenarai memang bercerita secara khusus berkaitan SEO, menjadikan ia mempunyai domain authority dan page authority yang sangat tinggi. Kebolehpercayaan inilah yang memungkinkan blog tersebut berada pada senarai carian teratas.
Result Pakar SEO Malaysia

Blog saya sendiri telah berada jauh daripada senarai carian Pakar SEO dan Pakar SEO Malaysia; baik dalam Google mahupun Google Malaysia. Ini menunjukkan bahawa sudah ramai blogger yang mahir dalam menggunakan teknik ini untuk menempatkan entri mereka berada di top enjin carian.

Kalau ikutkan, bukan mudah untuk berada di tempat teratas jika kata kunci tersebut begitu hot dan ramai yang mencari. Memang memerlukan strategi yang khusus dan jangka panjang untuk kekal lama berada teratas.
Tips Pakar SEO Malaysia

Ada yang menggunakan teknik backlink. Ada yang menggunakan teknik indikator laman sosial seperti Google Plus, dan Facebook. Ada pula yang menggunakan teknik nama domain. Semuanya kerana mahu kuasai kata kunci ini.

Tak kurang juga ada blogger yang menggunakan teknik pantas SEO hack yang boleh berikan impak tersendiri untuk jangkamasa pendek, supaya tampak berada paling teratas sebagai pakar SEO Malaysia.

Cara lain untuk menempatkan sesuatu keyword itu di tempat sepatutnya, ialah dengan menggunakan servis SEO disediakan oleh syarikat tertentu seperti mana Birmingham SEO Agency.

Apapun teknik yang digunakan, ia perlu dan wajar digunakan untuk tujuan kebaikan dan penyebaran informasi dan ilmu bermanfaat.

Saya cuba menguji kata kunci ini sekali lagi, untuk melihat samada template percuma terbaru dari blogspot mempunyai kelebihan ini. Untuk info, ketika saya menulis entri ini, saya menggunakan template percuma blogspot - Noteable.

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalamualaikum HH...hanya pakar-pakar jer yg boleh buat teknik SEO ni...memang satu info yg menarik..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger biasa biasa pun boleh, asalkan belajar .. :)

      Padam
  2. Unni masih tak blh hadam pasal seo ni T_T

    BalasPadam
  3. wah..hebat la..dh rmai yg pandai skrg ni..saingan yg bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. ramai dah rakan blogger yang saya kenal sebelum ini dah boleh dianggap sebagai pakar seo malaysia

      Padam
  4. fae hanya mampu garu2 kepala je bab2 SEO ne huhuhu

    BalasPadam
  5. Power jgk ilmu tuan wan yusof tu, saya ada join group dia 😁

    BalasPadam
  6. wan yusuf tu saya suka dengar talk dia.. Dia ada bagi talk untuk student2 postgrad..

    BalasPadam
  7. terima kasih HH share pasal tips seo ni, saya banyak belajar dari tuan pasal SEo tapi masih lagi perlu banyak belajar & amalkan..

    BalasPadam
  8. SEO adalah teknik terbaik untuk mendatangkan trafik berpanjangan dari carian Google..

    media sosial pun boleh cuma perlu selalu buat ping dan promosi dari semasa ke semasa

    BalasPadam
  9. Wah. Tahniah.
    .
    Dah dalam first page dah tu.
    .
    Aku pulak hairan tiba2 nama aku hilang.
    .
    Langsung tak muncul dah kat situ.
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm skrang cuba main keyword PAKAR GOOGLE MALAYSIA lak

      Padam
  10. GV sampai skang still blur pasal teknik SEO ini. huhu. Banyak lagi kena belajar. huhu.

    BalasPadam
  11. Dah mula faham dah berkaitan SEO setelah 3 tahun korek info... mmg byk kerja kena buat. tapi yang penting berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nak dapatkan trafik dengan SEO ni sebenarnya makan usaha dan masa yang panjang. Lepas tu kenalah konsisten. Ramai pakar SEO kata, konten kena pastikan di FRESH setiap hari .. barulah nanti blog akan dapat autoriti tinggi untuk berada dalam enjin carian.

      Padam
  12. Nampaknya blog ni dah terseanrai semula dalam muka pertama untuk keyword "pakar seo". Sememangnya pakar seo sebenar! :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke? Alhamdulillah .. moga ada pintu pintu rezeki diketuk. In Sha Allah.

      Padam
  13. Pakar SEO Malaysia
    Volume: 480/mo | CPC: $0.62 | Competition: 0.08
    .
    Dificulty 0.25... boleh cuba buat juga la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement