Kisah Lobak, Telur dan Kopi. Hidup ini memang perit nak dilalui. Masing-masing ada kesukaran sendiri, semuanya adalah kerana segala kesulitan dan kesukaran itu merupakan satu ujian Tuhan untuk makhluknya yang benafas di muka bumi ini.

Kita sering mengeluh mengenai hidup kita yang kadangkala tidak keruan. Di tambah pula dengan masalah yang bertimpa sehingga ada satu ketika merasakan hidup ini amat rapuh dan tidak lagi berbaloi.

Kisah Untuk Dijadikan Pedoman dan Inspirasi

Hairan. Kita lupa bahawa kita sebelum ini pernah bertungkus-lumus untuk keluar ke dunia ini, tetapi apabila dah menerima nikmat melihat dan merasai kehidupan, kita dengan secara mudahnya telah berputus asa.

Jadi, di sini saya kongsikan sebuah kisah untuk sama-sama kita renungkan. Sebuah kisah yang tercipta antara seorang ayah dan seorang anak. Ia mungkin satu inspirasi untuk anda untuk harungi kehidupan mencabar sekarang ...

Kisah Lobak, Telur Dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk-periuk tersebut mendidih, dia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan dia meletakkan serbuk kopi di periuk terakhir.

Ayahnya membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya di dalam mangkuk, kemudian mengangkat telur lalu meletakkannya di mangkuk yang lain. Setelah itu, dia menuangkan kopi pula ke dalam mangkuk yang lain.

Apa Yang Kau Nampak Setelah Semuanya Direbus?

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, Nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya.

Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur yang telah merebus dan isinya mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencium bau kopi. Dia tersenyum manis ketika mencium bau kopi dengan aromanya yang sangat enak.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak.

Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut, berbau harum dan terasa enak untuk diminum.

"Kamu termasuk yang mana?" tanya ayahnya.

"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
.
.
Begitulah kisah lobak, telur dan kopi.

Ia sebuah kisah biasa, tetapi mempunyai pengertian tersendiri untuk diri kita yang sedang menjalani kehidupan. Kita selalu diuji. Itu pasti. Tiada manusia di muka bumi ini yang akan terlepas dengan ujian, samada kecil mahupun besar.

Ujian inilah yang akan membentuk diri kita seterusnya.

Sekarang mari lihat dalam diri kita, realiti yang sedang kita hadapi. Mana satu adalah kita, lobak? Telur? Atau kopi?

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement