Gulai Ikan Terubok? Rasanya ramai belum pernah mencuba menjadikan ikan Terubok sebagai bahan utama untuk menggulai. Kebanyakan dari kita akan memasak ikan Terubok samada digoreng atau dibakar/panggang.

Setiap kali saya beritahu bahawa saya suka masak ikan Terubok dijadikan gulai kari, ramai macam terpinga-pinga. Bolehkah? Sedapkah? Aha ... rasanya saya tak jumpa lagi mana-mana sanak sedara saya yang akan menggulai kari ikan Terubok; kecuali emak saya .. huhu.

Ikan Terubok Sedap Digulai Tetapi ....

Ikan Terubok Sedap Digulai Kari
Ya, ikan Terubok segar memang sedap digulai. Saya selalu masak gulai kari ikan Terubok. Ia ikan yang berlemak, jadi memang sedap bila digulaikan. Tiada cara istimewa nak memasak gulai kari ikan Terubok. Anda boleh memasak kari seperti gulai kari ikan lain .. boleh masukkan kacang bendi serta tomato.

Di tempat saya, agak sukar sebenarnya nak mendapat ikan Terubok ini. Jika ada pun, ia ikan Terubok yang diimport dari Thailand atau India. Tapi, saya tahu satu tempat yang ada jual ikan Terubok segar, iaitu di Pantai Remis.

Ikan Terubok Banyak di Pantai Remis, Perak ..

Jika musimnya tiba, ikan Terubok segar sangat mudah didapati di gerai-gerai tepi jalan menjual ikan sepanjang Pantai Remis, Perak. Ikan Terubok memang sedap. Gemuk-gemuk dan ikannya besar.

Ikan Terubok memamg sedap sebenarnya dibuat gulai kari tetapi ... Awas !! apabila nak makan, perlulah berhati-hati. Al maklumlah, ikan Terubok sangat terkenal dengan tulang-tulang halus yang mudah terlekat pada anak tekak. Sekali terlekat, jenuh nak keluarkan ...
Ikan Terubok Sedap Digulai Kari
Maka, menu ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Hanya orang dewasa sahaja boleh menjamu selera dengan gulai kari ikan Terubok.

Tips Hilangkan Tulang Halus Melekat di Tekak

Bila tulang halus Terubok terletak pada anak tekak, cara yang saya selalu gunakan ialah dengan menggumpal sedikit nasi, dan menelannya. Cara ini dikatakan boleh menyebabkan tulang halus ikan Terubok melekat pada gumpalan nasi, dan hilangkan tulang yang terlekat pada anak tekak.

Saya suka makan gulai ikan Terubok bercicah dengan kicap lemak manis. Pasti terangkat .. fuh ...
[Dah Baca?] 12 Jenis Ikan Yang Sedap Jika Digoreng
Apabila makan nasi dengan gulai kari Terubok, tempoh anda menghabiskan makanan akan jadi luarbiasa lama .. haha .. namun, seperti saya katakan .. ia sedap dan puas hati.

Tak Ramai Yang Jadikan Terubok Sebagai Ikan Gulai

Jika anda belum pernah merasa, bolehlah mencuba. Tak ramai yang akan masak gulai kari ikan Terubok ini, maka susah nak jumpa menu ini dijual di kedai. Nak rasa, kena masak sendiri .. tapi sebelum tu, kena usahalah mencari di mana nak dapatkan ikan Terubok yang segar.

Oh ya, lagi satu tips bila nak makan ikan ini. Sebelum anda siangkan ikan ini, pastikan anda tarik badan ikan ini di bahagian ekor. Tarik sehingga anda merasa ada bunyi 'crack' pada bahagian ikan. Ini adalah untuk memudahkan anda memakan ikan ini yang banyak tulang. Cara ini didapati akan melaraskan, meluruskan, seragamkan susunan tulang halus dalam ikan, jadi mudahlah untuk isihnya nanti ketika nak makan, in Sha Allah.

Untuk menu kari ikan, boleh cuba rujuk resepi kari ikan semilang saya di sini - Resepi Gulai Kari Ikan Semilang

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak pernah lagi merasa kari terubok ni. Biasanya mak/wife cuma goreng, bakar dan masak tempoyak sahaja.

    BalasPadam
  2. selalu bakar je...mak ai..ttiber terbayang plak dah terubok bakar..aahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement