Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2. Best. Saya dah tonton filem ini bersama anak-anak saya di pawagam Lotus Five Star, Kerian Sentral Mall pada 28 April 2017. Banyak perkara yang best untuk sekuel filem ini yang diarahkan oleh James Gunn.

Jika anda fikir nak tonton filem ini di pawagam berdekatan anda, baca dulu review ringkas yang saya sediakan ini. Manalah tahu kot-kot ada beberapa fakta yang tak berkenan di hati, nanti kecewa pula bila dah berbelanja untuk masuk pangung.

13 Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2

Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2
  1. Ada 8 watak utama iaitu Peter Quill/Star-Lord, Gamora, Drax, Rocket Racoon, Baby Groot, Nebula, Yondu Udanta, Ego dan Mantis.
  2. Awal cerita di sebalik aksi Star Lord, Gamora, Drax dan Rocket Racoon melawan seekor raksasa yang makan bateri kuasa, kamera lebih fokus pada aksi comel dan lucu Baby Groot (Van Diesel). Ia memberikan gambaran bahawa keseluruhan filem ini akan ada aksi dan juga kelucuan; menjadikan ia filem yang akan seronok ditonton dari awal hingga akhir.
  3. Plot kekecohan filem ini adalah apabila Rocket Raccoon (Bradley Cooper/Sean Gunn) telah mencuri bateri kuasa, dan diburu oleh satu bangsa 'emas' diketuai oleh Permaisuri Ayesha.
  4. Ego merupaksan celestial (pencipta) yang ada planet sendiri, ditemani oleh Mantis yang ditugaskan untuk tidurkan Ego.
  5. Ego adalah bapa kepada Star-Lord, manakala Yondu Udantra (Michael Rooker) dianggap sebagai bapa angkat kepada Star-Lord.
  6. Ego yang mengupah Yondu untuk culik Peter Quill/Star Lord semasa kecil selepas ibunya meninggal disebabkan kanser.

  7. Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2

  8. Ego yang bertanggungjawab meletakkan sel kanser pada ibu Star Lord. Dan Star Lord menyalahkan Ego kerana membuatkan ibunya mati.
  9. Star Lord mempunyai kuasa mencipta kerana dirinya adalah sebahagian dari celestial.
  10. Pelakon aksi veteran Sylvester Stallone muncul dalam filem ini sebagai Starak (Star-Hawk) yang menjadi ketua kepada komuniti Reneger, atau ketua kepada Yondu.
  11. Aksi lucu dalam filem ini muncul pada banyak babak, walaupun pada babak serius. Hanya mereka yang faham lawak 'serius' yang akan gelak tawa di dalam pawagam.
  12. Sisi sedih Drax ditampilkan dalam filem ini.
  13. Walkman dan kaset Star Lord musnah tetapi digantikan dengan iPod.
  14. Motif kekeluargaan dibawakan di dalam filem ini antara Gamora (Zoe Saldana) dengan adiknya Nebula (Gillan) serta Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt) dengan ayahnya Ego (Kurt Russell).
Rasanya cukup saya tampilkan 12 fakta menarik di dalam cerita ini. Nak lebih lagi, anda perlu tonton filem ini di pawagam berdekatan anda.

Untuk perhatian, watak Ego dianggap sebagai 'Tuhan'; jadi jika anda bawa anak-anak anda .. pastikan anda fahamkan mereka dengan betul seandainya ada yang bertanya.

Filem ini menghiburkan di sebalik banyak aksi-aksi peperangan dan pergaduhan di angkasa lepas. Ia sebuah filem Marvel Studio yang seronok ditonton.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement