Langkau ke kandungan utama

Elak Buang Anak Kucing Sesuka Hati

Masa saya kecil-kecil dulu, iaitu ketika saya bermastautin di Kuantan, Pahang .. saya ada membela beberapa ekor kucing. Semua kucing tersebut adalah dari baka ibu yang sama, seekor kucing jenis Siam bernama Rabu.

Rabu kucing betina yang sangat bagus, baik dan sentiasa dengar kata tuannya. Jarang buat hal menjadikan ia kucing kesayangan keluarga saya ketika itu.

Rabu - Kucing Pertama Dibela Sehingga Mati

Elak Buang Anak Kucing Sesuka Hati
Rabu memang lama dengan keluarga saya. Dari Kuantan, kami bawa Rabu ke kampung halaman di Batu Gajah. Ketika itu, arwah ayah saya sudah habis tempoh khidmat dengan Kor Amor Diraja Malaysia. Semasa di Batu Gajah, Rabu menghabiskan sisa-sisa hidup. Hanya sempat melahirkan beberapa ekor anak dalam satu kelahiran.

Sehingga satu hari, Rabu tidak pulang ke rumah. Setelah beberapa hari, saya ambil keputusan untuk mencari. Akhirnya ditakdirkan Allah S.W.T, saya jumpa bangkai Rabu yang masih elok, terdampar di perdu pokok Pandan. Bau bangkai memang tak ada, hanya ada bau daun Pandan sahaja ketika saya 'kebumikan' Rabu.

Rabu memang memberi makna dalam kehidupan saya ketika waktu kecil. Ia hidup bebas. Kami tak kurung. Apabila Rabu nak berak ke .. kencing ke .. ia akan keluar sendiri ikut tingkap. Makannya adalah sisa lauk dan nasi. Tak ada nasi, ia takkan makan walaupun diletakkan seketul ayam goreng.

Adakala, arwah Abah ada belikan makanan dari jenama Frieskies. Ketika itu, makanan kucing jenama ini masih mampu dibeli.

Kisah Rabu Lahirkan Anak - Saya Perlu Buang!

Apabila Rabu melahirkan anak, ia akan lahirkan anak di bawah katil. Ia tempat kesukaannya. Semua anak-anak Rabu lahir dengan keunikan sendiri iaitu memiliki lebih jari pada kaki hadapan. Jika kucing biasa ada 10 jari, tetapi anak-anak Rabu semuanya mempunyai 11-12 jari kaki.

Emak tak berapa suka dengan anak-anak Rabu.

Bukan apa, susah nak menjaga anak-anak kucing yang masih tak tahu berak sendiri di tempat sepatutnya.
[Dah Baca?] Cara Tukarkan Kucing Peliharaan Anda Menjadi Singa
Satu hari, emak saya minta saya untuk 'buang' anak-anak Rabu di suatu tempat lain. Emak beritahu saya .. minta dibuang anak kucing tersebut di pasar basah berdekatan.

Walaupun anak-anak kucing Rabu comel-comel dan gebu, apatah lagi dari baka kucing Siam... tapi disebabkan emak tak larat nak jaga, saya turuti sahaja permintaan emak. Saya isikan anak-anak Rabu ke dalam kotak, dan bawa anak-anak ini dengan berbasikal ke pasar basah yang jauhnya cuma 1km sahaja dari blok tempat tinggal kami.

Sayu hati juga bila dingatkan kembali. Mendayu-dayu suara mengiau anak-anak kucing Rabu.

Saya tinggalkan dengan hati sedih.

Selang beberapa hari selepas itu, terkejut emak dan saya bila dapati anak-anak kucing sudah kembali di depan pintu rumah.

Rabu dah bawa kembali anak-anaknya!!

Tak sangka sungguh. Bukan dekat nak angkut anak-anak kucing ni .. sah, Rabu mahukan kami menjaga anak-anaknya.

Tapi emak berkeras. Tak mahu jaga anak-anak kucing Rabu.

Jadi, saya pun bawa anak-anak kucing ni dan tinggalkan di bawah blok. Saya sangat berharap ada orang lain yang akan ambil dan jaga anak-anak kucing Rabu ni.

Anak Kucing Mati Dibunuh ....

Malang tidak berbau. Anak-anak kucing tu mati. Mati dimakan oleh kucing lain (kucing jantan).

Itulah kali pertama dan akhir emak minta saya buang anak-anak kucing kelahiran Rabu. Selepas dari hari itu, apabila Rabu melahirkan anak baru, emak akan menjaganya... tapi kali ini ditempatkan pada satu kawasan di luar rumah dan bukan di dalam rumah.

Nasib baiklah rumah blok kami ada ruang depan yang luas. Blok tentera dulu .. kawasan depan rumah boleh main lumba basikal .. jadi memang luas.

Apabila anak-anak kucing Rabu dah besar sedikit, barulah dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah sesekali sekala. Cuma Rabu sahaja diberikan keistimewaan sendiri.

Cara Buang Anak Kucing Jika Tak Mampu Jaga

Saya tulis post ini sebab baru ni saya telah pergi ke kedai haiwan Kawanku di Parit Buntar. Di situ, saya nampak ada anak-anak kucing yang mahu diberikan secara percuma. Agak jarang kedai haiwan nak berikan kucing secara percuma ni ...
Cara Nak Buang Anak Kucing
Bagaimana Nak Buang Anak Kucing
Elak Buang Anak Kucing Sesuka Hati
Lalu saya pun teringat kisah lampau saya menjaga kucing bernama Rabu ..

Zaman tersebut susah nak cari kedai haiwan. Tapi sekarang, banyak kedai haiwan boleh dijumpai, malah ada penguasaha yang menjalankan kerja amal dengan menyediakan tempat untuk memberikan anak kucing secara percuma kepada orang ramai.

Ada juga yang menyediakan tempat khas untuk kucing bermain, dan ada yang sediakan tempat pemeliharaan dan penjagaan kucing terutama untuk kucing-kucing terbiar.
[Dah Baca?] 15 Perkara Menarik Mengenai Kucing
Elakkan membuang anak-anak kucing. Jika tidak, anak-anak kucing tersebut akan berakhir hidupnya seperti kisah anak-anak Rabu. Boleh dianggap berdosa kerana mengabaikan haiwan yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad S.A.W ini.

Jika anda tak mampu nak membela haiwan ini, berikanlah pada orang lain. Kalau tak dapat juga, boleh pindahkan anak-anak kucing bersama ibunya di tempat yang selamat atau diberikan pada kedai haiwan yang sanggup terima untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Zaman sekarang ada ramai pencinta haiwan, in Sha Allah .. mereka boleh lakukan sesuatu untuk memastikan anak-anak kucing selamat dan tidak terbiar .. apatah lagi andai kucing tersebut dari baka baik.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Seronoknya jika mendapat kucing yang baik dan tidak buat hal. Jika kucing yang suka buat hal, kencing dan buang najis di dalam rumah. Atas katil pun boleh. Di depan mata kita pun sanggup dia kencing dan membuang di dalam rumah. Apatah lagi bila kita tak nampak. Ada saja 'hadiah' yang diberikan... Padahal pintu terbuka luas untuk dia membuang di luar...

    Itulah yang sering terjadi. Saya memang sayang kucing tetapi jika hari-hari dihadiahkan sebegitu siapa yang sanggup? Bukan anaknya sahaja tetapi ibunya pun sama...



    BalasPadam
  2. Saya antara manusia yang tidak bersetuju dengan konsep haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut untuk tujuan pertanian, macam kerbau di sawah. Atau tujuan kesihatan, macam anjing pandu arah untuk orang buta, atau haiwan peliharaan untuk membantu emosi pembela, saya setuju.

    Tapi kalau kita bela sebab nak suka-suka, nak simpan haiwan eksotik, saya rasa tak elok.

    Hanya pendapat peribadi.

    BalasPadam
  3. saya tahap sederhana dengan kucing..

    suka sangat tidak la..

    namun membenci jauh sekali ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…