Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit. 

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan?

Cara Jadi Jutawan Produk Sendiri
Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak ada beza, antara anda memiliki wang atau harta bernilai RM1 juta dengan RM5 juta. Anda kekal digelar jutawan. Ia tak ambil kira soal hutang anda, jumlah cukai anda bayar ke LHDN .. selagi anda ada wang, rumah, kereta, pakaian, barang kemas yang nilainya jutaan .. maka istilah jutawan anda boleh guna... walaupun kebanyakkannya tu lebih kuah dari nasi. :)

Magis Gelaran Jutawan

Orang Malaysia cukup kagum dengan istilah jutawan. Kalau anda sudah bergelar jutawan, percaya atau tidak .. ia istilah yang membawa rezeki. Bila bergelar jutawan, ramai orang nak kenal, ramai orang nak berkolaborasi, ramai yang mahu berbisnes dengan anda.

Anda agak, ada ke tauke emas nak buat partner dengan tauke roti canai biasa? Uhh tentu tidak .. tapiii .. bila disebut jutawan roti canai ... uhh berdesup orang merapat. Kadang, sedara jauh yang tak tahu bawah salahsilah manapun akan mengaku jadi sedara dekat..... sesusuan katanya.

Ya, perkataan jutawan memang ada daya penariknya.

Saya sangat syorkan anda jadi jutawan. Tapi bagaimana caranya nak jadi jutawan?

Seperti awal saya ada sebut, ramai kenalan dan rakan saya yang dah jadi jutawan kerana mereka berjaya menghasilkan produk sendiri. 

Saya nak beritahu satu rahsia.

Ada sahabat saya jadi jutawan hanya kerana buat label! Aha .. dia buat label, dan dia buat pembungkusan sendiri. Isi dalam ... sama je dengan produk lain. Hanya kerana label, hanya kerana bentuk botol (pembungkusan), dia wujudkan satu produk yang menampakkan bahawa dia ada produk sendiri yang unik.

Pengalaman Diberitahu Cara Buat Produk Kopi Sendiri

Saya sendiri pernah didekati oleh seorang pemilik kilang yang memproses kopi segera (3 in one).

"Abang nak buat bisnes? Abang jual je kopi .. pracampuran .. kami proses, kami sediakan bahan, abang cakap je abang nak bubuh apa dalam kopi abang tu, kami akan buat ... "

"Lepas tu abang buat label sendiri, jenama sendiri, kami boleh design paket dia ... logo semua kami boleh letak ..." kata pemilik kilang proses kopi tu. Kilangnya terletak di Bertam, Seberang Perai, Penang.

"Bila boleh mula?" tanya saya.

"Bila-bila pun boleh bang .. modal pun ikut abang, modal kecil, kita keluarkan secara kecil-kecilan dulu, test market ... ala .. abang jual je dulu kat kedai-kedai makan tempat abang ni ... "

"Kopi jenama abang sendiri .. abang tak mo ke? Tengok jenama ni .. jenama ni .. nama je beza, tapi kilang proses dari kilang kami ni .. " sambil tunjukkan beberapa jenama kopi pracampuran yang pelbagai .. ada campuran buah goji la, ada habbatus sauda la, ada koko la, ada kurma la.

Ya, semua dari kilang sama, beza cuma jenama, label, isi campuran, dan cara dipekkan.

Dari situ saya dah tahu, bahawa tak susah sebenarnya untuk jadi owner sesuatu produk tu.

Dibuktikan lagi, sekarang dah ada macam-macam jenama produk kesihatan dan makanan. Produk kosmetik adalah salah satunya. Modal hasilkan produk cuma RM20, tapi dijual sampai RM50 - RM80. Mana tak untung besar, mana tak jadi jutawan .. nampak tak?

Saya agak beruntung sebab ada yang sudi ceritakan peluang tersebut pada saya. Memang tak rugi kalau kenal dengan ramai orang, walaupun hanya jumpa sekali sekala di warung Pak Mat Kerang yang memang dikenali di tempat saya.

Jutawan Kosmetik Minta Tolong Saya ...

Dan baru-baru ini, ada seorang jutawan produk yang telah approach saya. Katanya dia nak bantu usahawan bumiputera menjadi jutawan produk sendiri. 

"Bro, saya nak minta bantuan bro ... " kata jutawan produk perawatan rambut ni.
"Bantuan apa?" tanya saya.
"Saya nak minta bro hebahkan mengenai ebook saya .. " kata dia lagi.
"Ebook apa?" tanya saya.
"Pasal bagaimana nak jadi jutawan jual produk sendiri, produk kosmetik .. " kata dia.

Wahh bagus ni, kata hati saya. Satu benda yang boleh dimanfaatkan ramai orang. Saya tahu ada ramai orang yang nak tahu bagaimana nak jadi jutawan ni. Bukan jutawan segera, tetapi jutawan dengan berbisnes cara betul.

Saya tak mahu jadi agen yang mempromosikan skim cepat kaya untuk jadi jutawan. Saya tak mahu jadi agen yang mempromosikan sesuatu yang tidak realistik. Tapi, cadangan dari jutawan yang sebelum ini berniaga pernah bankrap ini memang satu yang sangat baik. 

"Ebook hang ni betul boleh tolong ke?" tanya saya.
"In Sha Allah .. boleh bro... saya tulis dari pengalaman saya. Bro pun tahu kan .. produk saya dah dapat iktiraf kat China .. in Sha Allah akan masuk pasaran di sana .." jawaban yang buat saya fikir .. ehh nak poyo pulak mamat ni .. haha .. tapi memang betul .. produk uniknya telah mendapat perhatian dalam satu pameran perdagangan di China. Memang menang pingat pun .. 

"Saya nak tunjuk jalan bagaimana nak hasilkan produk sendiri, cara nak market dan sebagainya. In Sha Allah, ia ebook yang lengkap sebagai panduan untuk jadi owner produk ... " ujar dia lagi.

Maka, saya pun kata ok. Saya akan cuba nak hebahkan mengenai peluang hebat ini, peluang untuk lebih ramai usahawan menjadi jutawan. Peluang untuk hasilkan produk sendiri, jenama sendiri, label sendiri .. 

Anda Nak Jadi Jutawan Hasilkan Produk Sendiri Tak?

Anda berimpian tak untuk jadi jutawan? Walaupun soalan ini macam soalan bodo piang yang anak saya darjah dua pun boleh jawab .. tapi saya perlu tanya, untuk teguhkan misi dan visi sebenar anda.

Peluang ini telah didatangkan kepada saya, untuk anda. Saya menyampaikan, ada panduan tentang bagaimana cara nak jadi jutawan produk sendiri. Anda akan diterangkan dari A sampai Z bagaimana nak wujudkan produk sendiri.

Panduan Bagaimana Nak Jadi Owner Produk

Nak tahu? Sudah ada iltizam? Terus sahaja ke laman web berikut, ada lebih info dan penerangan dari dia sendiri - Panduan Bagaimana Nak Jadi Owner Produk
Cara Jadi Jutawan Produk Sendiri
Panduan tersebut adalah ilmu mahal yang susah anda nak dapat. Kalau nak dapat pun, anda perlu menjadi seorang kawan baik dengan seorang jutawan. Bukan semua jutawan nak cerita betul-betul bagaimana mereka lakukan.

Ini peluang. Mahu dengan tak, pilihan di tangan anda.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kisah jutawan memang best.. Teruja nak baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jutawan kena cari yang benar .. ada yang guna title jutawan, tapi semua benda bukan betul2 dia punya .. bank yang punya . hahaha

      Padam
  2. Menarik ni, boleh dijadikan inspirasi walaupun belum ada produk sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement