Langkau ke kandungan utama

Cara Basuh Uri Bayi Baru Lahir

Ada yang mencari cara nak basuh uri bayi ehh? Yelah, bukan semua orang tahu cara nak basuh uri bayi baru lahir ni, apatah lagi jika pasangan suami isteri pertama kali menerima kehadiran cahayamata.

In Sha Allah, kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai seorang ayah membasuh sendiri uri anak yang baru dilahirkan. Saya harap ia akan dapat dijadikan panduan buat para suami isteri .. terutama sekali buat si suami atau ayah untuk basuh sendiri uri anak yang baru dilahirkan. Ia adalah tanggungjawab kedua seorang ayah seorang Muslim terhadap bayinya selepas mengazankannya.

Cara-Cara Nak Membasuh Uri Bayi Yang Baru Lahir

Cara-Cara Nak Membasuh Uri Bayi Yang Baru Lahir
Saya seorang bapa dengan empat orang cahaya mata. Cahaya mata terbaru saya dan isteri adalah seorang bayi lelaki dilahirkan pada 27 Mac 2017. Bayi lelaki yang beratnya tidak lebih dari 2.5kg ini dilahirkan di Hospital Taiping, dan kalau ikut perkiraan awal .. dijangka lahir pada 4 April 2017. Namun, ketentuan Allah S.W.Y, anak lelaki saya lahir seminggu lebih awal seperti mana anak-anak saya yang lain.

Alhamdulillah, dah lahir .. dah azan, maka tugasan seterusnya untuk seorang ayah ialah membawa balik uri ke rumah dan membasuhnya dengan bersih sebelum ditanam.
[Dah Baca?] Pilih Hospital Bidan Yang Ada Pakar Jika Lahirkan Anak Sulong
Awal dulu, ketika saya pertama kali mendapat cahayamata .. saya memang tak tahu cara nak basuh uri anak. Maka, terpaksalah saya merujuk pada bapa saudara saya yang sememangnya tinggal berdekatan.

Oh rupanya tak susah manapun nak mencuci uri. Paling penting ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan 'misi' ini .. hehehe..

Bahan-Bahan Untuk Basuh dan Bersihkan Uri Anak

Bahan-bahan biasa untuk membasuh uri anak ialah ...
  1. Sepeket asam jawa - apa-apa jenama pun tak mengapa .. hehehe.
  2. Garam kasar, beli sahaja di kedai dengan harga RM1 ... tupun dah banyak dah tu. Jangan pakai garam halus lak, jenuh nanti berpeket-peket.
  3. Asam limau, kalau boleh gunakan limau purut atau limau kasturi. Jangan guna limau mandarin atau buah oren lak.
Bahan Untuk Basuh dan Bersihkan Uri Bayi Baru Lahir
Garam Kasar Untuk Basuh Uri Bayi

Bagaimana Cara Nak Membasuh Uri?

  1. Mulakan kerja membasuh uri dengan bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Basuhlah uri anak di dalam bilik air. Jangan basuh uri di luar rumah sebab ada yang basuh guna paip air luar rumah tu. Elakkan ye, sebab kita tak mahu bau darah dihidu oleh haiwan.
  3. Sediakan besen bertapis untuk letakkan uri.  
  4. Sediakan juga satu besen lain yang diletakkan hirisan asam limau dengan asam jawa (letak sikit-sikit)
  5. Gunakan air paip untuk bilas uri agar dibersihkan dari darah 'segar' yang ada. Syor saya gunakan getah paip air supaya mudah nak lalukan air pada bahagian uri yang ada darah.
  6. Bahagian yang sudah agak bersih, masukkan dalam besen bertapis yang ada asam jawa dan hirisan asam limau tadi.
  7. Basuh dan sental sedikit uri yang ada melekat dengan ketulan darah.
  8. Picit bahagian 'bertali' untuk keluarkan darah beku dari 'keronsang'.
  9. Ketika menyental, taburkan garam kasar dan gosok. Jangan gosok terlalu kuat takut uri pecah yang akan menyukarkan misi pembersihan.
  10. Lakukan proses bilas dan sental beberapa kali dengan garam kasar.
  11. Bila dah bersih, masukkan ke dalam bekas plastik yang bersih. Taburkan sedikit garam kasar, dan lumurkan uri yang dibersihkan itu dengan asam jawa, selain diperah asam limau ke atas uri tersebut.
  12. Selesai ... dan ucapkanlah Alhamdulillah.

Ok. Penting untuk anda ketahui bahawa tujuan membersihkan uri ialah supaya uri hilang kesan darah kerana darah manusia berbau hanyir. Asam limau dan asam jawa digunakan untuk menyahbaukan bau hanyir tersebut. Garam kasar pula adalah agen pembersihan untuk mudahkan ketulan darah dikeluarkan dari celah-celah bahagian uri.


Uri perlu dibersihkan dan dihilangkan bau hanyir sebelum ditanam bagi mengelakkan haiwan dari menghidu dan memakan uri. Uri perlulah ditanam sebaik mungkin di kawasan yang tidak boleh dimasuki haiwan liar. Ada sesetengah dari kita yang menabur wangian pada uri yang ditanam.

Tanam Uri Kat Mana?

Tanamlah uri di kawasan yang tidak ada ancaman haiwan liar yang dikhuatiri akan mengorek dan memakan uri.

Seperti saya, saya tanam uri di kawasan dalam rumah. Tapi untuk anak keempat ini, memandangkan kawasan tanah tak banyak, saya ambil keputusan untuk tanam di kawasan perkuburan. Saya tanam dengan letakkan beberapa batu kasar di atas uri sebelum dikambus, tujuannya untuk halang daripada haiwan yang mengorek seperti anjing dari mencapai uri.

Hmm tak susah pun nak basuh uri anak baru lahir ni ..
[Dah Baca?] Qarin - Kembar Setiap Manusia Sejak Lahir Sehingga Mati
Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan keperluan untuk membasuh uri, tetapi sebagai seorang manusia .. pastinya kita mahu uri yang asalnya adalah sebahagian dari isteri dan bayi diuruskan dengan baik, ye tak? Takkanlah nak dibuat sambil-lewa sahaja.

Yang penting, uri perlu bersih dan tidak berbau hanyir. Capai matlamat ini, maka tanamlah uri di tempat yang sesuai.

Semoga bermanfaat.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Penerangan yang baik dan lengkap.. Baru nak tanya kalau orang tinggal kat flat mana nak tanam uri ni.. Rupanya boleh tanam kat tanah berkuburan.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... terima kasih ... sudikan share artikel ini pada yang lain ye ..

      Padam
  2. perkongsian yg sangat bagus

    BalasPadam
  3. yg no 4 tu kena campur air atau tak payah?

    dan berapa biji limau yg diperlukan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada isi air ... tapi jangan terlalu banyak. Limau ikut saiz limau, kalau besar .. dibelah dua cukup 3-4 biji .. perah airnya. Kalau guna limau kecil .. kena banyak sikitlah .. dalam 7-8 biji. Elok spare 2-3 biji untuk kerja akhir ketika nak tanam uri tu.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…