Fuh. Memang best shopping barang baby di Lazada. Saya dah siap borong barang keperluan bayi yang murah-murah. Alhamdulillah, ada rezeki saya dapat beli beberapa barang walaupun stok agak terhad. Al maklumlah, ramai yang bershopping untuk dapatkan diskaun sehingga 85% sempena Big Baby Fair.

Antara barangan baby yang saya beli online menerusi Lazada ialah lampin pakai buang jenama PetPet dan juga bedung baby. Bedung baby antara benda baru bagi saya sebab ia tak macam bedung baby macam dedulu tu.

Borong Barang Baby Secara Online Menerusi Lazada Big Baby Fair

Borong Barang Baby Secara Online Lazada
Saya sebenarnya masuk kali kedua memborong barang baby secara online di Lazada. Sebelum ni dah beli dah, alhamdulillah, saya memang puas hati.

Semua barang yang saya beli tu, sedang (ketika ini) digunakan untuk newborn baby Hasif 'baru'.

PetPet antara jenama lampin baby pakai buang yang menjadi pilihan saya dan isteri untuk anak-anak kecil kami. Kadang tu, kami akan gunakan lampin pakai buang jenama Diapex, sebab di tempat saya jenama ini agak murah. Kenapa murah? Sebab ia dekat dengan kilang Nibong Tebal Paper Mills (NTPM) yang mengeluarkan jenama ini.

Walaupun murah, jenama Diapex tetap mempunyai kualiti yang bagus. Alhamdulillah, anak saya tidak mengalami sebarang alahan jika memakai lampin pakai buang jenama ini. Pernah pakai lampin pakai buang dari jenama Huggies, tetapi tak berapa nak rasi ... huhu... pakai sekejap je.

Oh ya, jika anak anda gunakan Huggies, boleh dapatkan harga diskaun menerusi kempen Big Baby Fair Lazada Malaysia ni. In Sha Allah, berbaloi dengan nilai yang anda beli. Lagipun, kos penghantaran adalah percuma (masa saya beli).

Lampin newborn jenama PetPet yang saya beli online menerusi Lazada dapat diskaun hampir 40%. Setiap pek ada 62 keping .. dan saya beli harga RM69 untuk 4x62 keping ... uhh murah tu .. betul tak?
Borong Barang Baby Secara Online Lazada
Mana nak dapat harga sebegitu murah. Saya memang puas hatilah. Newborn saya pun selesa je pakai dan tak ada apa-apa kesan kerengsaan atau tidak selesa.

Saya memang beli borong lampin PetPet ini dari Lazada, sebab tahulah .. baby newborn memang banyak pakai lampin. Jika anak sulong saya gunakan lampin kain biasa ..... tapi untuk newborn saya ini, saya ambil keputusan untuk guna lampin pakai buang je.

Jenuh ooo kalau guna lampin kain biasa.... hehehe .. nak kena rajin basuh gitu.

Kalau anda mahu berjimat, nak beli dan borong barang baby secara online, maka elok beli sekarang ni sebab ada promosi Big Baby Fair. Bukan setakat lampin pakai buang, ada banyak produk dan barang baby yang boleh anda beli dengan harga diskaun - macam susu formula, pakaian baby, permainan dan macam-macam lagilah.

Cubalah lihat-lihat dulu ehhh .. terus je ke sini - Lazada Malaysia - Baby Product

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nak beli juga untuk buat stok nanti sebab harga dia kejap RM69 kejap RM74. Kena grab masa RM69 la :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu yaya_flanella .. time harga murah la kena rebut .. ini peluang untuk berjimat

      Padam
  2. Balasan
    1. Itulah.. saya dah tgk kat pasaraya .. harga baby dijual di Lazada memang jauh lebih murah

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement