Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja

Bawa Pelancong Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja
Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas rakan sekerja isteri saya di sini.

Dari Blog Post ke Email ...

Saya awalnya dihubungi oleh emak saudara pengantin lelaki, menerusi email bertanyakan samada saya ada menyediakan khidmat untuk jadi tour guide apabila mereka berada di Parit Buntar. Asalnya, saya offer diri sekadar membantu, tetapi apabila urusan dialihkan kepada si pengantin lelaki ... segalanya menjadi satu servis berbayar buat saya.

Rezeki Allah S.W.T yang memang saya tidak jangka. Dan menjadi peluang untuk saya perkenalkan Parit Buntar lebih dekat kepada mereka.

Keluarga ini datang ke Parit Buntar menaiki ETS dari Kuala Lumpur, dan telah menempah penginapan di salah sebuah hotel yang ada di Parit Buntar. Keluarga agak besar juga, semuanya seramai 9 orang .. yang awalnya saya anggap sebagai pelancong dari Singapura.

Tugas Pertama ..

'Tugas' pertama yang diberikan kepada saya oleh pengantin lelaki adalah membawa keluarga ini makan tengahari di tempat yang menjadi tumpuan. Saya bawa kesemua ahli keluarga dari hotel penginapan ke tempat makan.

Tempat makan tengahari yang saya bawa mereka ialah ke Selera Kampung Mak Su. Kedai makan ini memang menjadi pilihan penduduk tempatan di sini terutama yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan. Malah, rombongan dari JomHeboh TV3 juga pernah singgah makan di Selera Kampung Mak Su.

Alhamdulillah, kesemua ahli keluarga suka dengan tempat makan yang saya bawa. Kehadiran mereka menjadikan suasana tempat makan Selera Kampung Mak Su jadi sedikit meriah. Banyak lauk-pauk masakan kampung orang di sini dicuba mereka.

Dari makan-makan itu, kami jadi mesra. Saya tak kekok untuk berkongsi cerita dan info tentang Parit Buntar. Malah, mereka nampak sangat teruja dan teringin nak tahu apatah lagi bila saya beritahu bahawa Parit Buntar ada dua lokasi Pasar Kemboja !!

Gudang Pasar Kemboja - Buntar Factory Outlet

Gudang Pasar Kemboja - Buntar Factory Outlet
Selesai makan sahaja, saya bawa mereka terus bershopping ke salah satu lokasi Pasar Kemboja. Ia merupakan sebuah gedung yang menempatkan sebilangan besar peniaga yang berniaga setiap Sabtu di Pasar Kemboja Original Parit Buntar. Ia merupakan sebuah gedung yang dinamakan Buntar Factory Outlet.

Dekat sejam juga 'pelancong' dari Singapura ini menghabiskan masa di Buntar Factory Outlet.

Selesai di situ, saya bawa mereka ke gedung beli-belah terbaru yang terdapat di Parit Buntar, iaitu Pasaraya Besar Mydin. Saya bawa atas permintaan mereka sendiri.
[Dah Baca?] Cari Barang Murah di Lembah Kuala Kangsar
Tiba sahaja di Mydin, saya biarkan sahaja mereka habiskan masa di situ. Saya pula, ambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah.

Lebih kurang dua jam, saya pun kembali ke Mydin untuk bawa mereka pulang ke hotel penginapan. Wahh .. banyak juga mereka beli barang. Nampak betul, 'pelancong' dari Singapura ini suka berbelanja di Mydin.

"Encik Hasrul .. bestlah Mydin ni .. banyak barang murah ... suka shopping sini .." kata salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini.

Saya tersenyum dan di dalam hati saya sangat puas kerana mereka suka ... :)

Majlis Pernikahan

Majlis Pernikahan Keluarga Singapura
Hari kedua adalah hari pernikahan. Maka, saya ditugaskan untuk bawa keluarga pengantin ke masjid yang dijadikan venue untuk majlis akad nikah. Jarak perjalanan dari tempat penginapan ke masjid tidak sampai pun 5km. Upacara dibuat selepas Asar.

"Encik Hasrul .. minta tolong boleh tak?" tanya ibu pengantin.
"Kenapa?" tanya saya ketika saya baru sahaja selesai tunaikan sholat Asar di masjid.
..
"Ada barang tertinggal kat hotel ... hantaran untuk pengantin ..." katanya lagi.

Hmm saya apalagi, bergegaslah saya dengan salah seorang anak si ibu pengantin ke hotel penginapan. Nasib baiklah jaraknya tak jauh.

Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar, sesekali meriah dengan tawa apabila Tok Khadi membuat jenaka yang mendalam maksudnya.

"Nikah ni tak susah mana, sesapa ja boleh nikah .. bangla pun banyak nikah sini .. walaupun depa tak faham apa kita cakap, tapi depa nikah ... mudah ja. Asalkan penuhi syarat dan rukun .. nikah mudah." kata Tok Khadi.

Menerusi majlis akad nikah ini, saya belajar dan dapat tahu beberapa perkara tentang pernikahan antara negara ni.

Selesai majlis, saya bawa keluarga kembali ke hotel mereka.

Bawa Shopping ke Pasar Kemboja Sebelum Majlis Sanding

Hari ketiga adalah hari majlis persandingan. Persandingan dibuat pada jam 12:00 tengahari. Persandingan ini unik kerana ia melibatkan dua pasangan pengantin dari keluarga yang sama.
Bawa Shopping ke Pasar Kemboja Sebelum Majlis Sanding
Hari ketiga (sabtu) jugalah hari Pasar Kemboja beroperasi di Jalan Permatang Tok Mahat. Inilah misi sampingan .. yang perlu dan wajib saya penuhi iaitu bawa 'pelancong' dari Singapura ini bershopping pakaian cantik-cantik dengan harga murah di Pasar Kemboja.

Saya bawa mereka seawal jam 7:00 pagi ke Pasar Kemboja Parit Buntar. Waktu ini, Pasar Kemboja tidak ramai orang dan tidak sesak. Waktu ini juga, cuaca tidak panas .. maka, sesuailah untuk bershopping. Lagipun ada baby kecil di kalangan mereka .. jadi, saya perlu peka hal ini.

Jam 10 pagi, saya ambil mereka dari Pasar Kemboja. Waahhh .. banyak juga memborong barang dari Pasar Kemboja.

"Wahh borong nampak .. " kata saya....
"Bukan senang nak datang sini Encik Hasrul ... lagipun murah betullah telekung .. tudung kat sini .. memang best .." jawab si ibu pengantin yang dok jinjing dua plastik hitam kiri dan kanan.
[Panduan] Cara Nak Memulakan Bisnes Tudung Sendiri
Dalam kereta, dalam perjalanan balik ke hotel, semuanya dok bercakap pasal barang yang dibeli dan apa yang mereka nampak di Pasar Kemboja. Saya sesekali menyelit ... memang mereka nampak seronok sangat berbelanja di Pasar Kemboja.

Majlis Persandingan Pasangan Pengantin Dari Singapura

Jam 12 tengahari, saya ke hotel .. nak bawa mereka ke Dewan Merdeka Parit Buntar, iaitu venue majlis persandingan anak mereka. Sebelum tu, saya dan keluarga dah ke majlis lebih awal untuk raikan tuan rumah yang jemput kami hadir. Dan tak sangka pula, keluarga pengantin dah sampai awal .. sempatlah isteri saya berkenalan secara ringkas dengan keluarga pengantin dari Singapura.
Bawa Pelancong Shopping Pasar Kemboja
Majlis Persandingan Pasangan Pengantin Dari Singapura
Majlis Persandingan Pasangan Pengantin Dari Singapura
Semasa majlis, saya ambil kesempatan untuk kenal dan beramah mesra dengan ahli keluarga selain kenalan mereka yang turut hadir ke majlis.

Dan rezeki saya sekali lagi, saya diminta untuk bawa kenalan mereka pulang ke hotel penginapan di Penang. Kali ini, jauh sikit ..

Perpisahan Yang Tidak Dilupakan

Hari akhir, saya ditugaskan untuk bawa keluarga dari Singapura ini ke stesen KTM ETS yang tak sampai pun 500 meter dari hotel penginapan. Memang perlu sebenarnya sebab dah banyak berborong barang ... muatan dah bertambah kata mereka .. hehehe.

Di stesen KTM, kami sempat bergambar bersama, selain ditawarkan untuk bercuti di Singapura dan menginap di kediaman anak mereka. Wahh .. saya sangat teruja dan berterima kasih atas pelawaan. Sempat juga saya berikan sedikit ole-oleh Jeruk Madu Pak Ali kepada keluarga ini. Gembira saya dapat kenal mereka walaupun tempoh perkenalan sangat singkat.
Bawa Pelancong Shopping Pasar Kemboja
Saya dibayar sangat lumayan untuk 'servis' yang saya anggap sebagai satu bentuk pertolongan ini. Isteri saya seperti tidak percaya dengan jumlah bayaran yang saya terima. Memang niat asal saya sekadar nak tolong, tapi tak jangka keluarga dari Singapura ini yang baik hati membayar saya lebih daripada apa yang sepatutnya.

Akhir pertemuan itu, saya diberikan empat sampul ... dan salah satunya mengandungi SGD50. Alhamdulillah, tak tercampur lagi dengan sampul lain yang diterima pada hari pertama, kedua dan ketiga.

Rezeki. Dah baca #formularezeki? Bacalah buku tersebut, mungkin ada jalan rezeki untuk anda nanti. Boleh rujuk laman web ni - http://bit.do/rezekiku


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah .. mak sedara pengantin approach saya menerusi email ... rezeki Allah tak siapa jangka .. ye tak?

      Padam
  2. Rasa nak jalan di Parit Buntar pulak. hehehe.

    BalasPadam
  3. lepas ni mungkin dari negara lain pula ye.hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement