Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari April, 2017

13 Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2

Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2. Best. Saya dah tonton filem ini bersama anak-anak saya di pawagam Lotus Five Star, Kerian Sentral Mall pada 28 April 2017. Banyak perkara yang best untuk sekuel filem ini yang diarahkan oleh James Gunn.

Jika anda fikir nak tonton filem ini di pawagam berdekatan anda, baca dulu review ringkas yang saya sediakan ini. Manalah tahu kot-kot ada beberapa fakta yang tak berkenan di hati, nanti kecewa pula bila dah berbelanja untuk masuk pangung.
13 Fakta Menarik Mengenai Guardians of The Galaxy Vol 2 Ada 8 watak utama iaitu Peter Quill/Star-Lord, Gamora, Drax, Rocket Racoon, Baby Groot, Nebula, Yondu Udanta, Ego dan Mantis.Awal cerita di sebalik aksi Star Lord, Gamora, Drax dan Rocket Racoon melawan seekor raksasa yang makan bateri kuasa, kamera lebih fokus pada aksi comel dan lucu Baby Groot (Van Diesel). Ia memberikan gambaran bahawa keseluruhan filem ini akan ada aksi dan juga kelucuan; menjadikan ia filem yang akan seronok ditonton dar…

31 Sebab Kenapa Perlu Ada Blog Hari Ini

Sebab kenapa anda perlu ada menulis sebuah blog hari ini juga. Aha .. tajuk memang nampak best, in Sha Allah, pengisian juga akan best. Tujuan saya tulis ini adalah untuk beritahu anda bahawa blog di zaman sekarang dah tak macam zaman awal-awal tahun 2000. Dah banyak yang berubah.

Dulu blogging dianggap satu platform seperti diari. Lebih personal, malah ada yang hanya boleh dibaca jika dapat jemputan sahaja (by invitation). Tapi sekarang, dah ramai membuat blog untuk tatapan umum. Tulis tanpa selindung. Kalau berselindung pun, masih boleh dikenali dan diketahui.
31 Sebab Kenapa Perlu Punyai Blog Sendiri Hari Ini .. Kenapakah sekarang ramai yang membuat dan bina blog sendiri? Apa motif mereka? Apa tujuan mereka? Apa matlamat mereka?

Saya sendiri bermula dengan sebuah laman web, kemudian hasilkan blog peribadi .. yang akhirnya saya buat dan bina blog-blog yang ada niche sendiri. Ya, saya dah tulis blog sejak 2007 dari blog yang tak ada pembaca setia sehinggalah mempunyai blog yang boleh…

Bagaimana Nak Menjadi Owner Produk Berjaya?

Bagaimana mahu menjadi seorang owner produk yang berjaya? Saya nak kongsikan kepada anda, pengetahuan dan ilmu bisnes yang baru saya terima. Walaupun saya tiada bisnes hakiki, tapi ilmu itu ada. Memandangkan saya tak dapat nak wujudkan bisnes hakiki saya sendiri, maka elok saya sebarkan ilmu yang saya tahu ini untuk orang lain.

Tak elok pendam ilmu bisnes walhal tak dilakukan. Kalau ada ilmu, rasa tak mampu lagi nak buat, maka sebarkan. Setidak-tidaknya, anda tidak akan persiakan apa yang telah anda belajar. Betul tak?
Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Pemilik Produk Yang Berjaya? Apa maksud berjaya? Ok, dalam definisi sayalah, seorang owner atau pemilik produk yang berjaya ialah mereka yang dapat memperoleh keuntungan dua kali ganda daripada modal untuk buat produk tersebut.

Saya juga akan menyebut seorang owner atau pemilik produk yang berjaya ialah apabila produknya konsisten laris di pasaran dan kekal lama di hati pengguna.

Jadi, bagaimana nak menjadi seorang pemilik produk yang berj…

Menu Untuk Isteri Pantang Bersalin

Menu untuk isteri pantang bersalin. Alhamdulillah, saya dianugerahkan Allah S.W.T untuk menjadi seorang suami yang boleh memasak. Apabila menjadi seorang house husband kerja dari rumah, saya ada waktu untuk asah skill memasak saya.

Isteri saya baru sahaja lahirkan anak keempat. Jadi, disebabkan memang saya ada dirumah sepanjang masa, maka sedikit sebanyak tugas menjaga isteri dalam pantang adalah tugasan utama saya sekarang.
Menu Khas Untuk Isteri Pantang Bersalin Dalam bab menjaga isteri dalam pantang, paling penting ialah soal pemakanan. Isteri baru lepas bersalin, memang banyak pantang larang dalam makan minum. Ini adalah kerana ia adalah langkah terbaik untuk kembalikan keadaan isteri kepada tahap kesihatan yang normal, seperti sebelum mengandung.

Isteri atau seorang wanita sebaik sahaja mengandung, fisiologi akan berubah. Ia adalah perkara normal. Ada banyak perkara yang akan jadi beza, contohnya selera makan akan berubah, penampilan fizikal berubah dan emosi juga berubah.

Bila …

9 Tips Dapatkan & Naikkan Komisen Affiliate Lazada

Salah satu sumber income online seorang blogger adalah menerusi program affiliate. Program affiliate adalah program percuma bisnes secara online yang membolehkan anda mendapatkan komisen bagi setiap jualan yang terhasil untuk satu-satu produk. Produk ini disediakan oleh pihak pengendali program affiliate.

Di Malaysia, ada banyak program affiliate percuma. Salah satu daripadanya ialah program affiliate Lazada. Program affiliate Lazada membolehkan anda untuk mendapatkan komisen menerusi jualan produk-produk yang terdapat di laman web Lazada. Apa yang perlu anda lakukan, adalah hanya mempromosikan produk yang ada di Lazada kepada orang ramai, dan dalam kes seorang blogger .. mempromosikannya di dalam blog.
Bagaimana Nak Dapat & Tingkatkan Komisen Affiliate Lazada? Buat rakan blogger yang masih tidak tahu, Lazada memberikan komisen affiliate bagi setiap jualan produk sehingga 12% daripada harga jualan produk. Ini bergantung dengan pencapaian seorang affiliate dalam menaikkan jualan.

M…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Chicken Chop Murah, Cuma RM4 Sahaja

Chicken Chop. Anak-anak saya memang suka makan Chicken Chop. Setiap kali makan di luar, anak-anak pasti akan memesan menu Chicken Chop (kalau ada). Kalau tidakpun, mereka akan pesan Nasi Goreng Pattaya. Disebabkan dah selalu makan, mereka sudah tahu dan boleh menilai mana satu Chicken Chop yang sedap.

Saya pula tak berapa gemar makan Chicken Chop. Ia bukanlah makanan kesukaan saya. Jika makan di luar atau di kedai, saya suka nak pesan makanan Melayu, misalnya Nasi Goreng Kampung dengan telur mata .. huhu.. nak-nak kalau ada ikan bilis rangup, dan dimasak sedikit pedas.
Chicken Chop Murah, Cuma RM4 Sahaja di Parit Buntar Orait, saya fikir ramai juga yang sukakan masakan western ini kan? Saya tak pasti samada saya dulu suka makanan ni. Uhh .. .. tapi kalau cakap pasal western food, saya lebih sukakan Steak atau Lamb Chop. Aha .. dua makanan yang mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab kena pandai guna garfu dan pisau ... serta perlu mempunyai gigi yang kuat.

Chicken Chop tak susah makan. Ia…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Sultan Cola - Minuman Habbatus Sauda Berkarbonat

Sultan Cola - minuman Habbatus Sauda berkarbonat. Anda pernah rasa? Inilah pertama kali saya tahu mengenai minuman yang mengandungi Habbatus Sauda atau Black Seed yang ditinkan sebagai minuman berkarbonat. Saya dapat peluang merasa minuman ini semasa pergi shopping buah kurma di Saudagar Kurma, Penang.

Saya beli untuk merasa air minuman bergas ini dengan harga promosi 3 tin - RM2. Cukup murah bukan? Saya tak pasti samada minuman dinamakan Sultan Cola ini ada dijual di kedai atau pasaraya biasa.
Sultan Cola - Minuman Habbatus Sauda Berkarbonat dari Austria Anda tentu nak tahu apa rasa Sultan Cola ni ... hmm ... ia seperti minuman berkarbonat yang lain. Di lidah saya tak adalah sebarang kelainan. Ia manis, dan ada rasa sedikit pahit macam air kola bergas biasa.

Rasa pahit itu mungkin berpunca dari ekstrak Habbatus Sauda yang menjadi bahan utama dalam Sultan Cola. Nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun tak .. tapi bolehlah ... hehehe... ala .. macam minuman kola berkarbonat biasa …

Daftar Main Saham Menerusi RHB TradeSmart

Nak main saham Bursa Malaysia? Nampaknya ramai juga yang minat nak ceburi bidang trade saham di Bursa Malaysia. Saya nampak kecenderungan ini apabila saya muat naik status tentang "waktu sesuai untuk buat duit di pasaran saham". Ada beberapa orang yang private message (PM) di FB untuk tahu bagaimana nak mula.

Jadi, saya usahakan untuk tulis mengenainya di blog ini. Tujuannya agar lebih ramai tahu mengenai peluang nak buat duit menerusi sistem saham yang ada. Dan yang bestnya untuk anda ialah, menerusi post ini .. anda akan dapat tahu bagaimana nak mula main saham tanpa modal/modal yang kecil.
Main Saham, Buka Akaun TradeSmart Percuma Adakah anda benar-benar nak mula jana income dengan bermain saham ni? Saya perlu tanya kerana ramai dari kebanyakkan kita ni hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Excited je pada awal, tapi bila dah buka akaun untuk jual-beli saham ... dah tengok kaunter saham .. dah tengok carta turun naik harga saham .. toing-toing .. senyap.

Mahu bermain saham