08 Mac 2017

Win A Trip For 4 To Japan #MHGiveaway

Win A Trip For 4 To Japan #MHGiveaway. Peluang menang percutian percuma ke Jepun untuk 4 orang menerusi #MHGiveaway. Adakah anda bercita-cita dan berangan untuk bercuti ke Jepun tahun ini? Jika anda ada pasang impian ini, maka realisasikan ia menerusi #MHGiveaway yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2017.

Ya, anda boleh menang percutian percuma untuk empat (4) orang ke Jepun selama 5 hari 4 malam, eksklusif daripada Malaysia Airlines (MAS). Pakej percutian percuma menerusi #MHGiveaway ini bernilai RM30,000 dan anda boleh menang menerusi 3 langkah sahaja.

Menang Percutian Percuma Untuk 4 Orang ke Jepun Menerusi #MHGiveaway

Win A Trip For 4 To Japan #MHGiveaway
Ok. Saya pasti ramai yang mahu tahu bagaimana nak menang pakej percutian bernilai RM30,000 daripada MAS ini kan? Uhh siapa tak mo menang .. percutian ditanggung selama 5 hari, 4 malam .. sure puas berjalan di Jepun nanti kalau menang .. ye tak?

Cara Sertai Giveaway MAS

Caranya cukup mudah - terutama kepada mereka yang kaki travel menggunakan penerbangan MAS ini. Apa yang perlu dilakukan adalah seperti tertera di bawah ini.
Menang Percutian Percuma Untuk 4 Orang ke Jepun Menerusi #MHGiveaway
Amacam? Tak susah pun kan? Cuma perlu booking penerbangan domestik (dalam Malaysia) menerusi MAS sebelum 30 April 2017. Kemudian, anda follow Instagram MAS, repost gambar yang ada dalam tu dengan tag #MHGiveaway dan sertakan satu kapsyen menyatakan kenapa patut anda dapat percutian ke Jepun.

Follow Instagram MAS di sini - https://www.instagram.com/malaysiaairlines/

Tiga pemenang akan dipilih menerusi #MHGiveaway ini. Jadi, pastikan anda ikut syarat ditetapkan dan tulis kapsyen paling mengasyikkan agar peluang untuk menang adalah cerah dalam giveaway ini.

Syarat Lengkap #MHGiveaway

  • Eligible Participants are to repost any #MHGiveaway posts on Malaysia Airlines’ Instagram page, @malaysiaairlines.
  • In your caption, form a sentence using #MHGiveaway and tell us why we should bring you to Japan.
  • Eligible Participants’ Instagram profile must be public and they must follow @malaysiaairlines.
  • Participants must have travelled to at least ONE (1) Malaysia Airlines domestic destinations within the period of 25th February 2017, 12.00AM (Malaysian time) – 30th April 2017, 11.59PM (Malaysian time).
  • Entries have to be submitted by 30th April 2017, 11.59PM (Malaysian time).
  • Winners will be shortlisted based on creative merits of their submitted entries.
  • Shortlisted winners will be contacted by 20th May 2017.
  • Shortlisted winners are required to submit a copy of their travel itinerary or boarding pass within the period of 25th February 2017, 12.00AM (Malaysian time) – 30th April 2017, 11.59PM (Malaysian time).
  • THREE (3) winners of the Contest will each receive the following Prize:
  • ONE (1) 5D4N holiday package for four to Japan.

Untuk bantu anda mendapatkan peluang bagi menang giveaway ini, saya sertakan beberapa promosi menarik daripada MAS untuk anda. Buat tempahan penerbangan anda, dan sertai giveaway ini untuk peluang menang percutian ditanggung untuk 4 orang ke Jepun.



Untuk lebih banyak destinasi lain, serta promosi .. boleh juga terus ke link di bawah ini ...




Saya doakan anda berjaya dalam #MHGiveaway ini dan menang percutian percuma untuk 4 orang ke Jepun. Jangan tunggu lama-lama, buat booking penerbangan anda dan repost gambar dalam Instagram MAS untuk peluang menang. Ingat ye .. tarikh tutup penyertaan adalah 30 April 2017.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

5 Komen

syoknya lahai kalau betul2 dapat peluang ke sana...sempat lagi ni nak join

menarik juga, kalau ada nak fly boleh pilih MAS

Kena plan elok2 .. pastu pandai2lah buat kasyen dalam insta tu untuk menang percutian ni ..

Betul.. lagipun MAS tengah ada tawaran menarik untuk terbang dalam Malaysia.


EmoticonEmoticon