Parit Buntar ada banyak kedai dobi. Ada kedai dobi biasa dan ada kedai dobi ekspres. Kebanyakan kedai dobi ada menyediakan servis keringkan pakaian, malah ada yang menyertakan servis melipat pakaian.

Umumnya servis kedai dobi memang melibatkan cucian - samada cucian basah mahupun kering. Ada kedai dobi yang selain menyediakan servis melipat pakaian, ia juga menyediakan servis untuk seterika pakaian.

Servis Dobi Ekspress - Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar

Servis Dobi Ekspress - Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar

Sebenarnya servis-servis tambahan kedai dobi seperti ini bukannya baru. Malah, sejak saya remaja lagi sudah ada servis dobi yang menyediakan perkhidmatan dari mencuci sehingga melipat dan seterika. Namun, tak banyak kedai dobi jenis ekspress atau layan diri yang ada menyediakan servis mengering dan melipat dalam bentuk pakej.

Di Parit Buntar, ada kedai dobi milik bumiputera Islam yang menyediakan pakej servis dobi seperti ini. Ianya terletak berdekatan dengan Hotel K-Garden dan gerai makan Nasi Lemak Kuning. Buat penduduk tempatan, yang tiada masa untuk keringkan baju, dan melipat pakaian, kedai dobi ini adalah antara menjadi pilihan.

Saya sendiri merupakan antara pelanggan tetap kedai dobi ini... haha. Agak-agak malas nak menjemur pakaian, saya akan hantar untuk keringkan baju di kedai dobi yang beroperasi 24 jam ini.
Servis Dobi Ekspress - Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar
Servis Dobi Ekspress - Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar

Setakat ini, saya belum pernah lagi gunakan servis melipat pakaian yang disediakan. Harga servis seperti dipaparkan di atas tu. Murah ke mahal ehh?

Jika zaman remaja saya, apabila saya hantar pakaian ke kedai dobi .. ia dah siap dibasuh bersih, dikeringkan, diseterika dan dilipat. Semuanya sekali bayar sahaja mengikut timbangan baju yang dihantar untuk dicuci.

Asing Servis Untuk Lebih Untung

Tetapi zaman sekarang, kebanyakan kedai dobi terutama jenis ekspress dan juga jenis layan diri, mengasingkan servis ini untuk menjana lebih keuntungan. Servis hanya diberikan andai diminta sahaja. Upah untuk melipat dan seterika juga berbeza-beza mengikut tempat. Malah, tak banyak pun kedai dobi layan diri yang beroperasi 24 jam menyediakan servis seperti ini.

Di tempat anda ada kedai dobi yang sediakan servis dobi, keringkan dan lipat pakaian tak? Boleh kongsikan pengalaman anda tak? Atau mungkin bandingkan harga servis ini di antara tempat saya di Parit Buntar dengan tempat anda?


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Tempat saya memang ada tapi cuma guna bila betul2 sibuk je. Sekarang ni servis dobi tumbuh macam cendawan. Tapi bagus la, mereka bersaing secara untuk bagi servis terbaik.

Antara pengalaman yang paling saya ingat bila guna servis mesin pengering.. Sebab malas nak jemur kan, bila guna tunggu punya la lama.. bila buka mesin tu, baju masih lagi basah..

rugi duit..

Reply

senang la keja lepas ni... huhu

Reply

best juga kalau cuci guna dobi..tak de nak lelah sangat cuci sebagaimana manual..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.