Ramai tanya saya ... apa yang menjadikan blog ini berjaya mendapat ribuan trafik setiap hari, setiap minggu? Hmm .. banyak sumber blog ini menerima trafik tetapi seperti biasa, saya akan pentingkan trafik dari sumber carian Google. Ia penting untuk membolehkan blog mendapat trafik berkualiti. Hanya trafik yang berkualiti sahaja yang akan memanjangkan jangka-hayat sesebuah blog.

Saya sering tekankan kepada para pembaca blog ini terutama yang terdiri daripada blogger, usahawan online dan agen pemasaran internet supaya tekankan sumber trafik blog dan laman web yang diterima menerusi enjin carian seperti Google dan Bing. Ini adalah kerana ia memberikan trafik apa yang pencari maklumat mahukan.

Ribuan Trafik Dari Sumber Enjin Carian

Ribuan Trafik Dari Carian Google

Blog saya ini telah wujud sejak Ogos 2010. Pada awal kewujudan blog, tak banyak trafik diterima menerusi enjin carian. Ketika itu, blog saya banyak terima trafik menerusi segmen yang saya sertai, dan juga review daripada beberapa blog popular antaranya Ben Ashaari, Dapur Tanpa Sempadan, Denaihati dan beberapa blog lagi.

Dan tidak dinafikan juga, trafik blog ketika itu disumbangkan oleh beberapa pengikut dan pembaca tegar blog saya. Uhh jangan ingat blog 'tiada nama' tak boleh berikan impak besar ye, malah saya akui ada di antara blog-blog kecil inilah yang memberikan kelebihan jangka panjang untuk blog saya bertapak, dan seterusnya mendapat trafik tidak diduga dari enjin carian,

Namun, saya sedar bahawa blog ini tidak boleh terus bergantung dengan 'sumbangan' blog lain. Ia perlu berada pada kekuatan sendiri untuk terus mendapat trafik yang konsisten. Paling tidak, mesti mendapat ribuan trafik setiap minggu supaya pengiklan (terutamanya) mendapat manfaat daripada trafik yang dihasilkan.

Belajar Ilmu Search Engine Optimization (SEO)

Maka, saya berusaha sendiri untuk belajar mengenai pendekatan Search Engine Optimization (SEO). Banyak panduan serta rujukan dari ebook dan video yang saya telah baca dan tonton. Modal ilmu ini agak besar, namun sangat berbaloi dengan hasil yang telah saya terima untuk tempoh jangka-masa panjang. Tak rugi saya belanja hingga ratusan dan ribuan ringgit untuk ilmu-ilmu online ini.

Mahukan konsistensi trafik ke blog - anda perlu tahu selok-belok SEO.

Apabila sudah mendalami ilmu trafik ke blog, saya pratikkan supaya apa yang saya inginkan tercapai. Alhamdulillah, blog saya sudah pun cecah 23 juta pageviews (Mac 2017). Nah .. bukti belajar online mengenai SEO tidak sia-sia.

Dengan adanya ilmu ini, blog berjaya menerima ribuan trafik dari enjin carian Google. Lihat sahaja bukti terkini (ketika blog post ini ditulis) ... di bawah:
Blog HasrulHassan Mendapat Ribuan Trafik Dari Carian Google

Statistik di atas adalah trafik seminggu untuk blog ini pada awal Mac 2017.

Blog ini terima trafik ratusan hingga ribuan PV dari Google, Google Malaysia, Google UK, Google Singapore, dan Google Indonesia.

Blog menyebarkan informasi, maklumat, panduan dan ilmu dengan bantuan SEO menerusi enjin carian Google.

Ia menjadi sebab kenapa ramai pengiklan yang sudi beriklan menerusi ruangan review dan advertorial di blog ini. Malah, ada pengiklan yang telah sudi beriklan lebih daripada 2 kali menerusi slot advertorial dan juga slot penyewaan ruang banner. Alhamdulillah, rezeki menulis blog yang sentiasa berikan pulangan lumayan.

Rahsia Besar Blog Takluki Enjin Carian

Hmm nak tahu rahsia besar supaya blog anda mudah berada di enjin carian tak?

Salah satunya, selain daripada mendalami ilmu SEO ... ialah mendalami ilmu backlink. Ciptalah peluang untuk laman web atau blog orang lain untuk berikan backlink berkualiti untuk blog anda. Ada banyak cara yang boleh anda buat, dan in Sha Allah, jika anda selongkar panduan blogger di dalam blog saya ini, anda akan jumpa banyakkkkk tips berkaitan ilmu ini - yang mungkin tidak tercerita secara khusus.

Anda mahu laman web atau blog anda terima ribuan trafik dari enjin carian Google?
  • Belajar SEO
  • Belajar cara nak dapatkan backlink
  • Belajar tulis blog dengan kandungan berkualiti
  • Belajar hasilkan entri berpengaruh
Sila tinggalkan jauh-jauh sifat putus asa anda. Disebabkan sifat tidak putus asalah, blog saya terus hidup sehingga ke hari ini ... alhamdulillah.

In Sha Allah, anda juga boleh .. kalau anda mahu dan bertekad.

p.s: Kepada syarikat, usahawan, pemilik bisnes, marketer yang mahu mendapat peluang beriklan di blog ini, sila email saya di blogger.hasrulhassan (@) gmail.com atau menerusi ruangan Contact Me.

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. unni masih fail dalam ilmu SEO ni..tapi bnyak bljar dri blog HH.. ilmu y bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Unni sebab sudi baca blog saya berkaitan SEO. Saya bukanlah pakar SEO tetapi in Sha Allah, boleh gunakan tips SEO dalam blog ini untuk dapatkan trafik beribu-ribu sehari !!

      Padam
  2. Makin bersemangat pulak baca blog sifu HH. Saya memang kurang ilmu seo. Selalu baca, tapi bila nak dipraktikkan jadi pening2 lalat. Haha

    BalasPadam
  3. Woah hebatnya. traffik ribu raban masih kata tak banyak sangat.. memang otai..

    BalasPadam
  4. ILMU SEO TU YG PENTING BAGI SEORANG BLOGGER YG INGIN LIHAT ARTIKEL TOP DI ENJIN CARIAN

    BalasPadam
  5. Saya byk ambil ilmu dari blog HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mat Drat.. alhamdulillah, saya suka bila ramai yang membaca blog saya dan dapat manfaatnya.

      Padam
  6. Saya byk ambil ilmu dari blog HH

    BalasPadam
  7. Saya kagum dengan Mr HasrulHassan. Sy jadikan anda sebagai idola sy untuk menjadi blogger berjaya seperti Mr Hasrul. Sy suka baca ayat2x yg memberikan impak positif. Terbaik. :D

    BalasPadam
  8. hingga ke hari ini masih belajar mengenai backlink. dan masih lagi belum mahir sepenuhnya. adeh!

    BalasPadam
  9. saya hampir putus asa. berblogging 2008 tapi tenggelam timbul. banyak ketinggalan. dulu income dr nuffnang je. skrg br nk belajar teknik2 blog. thank you sharing abg HH

    BalasPadam
  10. memang selalu follow blog ni.sgt membantu.tq HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sering singgah untuk dapatkan tips blogging dan juga SEO. Moga bermanfaat.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement