Alhamdulillah. Rezeki Allah S.W.T ini datang dari pelbagai sudut. Baru-baru ini saya dapat beberapa ekor ikan segar daripada seseorang yang bertugas di Power Plant TNB Pulau Pinang. Rezeki dapat ikan segar dari Power Plant Penang ini saya buat jadi gulai .. huhu.

Harga ikan sejak dua menjak ini agak mahal. Saya ada tulis di FB mengenai sebab berlakunya kenaikan harga ikan ini, dan antaranya ialah kerana faktor cuaca yang tidak menentu. Menurut pihak KPDNKK dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, harga ikan akan kembali normal bila berakhirnya Monsun pada hujung bulan Mac 2017.

Rezeki Dapat Ikan Segar dari Power Plant, Penang

Rezeki Ikan Segar Dari Power Plant Penang
Isteri saya sedang mengandung, ketika ini sudah masuk minggu-minggu akhir kehamilan kerana dijangka akan melahirkan bayi sekitar awal April 2017. Alhamdulillah, ini mungkin rezeki isteri dan bakal anak yang akan lahir ... dapat merasa ikan fresh sebelum perlu berpantang kelak.

Saya terima ikan segar daripada seseorang yang saya kenal rapat bekerja di Power Plant TNB di Butterworth.

Ikan Apa Saya Dapat?

Ikan yang saya dapat adalah ikan Jenahak, ikan Tetanda (anak Jenahak), Bawal, Senangin serta beberapa ekor udang besar dan juga Udang Lipan atau juga dikenali sebagai Udang Ketak. Isteri saya sangat gembira dapat makan Udang Lipan, sebab sudah agak sukar nak dapatkan udang ini di Pasar Besar Parit Buntar.

Rezeki ikan segar dari Power Plant Penang, ikan dihantar terus ke rumah. Memang syukur dapat ikan segar setelah lebih 9 bulan saya dah tak pergi memancing ... huhu. Bila dapat je, saya terus siang ikan-ikan ini. Hampir 8 kilo juga ikan-ikan dan udang yang saya terima ..

Udang Lipan?

Malam tadi dapat ikan, hari ini saya terus masak. Nak-nak lagi Udang Lipan yang dah lama tak merasa. Walaupun saiznya agak kecil tidak seperti Udang Lipan yang ada di Pulau Aman tapi alhamdulillah, melepas rasa 'mengidam' isteri saya.

Kalau anda nak tahu, di Pulau Aman, Penang .. ada jeti pendaratan Udang Lipan. Saiz-saiz Udang Lipan di situ memang saiz mega sehingga harganya cecah RM70 sekilogram. Kalau saiz biasa yang dijual di pasar, dalam RM10-14 sekilogram je. Saiz kecil boleh dapat dalam RM7-RM10 sekilogram.

Err ada yang tak tahu wujudnya udang ni ke? Leh baca post-post ini ....
  1. Cara Siang Udang Lipan
  2. Udang Lipan Sedap Digoreng
Saya masak gulai Kari untuk ikan Jenahak dan juga ikan Senangin. Sempoi habaq mai .. ikan fresh memang sedap. Manakala, Udang Lipan saya goreng kosong je. Perghh manis isinya .... memang sedap. Isteri saya sangat suka dengan Udang Lipan, sebab ada kenangan dan cerita tersendiri mengenai Udang Lipan di tempat dia membesar - Sungai Besar, Selangor.
Rezeki Ikan Segar Dari Power Plant Penang
Rezeki Ikan Segar Dari Power Plant Penang

Dulu, Udang Lipan ni tak berapa dikenali pun. Kalau di sesetengah tempat, Udang Lipan ni tak dimakan pun. Mungkin sebab isinya yang sedikit dan nak siang Udang Lipan agak susah. Pun begitu, di Parit Buntar terutama ketika bulan Ramadhan, ia dijadikan juadah istimewa salah seorang rakan peniaga saya .. sehingga kedainya dikenali sebagai Man Udang Lipan.

Udang Lipan seperti juga macam udang biasa, boleh dimasak sebagai perencah dalam masakan seperti Mee Goreng, Mee Kuah, Mee Kari .. masakan Nasi Goreng dan macam-macam lagi. Tapi menurut isteri saya; ketika di Sungai Besar, Udang Lipan ini sedap dan segar kalau dimasak sebagai Sup !!

Aha .. sup Udang Lipan .. saya belum pernah cuba masakkan lagi. In Sha Allah, andai ada rezeki saya akan masak dan kongsikan resepi di blog ini seperti selalu tu .. wokeh .. huhu.

Kenapa Dok Cerita Pasal Rezeki Ikan Segar Ni?

Anda tentu tertanya, mengapa saya perlu cerita pasal dapat rezeki ikan segar dari Power Plant ini? Apa yang cuba saya nak sampaikan kepada pembaca blog saya? Adakah sekadar sebuah cerita syok sendiri?

Ehemm .. saya nak beritahu kepada anda mengenai rezeki.

Jika anda ada follow FB saya, sejak awal tahun 2017 .. saya sering kongsikan kepada anda banyak tips dan panduan tentang formula rezeki. Sekarang saya tulis untuk buktikan bahawa Allah S.W.T itu tidak pernah menipu .. ini rezeki atas sebab usaha kita.

Rahsia Murah Rezeki ..

Saya gunakan tips yang dikongsikan oleh Puan Nora, yang merupakan penulis buku 111 Formula Tarik Rezeki. Saya mahu tunjuk pada anda, bahawa anda tak rugi baca buku ini .. sebab isi kandungan buku tersebut akan buka minda anda untuk dapat rezeki berpanjangan dan diberkati, in Sha Allah.

Kadang kita selalu tanya .. "Apa yang orang berikan pada kita" sebelum kita nak mulakan langkah berbuat kebaikan. Buang jauh-jauh minda sebegini, berbuat baik tidak perlu dimulakan dengan orang lain perlu berbuat baik pada kita. :)

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement