Langkau ke kandungan utama

10 Tatacara Beli Rumah Second-Hand (Subsale)

Panduan & Tatacara Membeli Rumah Second-Hand - Ada sesiapa yang bercadang nak beli rumah? Nak beli rumah baru, macam mahal la pulak .... ada kata kalau beli rumah yang second-hand, murah sikit ... tapi tak tahulah sebab harga hartanah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dianggarkan bahawa nilai hartanah yang melambung ini akan menjadikan harga rumah teres di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur naik beratus kali ganda.

Menurut laporan akhbar (2015), harga rumah teres di KL mungkin jadi lebih daripada RM300,000 seunit di tahun 2020 kelak. Tatkala itu, anda perlu mempunyai gaji atau pendapatan sekurang-kurang RM12,000 sebulan untuk membolehkan membuat pinjaman di bank.

10 Langkah Untuk Membeli Rumah Second-Hand

Tatacara Beli Rumah Second-Hand
Berikut saya kongsikan panduan untuk membeli rumah second-hand buat sesiapa yang berminat.

1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga

Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin.

2. Pergi tengok rumah, periksa semua perkara

Tanya banyak soalan. Dan periksa semua bende. Yg penting, tengok kalau ada problem besar yg mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut-takut ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.

3. Minta extra diskaun

Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.

4. Bayar deposit 3%
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.

5. Cari lawyer

Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak kes tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement).

6. Apply loan

Apply la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2 bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2 kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari mbsb atau syarikat insurans.



7. Sign S&P Agreement
Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan.

8. Bayar baki 7%
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.

9. Lawyer buat kerja

Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Kalau bayar awal, dia dah takde insentif untuk selesaikan cepat.

10. Dapat rumah!
Bila semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik TNB dan Indah Water jadi atas nama kita.

Sumber: Blog Aidan


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. agreement tu y paling penting ..dan dpt kn lawyer.. xde pgalaman lagi beli rumah..

    BalasPadam
  2. Tahun ni planning nak beli rumah...bagus info ni tq HH

    BalasPadam
  3. belum berkemampuan nak beli rumah lagi

    BalasPadam
  4. thank you for the info HH...tahun nih banyak je rumah second hand atau subsale. kalau nak beli rumah idaman mmg lambat lagilah jawabnya

    BalasPadam
  5. Beli rumah teres second hand pun susah nak dapat kurang dari RM300.000 sekarang ini. Bukan kerana rumahnya tetapi kerana harga tanah yang mahal terutama di bandaraya macam KL. Sekarang ni pula susah juga nak dapat loan. Untuk pertama kali elok saja beli apartment.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada masalah loan rumah, cuba dapatkan panduan Lulus Loan dari GilaHartanah

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…