Langkau ke kandungan utama

Optimasi Income Adsense Menerusi EboundServices

Hari ini saya nak kongsikan satu peluang untuk anda jana income USD menerusi blog. Caranya ialah dengan mendaftar percuma di EboundServices. EboundServices adalah salah satu platform pengiklanan untuk laman web dan blog, serta aplikasi. Jika anda ada blog, maka bolehlah cuba untuk dapatkan akaun percuma di EboundServices ini dan mula jana income USD.

Saya sudah hampir 3 bulan daftar dengan EboundServices ini. Saya mula letakkan platform iklan ini pada Disember 2016. Hasilnya .. uh dapatlah saya merasa income tambahan dalam USD...hehe

Tingkatkan Income USD Adsense di Blog Menerusi EboundServices

Jana Income Blog Menerusi EboundServices
Kalau anda perasan, di blog saya ada beberapa slot iklan. Anda mungkin nampak ia iklan dari Adsense atau iklan produk affiliate, tapi sebenarnya ia adalah dari platform EboundServices.

Buat anda yang masih baru, EboundServices adalah platform pengiklanan premium Google Adsense. Hanya mereka yang ada akaun penuh Google Adsense sahaja boleh gunakan EboundServices ini.
[Baca] Belum Ada Akaun Adsense Penuh? Ketahui Caranya Di Sini ..
Ia akan bantu blog anda mengoptimumkan income dari Adsense menerusi beberapa kaedah pengiklanan yang mereka ada. Namun, sepertimana Adsense, pihak EboundServices juga agak ketat dan memantau kandungan blog anda setiap masa.

Ok, sedikit info ringkas mengenai EboundServices ini ...

Syarikat pengiklanan ini bolehlah dianggap eksklusif sebab bukan semua blog yang akan diterima, pun begitu .. sebagai seorang rakan blogger anda yang bersifat positif, saya tak mahu lumpuhkan semangat anda ..

Syarikat ini adalah merupakan rakan rangkaian pengiklanan premium dengan Google. Terdapat dua kategori iklan premium yang ada dalam EboundServices ini, iaitu iklan banner dan iklan video. Semua iklan ini dipaparkan di blog anda menerusi Google Ad Exchange.

Syarikat ini mempunyai Pakar Google yang akan bantu blog dan laman web anda untuk jana income USD lebih baik. Malah, mereka menjanjikan income USD 30%-40% lebih baik daripada income sedia ada dengan Google Adsense.

Kelebihan EboundServices Untuk Optimakan Adsense

Berikut adalah kelebihan yang diberikan ...
  • CPMs lebih baik dengan 100% fill rate untuk semua geografi atau lokasi.
  • Ada pengurus akaun yang akan bantu anda.
  • Diberikan tips dan beberapa teknik untuk optimasi perletakan iklan tanpa langgar terma syarat Adsense.
  • Ada sistem yang 'flag' blog atau entri anda jika langgar polisi Adsense. Jadi, anda akan diberitahu lebih awal sebelum Adsense ambil tindakan lebih buruk.
  • Anda boleh letak tambahan dua iklan AdX yang boleh diletakkan bersama Adsense dalam laman yang sama. Ini bermakna, anda boleh letakkan lebih daripada 5-6 iklan Adsense dalam paparan blog anda.
  • Iklan video berbentuk Trueview boleh berikan anda CPMs hingga USD8 pada satu-satu masa.
  • Seperti mana platform pengiklanan seperti Innity dan lain-lain, anda juga boleh letakkan banner sendiri dalam platform EboundServices untuk alternatif jana income blog. Ia akan paparkan iklan anda bila tiada unit iklan yang boleh dioptimakan menerusi AdX (iAd).  
  • Anda boleh letakkan iklan 'sticky' dalam blog !!

Pembayaran pula dilakukan menerusi dua cara .. iaitu Paypal dan pindahan wang. Ia dilakukan setiap kitaran 30 hari menurut kitaran Google Adsense.

Jika anda follow FB saya .. tentu nampak bayaran tersebut saya perlihatkan di wall FB ... saya buat pindahan ke akaun PayPal .. :)

Ok. Jika anda berminat untuk jana income USD dan optimasikan income Adsense anda, boleh hantar email ke <blue@eboundservices.com> dan beritahu anda mahu daftar percuma sebagai publisher dengan EboundServices. Sebut juga nama blog saya - hasrulhassan.com supaya mereka tahu daripada mana anda ketahui mengenai peluang ini.

Atau anda boleh cuba untuk daftar menerusi pautan di bawah ini ...

http://publisher.eboundservices.com/signup.php

Skarang .. saya nak anda tngok antara contoh iklan dari EboundServices ini ..

Lihat paparan di bawah ini ye .. satu banner iklan, dan satu lagi iklan menerusi video.



Cuma ada beberapa kekurangan ...

Blog anda mungkin akan jadi berat, dan masa loading blog anda bertambah. Keduanya, iklan mungkin akan hadapi masalah untuk keluar jika pengunjung blog gunakan Ad-Blocker. :)

Apapun, boleh cuba apply dan minta nasihat daripada mereka.

Selamat mencuba.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ilmu baru lagi. Baru tau pasal ni. Terima kasih! :)

    BalasPadam
  2. banyak info ni kena belajar lagi nampakya

    BalasPadam
  3. Nice sharing.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    BalasPadam
  4. Terima kasih.. memang lumayan kalau buat duit dengan USD kan..

    Lepas ni boleh la saya letak lebih banyak adsense kat blog saya ")

    BalasPadam
  5. adeh.. google adsense baru je kena banned. ish..sedih!

    BalasPadam
  6. oho..baru tahu ada benda ni semua...dasat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …