Skip to main content

Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Tahukah anda gaji bulanan bagi seorang tukang cuci berdaftar di Singapura ialah MYR 3,164? Ya, memang betul, malah gaji bulanan seorang tukang cuci akan ditambah setiap tahun di Singapura iaitu kenaikan sebanyak SGD 60 hingga SGD 80!

Memang untung jika dapat bekerja di Singapura. Disamping gaji yang agak lumayan, seorang pekerja tukang cuci juga akan dapat benefit yang lain, selain pengecualian cukai. Gaji permulaan sebagai tukang cuci di Singapura adalah sebanyak SGD 1000 atau bersamaan dengan MYR 3,164 (*1SGR = MYR3.16).

Gaji Lumayan Sebagai Tukang Cuci di Singapura

Gaji Lumayan MYR 3164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore
Gaji minima permulaan sebanyak USD1000 untuk seorang tukang cuci di Singapura telah diwartakan mulai September 2014. Pun begitu, hanya tukang cuci yang didaftarkan di syarikat pencucian sahaja yang akan dapat menerima gaji minima permulaan ini, dan mendapat segala benefit disediakan kerajaan Singapura.

Bagi seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci di Singapura, tangga gaji permulaan tersebut memang sangat lumayan. Mana tidaknya, anda mendapat gaji 3 kali ganda lebih tinggi jika anda bekerja di Malaysia.
[Artikel Berkaitan] 5 Sebab Rakyat Malaysia Ambil Peluang Bekerja di Singapura
Waktu bekerja pula adalah seperti waktu pejabat. Tukang cuci di Singapura bukan seperti orang gaji di Malaysia yang kebanyakkan perlu bekerja dari pagi sampai ke malam.

Ada juga syarikat pencucian di Singapura yang memberikan gaji permulaan sebanyak SGD 1,200 sebulan, menurut Channel News Asia. Malah, seorang tukang cuci juga akan diberikan bonus gaji jika kekal bekerja dengan sesebuah syarikat minima selama 12 bulan. Fuhh ... memang menarik kan ..

Disebabkan oleh gaji lumayan untuk kerja yang tidak memerlukan kemahiran tinggi dan kelulusan universiti ini, banyak juga scammers yang muncul untuk memperdaya rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Singapura.

Jadi, ramailah yang kononnya dijanjikan kerja di Singapura ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan ini. Silapnya ialah memohon kerja menerusi saluran yang tidak betul dan tidak sah. Ramai rakyat Malaysia yang mahu cari peluang bekerja di Singapura ditipu oleh agensi pekerjaan yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa Singapura. Malah, ada yang rugi beribu ringgit untuk permit kerja, passport dan sebagainya ...

 
Awas, jangan mudah diperdaya. Jika anda mahu mencari kerja di Singapura; dapatkan info yang betul, kaedah yang sah untuk bekerja di sana.

Uhh siapa yang tak nak kerja dengan gaji sehingga MYR 3,000 hanya sebagai tukang cuci ...silap-silap kalau rajin dan ambil kerja lebih masa atau untuk event khas .. boleh dapat gaji sehingga MYR 5,000 sebulan !!

Bercita-cita nak kerja di Singapura tanpa memerlukan kelulusan tinggi? Mahu kerja dengan gaji lumayan di Singapura?

Cuba anda dapatkan panduan khas ini untuk bantu anda mendapat kerja di Singapura secara sah dan dengan cara yang betul .. klik pautan ini untuk info seterusnya --> Panduan Dapat Kerja Singapura.

*Kadar tukaran betul ketika post ini ditulis.

Kredit: Today Singapore

Comments

  1. terus trasa macam nk merantau pulak mcmni

    ReplyDelete
  2. rasa nk merantau ja di singapore umuo pun masih remaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa apa lagi .. kumpullah duit .. hehehe

      Delete
  3. betul tu sesiapa yang sedang cari kerja tu jom mohon disini

    ReplyDelete
  4. gaji mmg besar kat sana... nak masuk keluar sana pun dah sekian

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.