Langkau ke kandungan utama

BR1M Tak Lulus, Apa Perlu Anda Buat?

Ramai yang mengeluh apabila permohonan BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia tak lulus. Tak elok mengeluh, sebab dengan mengeluh.. ia takkan selesaikan apa-apa. Saya dah banyak kali mengeluh, habuk pun tak dak. Siap naikkan status di FB nak kecam kenapa BR1M saya tak dapat .. tapi .. apa hasil? Kesal habiskan masa di FB untuk luahkan sesuatu yang tak beri apa-apa manfaat pun pada saya.

Tapi, itulah .. alhamdulillah, ada orang baling batu pada saya, dan ingatkan saya. BR1M tak lulus bukan perkara yang nak keluh-keluh. Saya redha je. Mungkin apa yang berlaku adalah bukan rezeki saya. Soalnya sekarang, apa perlu buat selepas ketahui BR1M tak lulus?

BR1M Tak Lulus, Apa Perlu Dilakukan?

BR1M Tak Lulus, Apa Perlu Anda Buat?

Ok. Dah sah BR1M tak lulus atas syarat-syarat yang ditetapkan, maka tak perlulah lagi untuk memohon, dan untuk merayu. Sebab apa? Sebab anda akan buang masa sepertimana saya .. takkan dapat kalau dah sah dinyatakan sebab kenapa tidak lulus. Lainlah, kalau anda ada tersilap isi borang atau terlupa untuk update mengenai status kewangan anda.

Ya, memang ada kes di mana tahun sebelum ni gaji lebih tapi dapat. Lepas tu, ingat tak perlu nak update .. sekali kena berhentikan kerja .. ahh sudah .... BR1M yang diharapkan yang selalunya dapat, kali ini tak dapat pula. Nak kata apa, terlalu konfiden sebelum ini BR1M akan dapat, tak kemaskini dan borang cukai pun tak declare .. huhu.
[Baca Juga] Kenapa BR1M Belum Masuk ke Akaun Penerima?
Tak payah lagi fikir soal BR1M. Sebab target BR1M tersebut adalah untuk orang yang betul-betul tak mampu. Jika anda masih boleh baca blog saya ini menerusi telefon pintar anda, anda menerusi komputer peribadi anda .. maka, fikirkan balik .. layakkah anda untuk terima BR1M berbanding dengan orang lain yang tiada telefon pintar dan tiada komputer sendiri?

Anda harus ingat, datangnya rezeki itu daripada SIAPA?

BR1M Dari Duit Cukai .. Saya Berhak !!

Saya nak berikan jalan untuk anda tidak terlalu bergantung dengan duit BR1M.

Saya tahu, ramai antara anda yang mahu duit BR1M kerana anda merasakan itulah yang duit cukai GST yang telah anda bayar, dan anda perlu terima pulangannya sebagai rakyat. Usah penatkan kepala otak anda.

Sekarang, saya tanya anda balik .. anda ada bayar Zakat tak?

Zakat kalau anda bayar, in Sha Allah anda akan dapat lebih .. tak percaya? Cubalah buat .. kena ingat ya, Zakat bukan undang-undang manusia.. ia undang-undang dari Allah S.W.T. Jika anda tahu mengenai Formula Rezeki, in Sha Allah .. anda akan senang dan tanpa keberatan untuk bayar zakat (harta, emas, saham dsb).

Cari Alternatif Untuk Elak Kebergantungan Dengan BR1M

BR1M Tak Lulus, Apa Perlu Anda Buat?

BR1M tak lulus .. anda perlu cari alternatif. Anda tidak boleh bergantung dengan duit BR1M semata-mata untuk tampung perbelanjaan kehidupan. Ada 1001 cara untuk anda jana income lain, tambah duit dan tampung perbelanjaan.

BR1M adalah tanggungjawab kerajaan. Biarlah kerajaan yang uruskan. Kita dah berikan amanah untuk mereka untuk jaga rakyat. Jika mereka gagal dalam amanah, mengapa anda yang perlu menangis dan risau? Dan mereka ada berderetan penasihat yang boleh berikan nasihat dan teguran. Kita rasa mereka gagal, kita pangkah je orang lain dalam Pilihanraya. :)

Apa Perlu Dilakukan Setelah BR1M Tidak Lulus?

Berbalik pada apa perlu buat jika BR1M tak lulus. Saya ada sebut, ada banyak cara untuk gantikan duit BR1M tersebut.

Saya berikan beberapa je ye ..

Program affiliate - Satu program yang dah lama wujud di internet. Ianya satu program percuma untuk anda mulakan bisnes sendiri tanpa modal secara online. Ada banyak program affiliate yang boleh anda babitkan diri, antaranya affiliate KlikJer; affiliate Onpay, affiliate Kerjaya, affiliate Hartanah, affiliate Lazada, Zalora, MAS, Air Asia, Bonia, Trivago, Agoda, dan macam-macam lagi, termasuklah dari luar negara seperti Amazon, syarikat penerbangan, syarikat perhotelan dan banyakkkkk lagi.
Bisnes Tanpa Modal Dengan Affiliate

Saya dah banyak kali cerita tentang betapa bestnya buat duit sampingan dengan program affiliate ini. Malah, saya dah sediakan panduan pun untuk anda ikuti secara langkah demi langkah. Bukan setakat beritahu, malah saya ajar secara am bagaimana boleh dapat duit setiap bulan dengan program-program affiliate ini. Siapa ikut, in Sha Allah .. akan dapat hasil.
[Baca] Bagaimana Buat Duit Dengan Affilitae Percuma?
Anda boleh cari segala tips dan panduan dalam blog saya ini berkaitan affiliate, pun begitu .. untuk yang baru (newbie) yang tak tahu pasal affiliate, elok dapatkan dulu Panduan Affiliate Sempoi (klik untuk info lebih)  yang sekarang sedang dijual dengan harga RM10 sahaja. Panduan ini akan bantu secara asas, dan in Sha Allah .. boleh gantikan duit BR1M yang kononnya anda dapat itu dalam jangkamasa panjang (malah lebih).

Program dropship - Juga satu program untuk anda buat bisnes sendiri tanpa modal besar. Anda tidak perlu ada kedai, tak perlu simpan stok, tak perlu pun uruskan pembelian. Sekarang dah ada sistem di mana anda boleh berniaga produk dropship sehingga ke luar negara. Malah, sistem yang saya sebutkan ini boleh anda cuba secara PERCUMA selama 14 hari iatu Shopify!
Bisnes Online Produk Dropship

Mahu buat bisnes dropship sampai ke luar negara tak? Aha .. bukan lagi dapat untung dalam MYR .. tetapi dalam USD ... nak tahu lebih lanjut, saya galakkan anda baca kisah inspirasi ini - Kisah Wanita Ini Berjaya Buat Jualan RM30K Sebulan Menerusi Shopievo.

Berniaga di Facebook - Semua orang yang punyai smartphone, akan ada aplikasi Facebook ini. Daripada anda buang masa bergosip dan tulis status yang tak berikan apa-apa manfaat pada anda, mengapa tidak anda berniaga sahaja di FB ni. Apatah lagi jika anda seorang surirumah atau yang masih lagi belum ada kerja tetap.

Surirumah, lupakan sahaja nak cerita gossip di FB. Dari anda jadi follower ntah sapa-sapa, baik anda bina bisnes online di FB dan biarkan orang pula ikut anda. Takkan nak cari laki baru kot kat FB? Uhh .. kan elok bantu suami cari pendapatan tambahan dengan berniaga di Facebook.

Berniaga di Facebook tak susah sebenarnya. Malah, anda boleh gunakan Facebook ini untuk jual produk affiliate dan juga promosikan produk dropship. Kalau rasa tak berminat, wujudkan sahaja bisnes sendiri anda menerusi minat dan kepakaran yang ada.

Come on, peluang buat duit online ada banyakkkkk kot ...  dengan FB anda boleh capai ramai bakal pelanggan anda. In Sha Allah, dengan strategi yang betul, kaedah promosi yang berkesan dan teknik yang dah proven .. anda boleh jual apa sahaja menerusi FB.

Video Percuma Untuk Bantu Anda Berniaga Secara Online

Tak tahu cara? Nah .. saya berikan anda akses ke 11 Video Percuma Berkaitan Berniaga Online di FB (klik). Anda perlu isi nama dan email anda sahaja .. dan dapatkan tunjuk-ajar dari salah seorang sifu online saya iaitu Tuan Jamal yang lebih dikenali sebagai SifuFBAds. Tonton je 11 video percuma yang diberikan .. dan anda akan terbuka minda bagaimana nak berniaga di Facebook dengan jayanya.

Berniaga adalah satu sunnah. Kenapa ia menjadi satu sunnah? Sebab ia akan berikan apa yang anda nak iaitu rezeki, in Sha Allah .. janji Allah itu pasti. Anda berniaga dengan cara yang betul, anda akan terima pulangannya. Anda percayakan .. yang 9 daripada 10 punca rezeki adalah menerusi berniaga?

Saya dah tulis panjang dan berikan anda jalan untuk "Apa perlu buat jika BR1M tak lulus.."

Jangan marah-marah sangat sebab marah itu syaitan suka. Bila syaitan sukakan anda, dan bukannya malaikat .. bukannya Allah .. agak-agak, rezeki senang nak datang tak? Fikir ye .. rasa ragu, saya syorkan pergi ambil wudhuk.

Nak tahu lubuk rezeki berterusan dan diberkati tak? Anda baca buku ini - Formula Rezeki.

Semoga apa yang saya tulis dan kongsikan ini sedikit sebanyak boleh bantu anda. Anggaplah ia satu ilmu dan sebarkan jika perlu. Ramai yang ingin dibantu, tetapi bantuan yang diberikan itu salah .. yang akhirnya tak berikan apa-apa perubahan pun.

Dalam post ini, saya ada tunjukkan jalan untuk anda. Bukan untuk anda jadi kaya raya pun .. tapi sekadar untuk anda tahu, bahawa BR1M bukanlah segalanya. Mahu bantuan, bantu diri anda anda dulu untuk berhijrah. :)


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. suami awa baru check semalam, sama lah tak lulus. Walau anak kami 5 orang dan 4 darinya bersekolah kami tetap tak dapat BRIM walau tahun-tahun ni sentiasa dapat. Alasan yang di beri sebab nama suami ada daftar niaga (SSM). Allahu pening kepala ni macamana nak cari duit lebih untuk tahun ni. Tapi untuk meratap rayu minta maaf sangat2 memang tak akan sebab kami bukannya pengemis.

    BalasPadam
  2. part pangkah lain tu win. yeah! hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…