Telefon pintar Vivo Y55. Menarik juga telefon pintar daripada Vivo ini. Anak sulong saya, Amri adalah antara pemilik telefon Vivo Y55. Amri beli hasil duit terkumpulnya kerana berjaya dapat 6A UPSR tahun 2016.

Hmm bila Amri dah beli Vivo Y55 ni, dapatlah saya tulis seberapa sedikit mengenai telefon ini yang dijual pada harga RM 799.00. Kali ini, saya tak minta Amri untuk beli menerusi Lazada - yang kebiasaannya. Tapi, saya berikan peluang untuk Amri pilih, pegang, dan rasa dulu supaya puas hati dengan 'pelaburannya'.

Amri Kumpul Duit Beli Vivo Y55

Amri Kumpul Duit Beli Vivo Y55
Terdetik juga di fikiran saya ... uhh banyak juga Amri dapat duit sumbangan dan hadiah sebab berjaya dapat cemerlang 6A UPSR. Uhh zaman saya dulu, walaupun saya satu-satunya pelajar di sekolah dapat keputusan 5A UPSR, hadiah yang saya terima cumalah kotak fail berwarna hijau .. huhu ... huhu...

Beza betul ya dulu dan sekarang.

Kalau ikutkan Amri nak beli sebuah telefon pintar dari jenama Oppo... sebab Amri pernah sebut sebelum ini. Tapi ntah, kali ini selepas dah belek-belek ... terbekenan pulak dengan telefon pintar jenama Vivo. Saya sendiri pun macam suka je dengan Vivo ni. Harga ada berbeza sedikit walaupun specs sama.

Keputusan Nak Beli Vivo Y55

Bajet asalnya adalah RM 600. Dan Amri dah bercadang nak dapatkan telefon pintar dengan harga di bawah RM 600. Lokasi beli-belah adalah di Kerian Sentral Mall ... banyak juga pilihan yang ada .. sampai rambang mata juga nak memilih telefon yang mana terbaik dengan nilai.

Akhirnya, saya pilih Vivo .. sebab nampak dari jauh seolah 'Dato Siti Nurhaliza' sedang melambai-lambai .. haha. Amri cuma mengikut sahaja ..

Apabila sudah berada di depan seller, saya minta Amri untuk buat pilihan. Saya ingatkan dia tentang bajet awal yang sudah ditetapkan.
Vivo y55

Saya sedar, Amri mahu sebuah telefon yang mempunyai kemasan yang cantik, skrin yang besar, dan OS yang boleh menampung minatnya yang suka melayari YouTube dan bermain game online. Maka, ciri-ciri telefon pintar yang dicari mestilah:
  1. Punyai pemproses yang mantap.
  2. Ada OS yang menyokong banyak aplikasi online dan offline.
  3. Skrin besar - tetapi tidak terlalu besar sehingga saiz telefon sukar dipegang oleh tangannya.
  4. Mesti ada cirian yang best, yang boleh mengagumkan dirinya sebagai pengguna.
Dan Vivo Y55 melengkapi semua cirian yang ada. Tapi .. bajet cuma RM 600 ... acaner?

Hmm saya lihat wajah Amri, dan saya tanya ..

"Nak yang ni ke?". Amri tak kata apa-apa, diam tapi riak wajah saya tahu Amri nakkan Vivo Y55 selepas diberikan demo tunjuk kelebihan telefon ini oleh seller.

Saya pun cakap .. "Takpe, abah tambah selebihnya tu ... ". Terus Amri tersenyum ... :)

Alhamdulillah, ada duit lebih dari income online dan kerja dari rumah JDR .... maka saya sedekah wang tak cukup untuk Amri miliki Vivo Y55. Lagipun, saya masih tak berikan apa-apa pun pada Amri setelah berjaya dapat 6A UPSR. Ini hadiah untuk Amri ..

Spesifikasi Vivo Y55

Harga dan Specs Vivo Y55

Apa yang ada pada Vivo Y55 sehingga Amri suka sangat?
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 430 Octa-Core
  • Memori 16GB ROM dengan 2GB RAM
  • Bateri 2650mAh 
  • Guna Funtouch OS 2.6 yang dibina berdasarkan Android 6.0.
  • Skrin 5.2" dengan paparan HD 1280x720 sesuai dengan kegemaran Amri menonton video berkaitan teknologi.
  • Ringan dengan keberatan 142g
  • 4G LTE untuk capaian data internet berkelajuan tinggi
  • Kamera belakang dan depan yang baik.
  • Tiada masalah untuk merekodkan video HD seperti yang Amri suka buat.
  • Support OTG, Wifi, Bluetooth, USB 2.0.

Untuk spesifikasi lebih padu, anda boleh terus lihat di laman web Vivo Malaysia.

Harga Vivo memang fix kat mana-mana, walaupun dijual secara online. Jadi, saya tak adalah ralit bila beli Vivo Y55 ini di kedai biasa. Hmm siap dapat beberapa barangan percuma termasuklah selfie-stick.

Amri dah gunakan telefon Vivo Y55 ini lebih daripada sebulan dah. Alhamdulillah, dia puas hati .. jauh lebih baik dengan telefon lamanya jenama Lenovo yang saya berikan setelah dapat percuma ... :)

Lazada Malaysia

Jika anda nak beli sebuah telefon harga bajet tetapi ada ciri-ciri premium, maka saya syorkan Vivo Y55 ini. In Sha Allah, puas hati .... sebab dia ada beberapa kelebihan yang tak dapat saya nak ceritakan secara detail ..

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Wah bestlah Amri dapat beli smartphone kesukaan.
    Mrs. A plan nak beli Vivo V5 masih dalam wishlist Lazada lagiks! :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha .. kumpul duit macam Amri lah kalau macam tu. :)

      Padam
  3. Vivo ni memang best. Dia punya spec mantap dengan harga berpatutan. Rugi beli smartphone mahal2 tapi spec lebih kurang sama je dengan harga yang rendah.

    Adik saya nak beli ni tapi bapa saya tak bagi sebab dia prefer yang dah berjenama macam samsung dan apple.

    Ada apa dengan jenama kan? kalau boleh jimat lebih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Specs telefon macam vivo dan oppo pun dah semakin best skrang ni. Malah ada yang lebih baik pun daripada jenama2 terkenal macam Samsung tu ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement