Skip to main content

Abah Marah Maira - Nota Seorang Anak Luah Rasa

Tersentuh hati saya sebagai seorang bapa. Anak saya Maira luahkan rasa menerusi sehelai nota yang saya jumpa. Kata Maira dalam nota tersebut ... "Hari ini dia telah marah .. tapi Nala sayangnya .."

Bukan mudah mendidik seorang anak perempuan. Saya pernah luahkan rasa betapa sukarnya seorang bapa untuk mendidik seorang anak perempuan. Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak perempuan sangat besar dan berat; jika nak dibandingkan dengan mendidik anak lelaki.

Saya Perlu Marah Maira - Itu Cabaran Didik Anak

Abah Marah Maira
Maira telah tulis sepucuk nota .. dan agak panjang juga ditulis. Dalam nota tersebut .. diluahkan rasa dirinya yang telah dimarahi oleh saya atas satu kesalahan.

Saya dah tak ingat salah apa, tapi sebagai bapa ... saya bukannya jenis yang suka nak marah anak tanpa sebab. Ada had batasan kalau nak marah anak ini. Dan saya sering ingatkan diri sendiri supaya mencari sebab dan salah jika betul-betul nak marah anak-anak saya.

Ibu Bapa Perlu Tegas Bentukkan Peribadi Anak

Ibu bapa mana yang tidak mahukan anak yang mempunyai sifat terpuji. Anugerah Allah S.W.T sepatutnya dijaga, dididik, dibentuk, didisiplinkan supaya menjadi seorang manusia yang tahu mengenai baik dan buruk dalam kehidupan. Apatah lagi tentang agama.
[Baca] Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah ..
Memang tersentuh hati lelaki macho macam saya bila baca tiga ayat yang ditulis. Apatah lagi ditulis oleh seorang anak yang baru berusia 7 tahun. Terasa juga sedikit kesal kerana marahkan Maira ..
Nota Maira Buat Abah Hasrul Hassan

Maira tulis ...
"Abah itu seorang yang baik hati. Walau dia marah tapi dia seorang penyanyang. Hari ini dia telah marah, tapi Nala sayangnya."

Anda pernah dapat nota seperti ini daripada anak anda tak? Ditulis tanpa anda sedari ..

Anak-anak perlu dididik dengan sebaik mungkin. Marah adalah salah satu teknik mendisiplinkan anak. Pun begitu, tidak boleh dilakukan secara membuta-tuli. Nak marah anak, mesti ada sifat give-take. Jika anak minta maaf, anda harus memaafkan dan anda juga perlu meminta maaf jika merasakan apa yang anda telah buat itu agak keterlaluan.

Saya ada merotan anak. Saya rotan jika mereka lewatkan diri untuk sholat. Saya rotan jika mereka biadap dengan orang tua. Saya rotan jika mereka bersifat angkuh. Saya merotan mereka seperti apa yang disarankan dalam agama .. tak buat sesuka hati.

Satu tips saya nak beri ... Andai kata anda terasa sangat-sangat marah pada anak anda .. maka ambillah wudhuk .. kalau boleh buatlah sholat sunat dua rakaat. Cubalah .. sebab dalam keadaan anda marah ini .. ada iblis dan syaitan yang akan hasut.

Apa Saya Buat Lepas Jumpa Nota Maira?

Bila saya jumpa nota ini, terus saya tunjukkan pada Maira .. Saya minta maaf pada Maira sebab marah. Saya peluk Maira dan tunjukkan sifat penyanyang seorang bapa padanya.

Tersenyum simpul dia apabila saya beritahu .. "Abah dah baca surat Nala" ...


Maira minta maaf atas salah yang dia telah lakukan. Dan saya ucap syukur dalam hati kerana saya ada seorang anak perempuan yang sebegini. Alhamdulillah .. terima kasih Allah.

Rakan pembaca budiman, doakan semoga Maira menjadi anak perempuan yang terbaik dunia dan akhirat ya, in Sha Allah bersama abang-abangnya yang lain ...

Comments

  1. Pernah...sampai menangis2 mamanya ni baca..bila dia dh tido ..terus peluk je..dh la jumpa 2 minggu sekali...

    ReplyDelete
  2. Luahan anak anak nih, walaupun nampak kecik bagi kita, tetap besar pada mereka. Tugas kita sebagai ibu bapa, lepas marah, mesti kena pujuk semula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.