Langkau ke kandungan utama

5 Halangan Menjadi Blogger Dikenali

Bagaimana mahu menjadi seorang blogger yang dikenali ramai? - Pertama sekali kena diajukan soalan pada diri sendiri, adakah anda mahu menjadi blogger sedemikian? Dikenali ramai sampai jalan di dalam kedai 1Malaysia, ada yang menegur anda sebagai seorang seorang blogger? Jika itu yang anda mahukan, maka perlu lihat beberapa kriteria penting yang akan saya ceritakan dalam blog post ini.

Jujur saya katakan kepada anda, tiada siapa pun yang kenal saya sebagai seorang blogger di tempat saya ini. Tak siapa kecuali isteri dan rakan kenalan yang rapat. Saya bukan blogger yang dikenali Malaysia, apatah lagi popular. Saya cuma dikenali hanya dalam dunia blog Malaysia sahaja ...

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?

Mengapa saya tidak dikenali ramai? Apakah faktor yang menyebabkan blogger seperti saya ini kurang dikenali ... tak seperti blogger lain yang adanya lebih muda usia, dan kurang tahunnya berbanding jangkamasa saya yang telah mula menulis blog sejak 2007?

Mari baca apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini - sebelum tahun 2014.

5 Halangan Menjadi Blogger Dikenali

Malu. Saya seorang yang pemalu. Pertama kali saya hasilkan blog, wajah saya tak ada pun dalam blog. Yang saya gunakan ketika itu hanyalah gambar sebuah 'bangku kosong'. Bila malu, dan suka menyorok-nyorok ni, maka sukarlah orang nak kenal, ye tak?

Cuba anda tengok blog popular RedMummy dan Ben Ashaari .... awal-awal dah ada gambar diri pada header blog .. 

Pendiam. Saya juga seorang yang pendiam. Jarang nak beritahu orang sekeliling yang saya ada blog. Orang tanya barulah saya jawab. Saya jarang cerita pasal blog saya bila diluar. Saya juga tak ceritakan di laman sosial seperti Facebook atau komuniti online yang saya ada blog. Saya seorang pendiam, tak bercerita.
Tips Untuk Menjadi Blogger Dikenali

Tiada Kesungguhan Memajukan Diri. Buat blog sekadar nak orang baca, dah .. cukup. Tak mahu menapak selangkah lebih dari itu. Tak mahu jadikan blog sebagai sumber income. Tak mahu memajukan blog sebagai sebuah perniagaan, tak mahu menjadikan blog sebagai satu wadah untuk penyampaian ilmu berkesan. Tiada kesungguhan. Buat blog ... tulis entri... dan dah .... biar ia sendiri cari pembacanya. Effortless.

Tak Bersosial dan Suka Menyendiri. Bila ada event tertentu melibatkan blogger Malaysia, saya tak sertai. Saya sering katakan tidak pada mereka yang ajak. Ada sahaja alasan diberikan bagi mengelak dari bersosial. Memang jadi satu tabiat suka menyendiri dan duduk hujung minggu diam-diam di rumah. Tak aktif. Segalanya pasif... sampaikan perut jadi kedepan.
Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?

Networking Tiada. Buat blog ... dah .. malas nak blogwalking, tak ada tegur blogger lain. Tak komen entri blogger lain. Tak join segmen, tak join contest dan giveaway. Kalau ada pun, mana yang takat kenal sorang dua. Yang baharu .. yang tak berapa kenal ... malas. Networking tak ada.

Tetapi ...

Setelah saya sertai event pertama saya luar dari kepompong biasa, saya mula mengenali ramai blogger. di Malaysia dan juga Indonesia. Bermulanya dengan pelancaran VMY2014 atas jemputan Rail Tourism dan Rakan Media, saya kemudian beranikan diri jalinkan 'hubungan' dengan blogger yang baru dikenali di dunia nyata.

Dari situ, saya mula kurangkan rasa malu dan pendiam saya. Saya tegur dahulu sebelum orang lain menegur.

Kemudian, saya rebut peluang tersedia untuk hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Wow ... impaknya cukup hebat. Tanpa disangka daripada penyertaan event pertama dengan Sahabat Media di program Pakej Homestay Rail Tourism, makin ramai dari kalangan blogger yang kenali siapa saya.

Impaknya ... blog dikenali, dan jenama juga semakin kukuh. Dari SBB2014, nampak laluan rezeki dipermudahkan. Saya dapat tawaran macam-macam. Advertorial. Pengiklanan. Alhamdulillah ... ukhwah yang dijalinkan dengan baik membuatkan saya sebagai seorang blogger yang dikenali.

Jadi Blogger Dikenali Bukan Bererti Menjadi Blogger Popular

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?

Dikenali tetapi bukan popular. Saya masih lagi menulis blog. Belum lagi jadi duta, belum lagi ditaja mana-mana syarikat. Belum lagi ada baju sendiri. Belum lagi ada majlis sendiri. Belum sampai tahap itu ....

Menjadi blogger dikenali tidak sama dengan menjadi blogger yang popular. Impaknya berlainan. Itulah sebabnya awal-awal lagi saya bertanyakan kepada anda ....

Moga penulisan ini memberikan sedikit pencerahan kepada anda sebagai blogger. Bukan apa, ada blogger yang bertanya .. apa seronoknya menjadi blogger dikenali .. apa gunanya untuk blog?

Bawa jenama blog anda bila anda sudah semakin dikenali !!

Kredit Gambar: IluvTour.com Ketika SBB2014

p.s: Ini merupakan post lama yang saya terbitkan semula .. :)

Komen

  1. Pernah baca post ni masa kena terbit dulu.. Semua ciri2 tu saya ada..

    Kena kurangkan malu dan malas tu baru terkenal kan? Haha. Tapi tujuan saya bukan untuk terkenal. Cuma nak kongsi infomasi kepada orang-orang lain.

    Macam kata denaihati, hidup untuk memberi. Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan saya kepada orang lain semasa saya hidup.

    Emosi pula. haha. Apa-apa pun saya doakan kejayaan en HH sebab en HH banyak bagi inspirasi kepada saya.

    DedaunComel. Kongsikan Inspirasi :d

    BalasPadam
  2. Betul setuju dengan penulisan dari Abg HH. LeYa dulu pun seorang yang pemalu. Tetapi setelah join aktiviti2 blogging, rasa seronok sgt nak berblog.. Kini, LeYa semakin aktif. Dan suami LeYa juga sedang berkecimpung dlm arena blog.. Dan kami pun bergandingan setiap minggu pegi aktiviti sosial blog.. Best..

    BalasPadam
  3. Salam
    Syabas tuan telah berjaya.
    Bagi saya yang telalu lewat mula berblog dapat publish satu entry pun sudah puas hati. Jika ada pembaca yang beri komen sudah menggembirakan. Dalam hati ingin juga blog dikenali tetapi takkanlah boleh dengan situasi kecenderungan pembacaan masyarakat sekarang berbanding dengan style blog saya.

    BalasPadam
  4. Saya pun ada ciri2 malu tu. Nak share dgn kawan2 pun jarang sgt. Kawan rapat je tau, tu pun sebab dorang nampak saya update blog. Huhu

    BalasPadam
  5. ok. hampir kebanyakkan apa yang dikongsikan ini sama dengan saya. dekat blog ceritaejoy.com pun takde gambar saya. hahaha. saya tak suka bergambar sebenarnya. kemudian, networking. aduh. kurang dekat situ. memang ada niat nak bercampur dengan ramai blogger tapi masa betul-betul tak mengizinkan. apa pun, tahun ini memang plan nak join sekurang-kurangnya 1 event bersama blogger. insyaAllah.

    BalasPadam
  6. Sy pun nk dikenali ramai gak.

    BalasPadam
  7. Alamak, saya masih ada ciri-ciri pemalu tu.. nak kena kuatkan diri utk keluar dari kepompong nampaknya ni..

    BalasPadam
  8. I am famous but no one knows it yet ! Hehee..

    Ada betulnya jugak. Tp nk popular semata-mata bukan target kiteee.

    BalasPadam
  9. Malu biar bertempat . Kena buangka rasa malu mengikut suasana . Apa pun banyak tips yang diperoleh di sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.