Saya baru sahaja lihat statistik terkini blog ini untuk bulan Januari 2017. Syukur alhamdulillah, saya amat gembira dengan statistik dan trafik blog ini untuk permulaan tahun 2017. Walaupun tak capai 500K pageviews seperti diharapkan, namun pencapaian blog dengan kadar bounce rate bawah 10% amat mengujakan saya.

Saya menggunakan analisis statistik blog menggunakan Google Analytics. Jika anda seorang blogger yang mementingkan trafik, saya syorkan anda menggunakan Google Analytics untuk analisa kekuatan blog anda dari semasa ke semasa.

Statistik Blog Untuk Bulan Januari 2017

Stats Blog Januari 2017 - Bounce Rate 10%
Berdasarkan apa yang dapat anda lihat pada paparan di atas, blog saya berjaya mendapat hits sebanyak 404,152 pageviews daripada pengunjung unik 127,223 users. Dengan jumlah pengunjung sebegitu yang memberikan jumlah pageviews yang tinggi, ia berjaya hasilkan kadar bounce rate yang rendah iaitu pada kadar 9.83%.
[Baca] Apa Dimaksudkan dengan Bounce Rate?
Kalau ikutkan agak sukar bagi sesebuah blog mendapat bounce rate di bawah 10%, apatah lagi untuk sebuah blog yang berada jauh dari niche hiburan, gossip, dan juga berita. Saya agak terkejut tetapi sangat gembira dengan kadar bounce rate ini.

Secara amnya, 127,223 pengunjung yang dicatatkan itu telah berjaya 'dipujuk' untuk membaca bahan-bahan, artikel dan blog post yang lama-lama dalam blog ini. Kemungkinan besar ianya disebabkan oleh Adsense Match Content yang saya letakkan di bawah setiap post; selain related-post widget.

Tips Rendahkan Bounce Rate

Selain teknik disebutkan tadi, salah satu lagi cara yang saya gunakan untuk turunkan kadar bounce rate ialah dengan melakukan backlink kepada entri lama dalam entri baru; terutama sekali yang ada kaitan dengan isi kandungan dan cerita dalam blog post terbaru tersebut.
[Baca] 3 Tips Pantas Merendahkan Kadar Bounce Rate Untuk Blogspot
Dengan bounce rate yang rendah ini, ia juga membuktikan bahawa blog ini sudah mempunyai kekuatan dari segi pembaca dan pengunjung hampir setiap hari.

Semoga kelebihan ini akan berterusan sepanjang tahun 2017 ini. Secara peribadi, agak sukar untuk maintain kekuatan blog yang ada ... terutama ketika saya kekeringan idea atau mengalami writer's block.

Buat rakan-rakan blogger yang lain, bolehlah ikuti beberapa tips dan panduan blogger yang saya kongsikan tadi untuk mendapatkan kadar bounce rate yang rendah. Pastikan ia berada di bawah 30% setiap bulan. Gunakan Google Analytics untuk pantau trafik blog dan kadar bounce rate ini. Anda boleh download Google Analytics terus ke smartphone anda secara percuma di Google Play Store.

In Sha Allah, bermula Februari 2017, saya akan gunakan Table of Content (TOC) terbaru untuk susun blog post saya dengan lebih baik. Untuk TOC terbaru ini, saya gugurkan dua topik utama blog sebelum ini, iaitu Tips Adsense dan juga Tips Blogging.

Tips-tips berkaitan blog blogspot, Adsense dan yang berkaitan akan saya kongsikan di FB Rujukan Blogger Malaysia bermula Mac 2017.

Untuk mereka yang berminat untuk beriklan di blog ini, boleh hubungi saya menerusi WhatsApp - 010-3661344 atau email menerusi ruangan Contact Me.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. DUH..SUSAH NAK RENDAHKAN BOUNCE RATE BAWAH 10% NI..

    bRO HH ADA BUAT TUTOR PASANG Adsense Match Content NI..

    BalasPadam
  2. Tahniah tuan! Maksud blog kita kena specifik nak tulis tentang apa ya tuan?

    BalasPadam
  3. hebat! berjaya capai bounce rate bawah 10%..tahniah abng HH. hehe

    BalasPadam
  4. tahniah.. bagus tips backlink kan entry baru ke entry lama tu kan... at least boleh up semula entry yg lepas lepas.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement